Monday, June 13, 2011

Yeayyyyyy....Aku Nak G Singapore!!!!

Aku rasa sekarang aku kena sungguh2 fokus pada kerjaya aku. Kena!kena!kena!!! Sejak akhir2 ni aku cepat benar rasa penat, so kerja pun ala2 je...jadi sebelum aku ditazkirahkan oleh bos aku, baik aku bangun daripada tidur aku ni...mungkin penandaan diri dah tua kot! Tapi itu bukan alasan, ada lagi orang yang lebih tua dari aku, cergas je bekerja…salute pada golongan spt ini….balik kepada point asal, macam mana nak badan cergas, bersemangat dan sentiasa positif ekk? Selalu aku hangat2 tahi ayam je!!

Rasanya kali kena betul2 fokus, tak mau main2 dah….nak buat jadual, macam sekolah2 dulu…hahaha..doakan aku, ya..nak start sekarang ke nak start kat ofis baru nanti?…plan kat ofis baru bulan 7…blh mula dr sekarang kot! insyaAllah, fokusssss untuk masa depan yang lebih gemilang…aminnn…

ok, balik kepada hari semalam pula, semalam MrCho bawa kami (aku, abang, adik aku cik benana) ke summit, saja jalan2 tp aku dpt la juga kasut ngan skirt, abang dapat baju 2 pasang! Aku tak tau apa motif pusing2 kat situ, tapi aku syak MrCho cari barang untuk psp abang yang dah lama rosak. Bateri ke apa ntah yg rosak…penat2 kaki la juga kami pusing2 kat situ…

Rupanya semalam last day kat sunway pyramid ada pameran kereta mcqueen & mater. abang memang suka giler ngan mcqueen & mater ni, tapi sedihnya aku sebab kami tak tahu punnn….kalau tak mesti dia teruja giler tgk car2 dia tu…aku tahu pun pagi ni bila ofismate aku btahu…tapi dah terlambat. Gigih aku google tgk kat mana pula ada pameran tu, huhu tak jumpa plak. Sempena cuti sekolah je kot! Tak ada rezeki abang! Aku plak cepat2 sms MrCho btahu, dia pun “alamak, kenapa mama baru tahu hari ni?” Aku macam, eh? Tak tahu mcm mna nak jawab soalan MrCho…hahaha…over! Pastu dan2 cakap tak pela, tak ada rezeki abang, nanti kita bawak abang g disneyland la…aku macam, hah? Disneyland? Hongkong ke? dalam hati, MrCho nak balik negeri nih! Pastu MrCho reply aku, tak la sampai Hongkong, Singapore lerr dulu…hehehe, aku pun mengutuk diri sendiri…eh, disneyland tu ada car mcqueen tu ke? Aku jakun nih, maklum le tak pernah pegi obersea, golok pernah la dedulu masa kecik, tok aku bawa g rumah mak cik aku kat sana…tetiba berdebar nak g Singapore ni…muahaha, bengong izza, padahal konfem paling2 hebat MrCho bawa g zoo je nanti! kahkahkah…

p/s: kalo sesapa tahu kat mana atau bebila ada pameran mcqueen & mater tu, minta jasa baik anda uar2kan pada aku, yaa…jasa anda amat dihargai…terima kasih

@summit~~~~~~~


cuba teka, apa budak kecik (gambar atas) yang hanya nmpk kepala tu buat?

 ni hantu lif, ya.....:)

 ni perasan remajewwww!!!! kekonon balik kuliah..muahahaha...

 abang suka buat muka macam tu kalau ambik gambar..haihhh!

 aku poyossss...





 makan petang



aura gediksss merasuk!

 ya, muka aku bulat macam bola yg disepak oleh daudsu ke dalam gol sendiri semasa piala FA hari tu...

@garden cafe, summit....dinner

 nilah yang dikhusyuk oleh budak kecik ni....

 gaya sangat tak blh blah!


 orang makan, dia tak mau makan sbb nak main games! hohhhh!!!

nasi goreng cili padi

No comments:

Klik Me

Klik! Klik!