Wednesday, June 1, 2011

N3 Riak Pemilik Belog

Haaa, tengok tajuk pun orang dah menyampah, kan! kahkahkah..kalau korang rasa menyampah, sila ambil penyapu sekarang....sapu sampah2 tuu..

Cerita bermula begini, pada suatu hari tu aku tercakap kat MrCho.

Aku: Saya ni kan tak ada pun apa2 entertaiment. Semua papa, abang ngan kakak je konker. (Muka harus sedih...)
MrCho: Abis, mama nak apa?
Aku: Kalau dapat ipad 2 kan bagus.....sambil gelak2 gedik. Papa suka tak ipad?
MrCho: hmmm, papa tak suka lah ipad...
Aku: ##$$$^&%*

So, perbualan suami isteri tamat di situ. Kalau tak silap aku masa tu dlm bulan 4 macam tu la...

Hari demi hari berlalu. 1 Mei, aku tertunggu2 apa MrCho nak hadiahkan aku, sekali, huh, bawa aku makan kat Muara ikan bakar je! Reda je aku....tak pe la, anak2 lebih utama.

Sehinggalah pada suatu hari yang konon2nya nak surprisekan aku. Akhirnya MrCho terpaksa membocorkan rahsia sebab perlu kerjasama aku...muahahaha...Rupa2nya pada satu hari tu, aku lupa tarikh Machines ada buat jualan ipad 2 tapi limited la...so kalau ko nak ko kena awal2 beratur sebelum kedai buka. Nak tak nak, MrCho terpaksa beritahu aku hajat dia tu..kahkahkah..sebabnya dia minta aku EL esoknya sebab dia nak pegi beratur kat Sunway Piramid kul 6 pagi esok! Hah, gila terkejut aku..biar betul..mula la aku huru hara berfikir. Dari ofis aku sampailah dah jemput anak3 aku takleh pikir ngan waras...Gi makan, MrCho tanya lagi, macam mana? Tapi ada dua kaedah katanya, sama ada beli esok atau beli online dr apple store. Tapi kalau beli dari apple store, lama kena tunggu..aku pun cakap, takpe la, bukan penting nak guna urgent pon, beli online je la....bla..bla..pung..pang..pung..pang ngan MrCho, keputusannya beli online...hahaha, aku suka aku suka..sila ke sini.Gigih!

Beli online, kena tunggu lebih kurang sebulan. Mula2 aku sabar tapi lama2 aku jadi tak sabar sebab MrCho asyik tunjuk status ipad kami tu. Bila tengok status, aku macam, ishh lambatnya padahal dalam emel apple dah cakap shipping on 25 mei, delivery on 7 jun. MrCho yang over tak sabar sebab dia baca forum, ada orang seminggu dah boleh dapat. Asyik la dia call orang apple tu....kelakar. Dan aku pun terpengaruh jadi tak sabar juga!

Akhirnya, ahad hari tu, 29 mei, MrCho check status, barang dah ready untuk hantar. Cepat2 dia call DHL tanya boleh pegi ambik ke tak. (DHL shah alam rasanya). Orang DHL kata ahad tak boleh, cuti, esok hantar. So sabar....over tak sabar dia nih!

Kemudian, cepat2 suruh aku siap nak keluar, nak pegi beli aksesori ipad tu...ke machines piramid la kami hari tu dan berada di machines tu je semata2. Eh, silap, sebelum ke piramid, kami ke ioi mall dulu. Kat situ pun ada kedai aksesori ipad ni, tapi bukan machines nama dia apatah...tapi kat situ tak banyak pilihan, tu yang lantas ke piramid tu. Settle beli casing, kabel, dan apa lagi aku tak tahu. MrCho yang buat semua, aku hanya bertugas mengawal cinonet3 yang melasak tak hengat tu saja...

Maka pada hari isnin, sampai la baby baru aku. Puas hati, gembira dan segala rasa ada....hahaha...
Siap warning MrCho, jangan tunjuk ngan abang & kakak. Cukup la henpon, tv, laptop diaorg konker...kihkihkih...

Sekarang ni aku tak pro lagi guna bendalah ni, banyak barang MrCho belum install. Aku guna pun nyorok2 takut kakak nampak. abang dah tengok tapi aku cakap ni buku mama, mama nak buat kerja dan dia ok je...Dannnn yang paling aku terkejut bila aku cakap ni buku mama, dia boleh cakap bukan buku la mama, ni ipad la...oh, kagum2..betul2 kanak2 IT!

So layan la gambar2 kat bawah ni sebagai bukti ipad dah ditangan aku....huahuahuahua....

Taraaaa, ni dia...







Ni masa kat machines piramid 

Kanak2 lasak tak boleh duk diam 


Ishhh, kakak ni, tak kira tempat. Ni tempat orang lalu lalang dia boleh meniarap bagai 

 Abang ngan botol susunya




Adik cool je...tido lena walaupun bising 


Dah, itu aje nak tunjuk....tak hebat mana pun!! Eh, bukan nak tunjuk la, untuk kenangan sendiri di hari tua....hiks..

4 comments:

Izza - Jiejah said...

huhuhuhu jelesssssssss , dah lama verangan ..tp verangannnnsss ajek la , lom lg jadi satu keperluan kot. nangesss!

Izza said...

ekekeke...sila jelesss ketat2 ya..;)sebenarnya sampai skrg sy blm tahu nk guna mcm mna...huhu..still selesa guna pc@laptop! kahkahkah...jom, menabung skrg...

ciknoli said...

doh sleso guno laptop nge pc, ipad meyh aq guno dlu...

Izza said...

ciknoli

tak bulehhhhh....kenot!kenot!

Klik Me

Klik! Klik!