Tuesday, June 21, 2011

Ntahhapahapa

Masih di kantor katanya.........

Hari ni aku tak ada cerita pasal anak bujang atau anak2 dara aku. Hari ni cerita pasal aku. Tajuk aku hari ni ialah MARAH! Hahaha, aku sekarang bukan tengah marah tapi yang aku nak cerita tentang apabila aku marah. Aku susah nak marah, aku sebenarnya tak pandai marah. Aku tak pandai nak berbalas2 kata, tengking menengking. Apabila kena marah, aku akan diam atau perlahan2 aku menangis. Ya, aku mudah menangis! Lepas aku kena marah, dan orang yang marah aku dah diam baru lah aku marah dia balik, kaw2 punya marah tapi dalam hati saja...kahkahkah...bodo! Lega bila semuanya terluah walau dalam hati...aku sangat lemah bab2 marah orang sebab aku kasihan pada orang yang aku marah. Tapi biasanya, jangan risau aku susah marah orang kecuali orang tu betul2 pijak ekor aku! Jangan main2 sebab aku akan buat apa aku kata...

Aku pernah marah orang. Memang betul2 marah. BETUL2 MARAH! Sampai saat ini pun marah aku pada makhluk tu tak pernah hilang. Setiap hari, tak pernah padam...tak pernah aku lupa...oh, sekarang aku dah rasa panas muka, darah dah naik ke kepala. Aku insan biasa....Ya Allah, ampunkan aku! Dah, aku mahu solat maghrib sekarang........$%^&*&#$%##

Eh, kenapa aku buat n3 ni??? Kan sendiri dah tension!

No comments:

Klik Me

Klik! Klik!