Wednesday, June 8, 2016

Kembali Lagi

Assalamualaikum.

Belum terlambat lagi akak nak ucapkan ramadan kareem. Dah masuk hari ketiga. Cergas lagi akak ni. Hehehe..

Tahun ni akak try tukar time masuk ofis dan balik ofis. Masuk pukul 8, jadi akak balik pukul 5. Kebetulan seminggu ni anak-anak belum bersekolah jadi akak tak lah kelam kabut seperti selalu tu. Lagi pula tahun ni anak-anak apak dia hantar ke rumah pengasuh lewat sikit. Clean sikit otak akak keluar pergi kerja pagi-pagi. Start minggu depan akak tak tahulah macam mana kejadian pagi petang nanti.

Lama akak tak menulis kat sini. Ada juga kawan yang tanya. Sebetul dan sejujurnya akak tiada ruang nak menulis. Walau bagaimanapun masalah akak yang paling besar ialah MALAS. Akak penat kot. Maklumlah ibu dan suri rumah bekerjaya katakan.

Dua hari buka puasa ni akak masak. Dah katanya balik pukul 5. sempat la akak masak simple-simple. Alhamdulillah semuanya tak cerewet. Asal ada ayam goreng akak rasa dah selamat dah menu akak setiap hari. Ni akak tengah pening-pening fikir nak masak apa petang ni sebab ayam habis. Ehhh, tengah duk fikir-fikir tu tetiba Mr.Cho wasap kata berbuka kat luar malam ni. Akak apa lagi yahoooo la sebab tak payah pening dah. Terus reply wasap Mr.Cho guna emoticon keluar love kat mata. Hahahaha...

Tadi dekat grup wasap sepupu sepapat, kazen akak pedajal g hantar gambar perut lembu berendam dalam air asam (Makanan feberet akak ni. Biasanya time raya haji je ada perut lembut yang jenis panjang macam tali tu). Tengah hari pulak tu gambar tu muncul..Ermmmmm sedapnya!

Sebelum akak stop meh akak belanja satu gambar putera puteri akak yang dah besar panjang. Dulu-dulu selalu la diaorang jadi bahan akak bercerita kat sini. :-)



Bye..Selamat berbuka uolls..

Sunday, August 2, 2015

Vape

Fenomena katanya...



Bukan saya la, tapi Mr.Cho...dh dekat kul 12.00 am tapi masih depan kedai bendalah vape ni. Tak paham daku aksesori orang lelaki nih. Sejak bervape ni Mr.Cho dah tak beli rokok. Usaha untuk berhenti merokok katanya.

Wednesday, July 29, 2015

Cerita Raya #kosongkosong

Sambung balik cerita semalam.

Tahun ni, tak tahu kenapa lupa nak bergambar sefamili. Bukanlah lupa sangat, tapi tak sempat. Lagi pu;a ratu gambar tak ada di rumah tahun ni pada pagi raya pertama. Orang beraya rumah mentua dulu katakan.
Gambar tak senonoh banyak la…huhuhu

Biasa pagi raya lepas diaorang balik sembahyang raya, makan-makan, salam-salam kejap, terus bergambar. Tahun ni macam mana ntah lupa pulak pada awalnya. Sedar-sedar, abah dah tukar baju pakai pelikat basahan dia nak g bagi makan lembu dia dan lepas tu nak g sembahyang jumaat pulak. Pastu ada orang datang pulak. Tak kan nak suruh tetamu berjamu selera kami sefamili sibuk bergambar kenangan dak?

Petang baru kami berjalan. Tahun ni best sebab satu kereta boleh muat semua famili (8 dewasa, 3 kanak-kanak). Berhimpit sikit la tapi masih ok..mueheeee. Tak ada yang tercicir.

Tahun ni rasa puas bercuti. Tapi kalau boleh nak tambah lagi cuti. Hehehe. Masa otw balik KL, Mr.Cho cakap tahun depan kita cuti panjang sikit lagi lah…barulah banyak rumah sedara dapat pergi. Amboii!! Yu tak apa la cuti boleh ejas sendiri. i???

Saya, tiap kali raya memang tak ada masa pun nak menziarahi kawan-kawan sekampung atau kawan-kawan sekolah. Ada saja rumah saudara mara yang hendak dikunjungi. Maklumlah keluarga kami besar. Memang tak habis pun. Keutamaan diberikan kepada saudara mara yang tua. Usahkan kawan-kawan, jiran tetangga pun satu dua rumah je pergi. Itupun rumah yang bertemu tangga je…sungguh kurang silaturahim!

Sesuatu yang tak best tiap kali raya ialah jem. Sana sini jem. Mengalahkan jem nak pergi kerja di Petaling Jaya.

********************
Sabtu ni Mr.Cho ada jemputan kahwin ke Sg Petani, Kedah. Baru juga teringat Hanna & Qaireen ada sport day hari Ahad. Tak tahu nak pilih yang mana. Kalau pergi Kedah, Ahad baru balik. Tak sempat nak pergi sport day..hmmm fikir dululah.


Ntah apa-apa cerita raya daku kat atas tu. Tak macam cerita raya pun. Gambar tak ada tak best nak bercerita. Gambar tak senonoh segan pulak nak letak. 

Tuesday, July 28, 2015

Cerita Sebelum Raya


Ok, baiklah. Dah lama tak menulis kan. Tuan blog sendu, blog pun sendu lah jadinya.
Masih lagi dalam mood raya ke? Mulanya nak guna kata ganti nama ‘aku’ tapi macam kasar pulak. Jadi baiklah kita guna ganti nama ‘saya’ ajelah ya.

Oleh sebab kita masih lagi dalam syawal, rasanya belum terlewat untuk mengabadikan diari raya 2015 kami anak beranak.

Setiap tahun seperti biasa akan balik Pasir Mas. Kami tak ada sistem giliran. Tahun ni rumah i, tahun depan rumah yu, tak ada macam tu…legaaa…tiap-tiap tahun pun balik rumah i…hehehe

Rabu sebelum raya saya dah cuti tapi Mr.Cho kerja lagi. Kata beliau kalau tak penat malam lepas buka puasa nak gerak balik kampung. Kalau penat rehat sekejap, dalam pukul 3, 4 pagi macam tu baru gerak. Saya ok saja. Dipendekkan cerita kami tak jadi balik lepas berbuka sebab Mr.Cho sampai rumah dah azan. Berbuka minum air je, lepas tu laju-laju keluar cari makanan sebab saya dah tak masak. Semua lauk pauk dah habis stok. Dah hujung-hujung Ramadan ni biasalah banyak kedai yang dah tutup. Ada kedai yang kami pergi tu hanya ada air je, makanan tak disediakan. Hoiiii, kalau nak sediakan air je baik tak payah buka kedai. Masa kami sampai tu ada sefamili baru keluar. Saya syak mereka pun macam kami kehampaan tak ada makanan. Menapak kami ke food court depan tu. Yang ada hanya kedai jual air dengan kedai tomyam. Time order, pak cik tomyam dah cakap lambat sikit sebab order banyak. Dah tak ada pilihan kami order jelah. Apa yang terjadi, sejam setengah kami tunggu nasi goreng tak sampai-sampai. Air dah tinggal dekat-dekat dasar gelas. Air Najmi dah habis. Kanak-kanak 3 orang ni pun dah bosan menunggu. Najmi la kasihan sebab dia puasa. Mr.Cho naik angin, terus tanya pak cik tomyam. “kejap, kejap” katanya. Mr.Cho kalau dah marah kelaparan tu tak payah la. Terus kami keluar dari kedai.  

Mr.Cho nak settlekan dulu urusan beliau yakni hantar satu lagi kereta ke tempat kerja beliau. Nak parking kat rumah sepanjang ketiadaan kami nanti macam tak berapa yakin. Tempat kerja dia insyaAllah selamat. Tahun ni cik putih kena tinggal, tak balik beraya dia. Kehkehkeh..

Dah settle semua pukul 10 lebih. Barulah kami cari kedai makan. Mamak lah jawabnya. Mood nak makan pun dah ke laut. Makan ala kadar je. Pastu Mr.Cho nak g cuci kereta pulak! Hayaaaa, pukul berapa nak balik ni. Esok pagi-pagi nak jalan jauh redah jem ni.

Akhirnya kami masuk rumah nyaris-nyaris pukul 12. Segera arahkan anak-anak tidur. Bentang toto depan tv je, suruh mereka tidur situ je. Keluyar masuk keluar masuk dah pukul satu. Mr.Cho kata 2.30 kejut dia. Maknanya aku kena siapkan anak-anak pukul 2. Dan dengan sadisnya aku tak tidur malam tu. Kitaorang keluar rumah pukul 3.30. Berhenti sahur kat Gombak pukul 4.30 lebih kurang. Sampai kampung 2.30 petang selepas menempuh jem di Genting Sempah sehingga lepas petronas dan sekali lagi jem nak masuk Kuala Krai. Nasib baik Mr. Cho pandai cari jalan shortcut elak traffic light yang selalu jem tuh!


:: Saya rasa saya nak sambung esoklah. Hari saya dah tak ada mood selepas mendapat perkhabaran tentang negara saya yang tercinta #walaupunsayabukanorangpolitik

Monday, July 27, 2015

Jumpa Lagi


Assalamualaikum...

Kami wakil kepada mama kami.
Beliau lupa beliau ada blog...maafkan beliau. Busy benar beliau menguruskan kami bertiga yang macam-macam perangai ni..maklumlah kami kanak2 yang sedang membesar.

Kami berdoa moga mama kami rajin2 update blog tentang kami sebab bila besar nanti kami nak baca...hehehe

#maafkan kami mama kerana menceroboh blog mama..heheheee

Akhir sekali, SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN dari kami sekeluarga.

Monday, September 8, 2014

Lawak yang Sesungguhnya






Baru sahaja habis menonton P.I (Private Investigator) lakonan Beto Khusyairi. Tayangan semalam tapi malam ni baru dapat tengok. Menonton di Tonton. Malam tadi time yang sama, ada plak cerita Frozen kat Astro, hmmmm apalagi anak3, dari pukul 8 dah get ready depan tv, walaupun tayangan bermula pukul 10.

Best dan kelakar giler lah lakonan Beto. Dan inilah cerita lawak yang boleh buat aku ketawa. Maharaja Lawak pun aku tak reti nak ketawa. Kepada Beto, buat lah banyak2 cerita macam ni, hilang stress ahkak!


Huk aloh, tadi rasa macam nak makan nasi impit dengan kuah kacang. Dah lama beli yang instant punya. Dah siap goreng kacang untuk kuah, Mr.Cho ajak keluar pulak. Rancangan tergendala. Tak tahu bila lah nak menjadinya...

Eh, tetiba ngantuk...

Gud bye n gud nite!

Saturday, September 6, 2014

Assalamualaikum

Assalamualaikum semuaaaaa....>>>bajet hot

Aku kembali setelah berkurun bertapa dari berkarya. Sibuk memanjang berserta kemalasan tahap jurus 17 maka aku kerap kali tak pedulikan blog ni.Tambahan pulak notebook lama selalu buat hal menambah lagi kepada ketidakpedulian aku pada blog nih. Kepada kengkawan selamat bertemu kembali, insyaAllah aku meluangkan masa di sini. Psssttttt, ni dah dapat notebook baru yang disponsor oleh Mr.Cho. Jadi aku kena selalu mengelek notebook ni supaya dia nampak aku betul-betul memerlukan notebook dan dia tidak berasa menyesal membelikan aku bendalah ni...Terima kasih, papa.

Hari ni tak nak tulis panjang-panjang dulu. Cukup untuk menguar-uarkan kemunculan semula ahkak yang gojes ni...

wassalam.

Klik Me

Klik! Klik!