Rakan2 sekalian (wakakaka, sekalian katanya, padahal follower aku nak sebut berapa org pun x sampai hati..belasah!), belog aku ni masih dalam proses menyesuaikan diri. Masih mencari-cari identiti diri. Macam ada je yang tak best. Bila jalan2 ke rumah orang, nampak cantik je, kemas je...seronok je baca...aduyaiiiii...aku tak pandai laa..(abis, ko tergedik2 nk berbelog tu buat apa? belasah!), kena ambik masa kot! Jadinya sekarang ni aku duk gigih membaca tip2 dpr blogger2 yg femes dan pengikut yang dah ribu riban...halalkan, ya...eh, aku bukan curi n3 ke apa, setakat baca tip, dan gigih aku buat sendiri kt belog aku ni...hehehe...terima kasih ya, kepada yg berkenaan tu ya....
Puasa dah tak lama lagi, pulak mungkin dalam bulan depan kena pindah ofis. Ni yang aku tengah dalam dilema ni. Apa yang dilemanya? syok apa ofis baru, besar lagi...yaaa, syok dan memang ada rasa tak sabar nak pindah ofis baru tapiii yang tak syok dan buat aku dalam dilema ialah macam mana aku nak balik keje nanti? Dah la, masuk ofis baru, terus puasa, dah tentu aku takut sensorang tunggu MrCho kat dalam ofis tu. Ofis lama ni kecik dan aku dah serasi, tak takut wpun balik kul 9 malam! Kat mana aku nak tunggu MrCho nanti? tak kan kul 5.30 dah lepak kat kedai smpai kul 8 (kalau dia dpt sampai kul 8). Nak balik sendiri, macam mana aku nak ambik anak3 pula nanti...masalah...masalah...kalau bukan bulan puasa tak la jadi masalah sangat. MrCho cadangkan aku tumpang kolik aku sampai ioi, tunggu dia kat situ. Hari biasa ok la kot, tapi bulan puasa macam mana? Pastu plak, tak tahu kolik tu lalu mana bila dah kat ofis baru nanti. Hahhh, baru teringat, bulan puasa dia balik awal, masuk kerja awal. Aku tak mampu la nak masuk kerja awal, yang sekarang 8.30 pun aku tetiap pagi semput! adoiiiiii....
Bila memikirkan masalah aku ni, ni yang buat aku tak boleh sabar dah nak bendalah ni....yang ada sekarang manual, aku gigil nak bawak kecuali duduk sebelah pembawa...
Gambar: Google
No comments:
Post a Comment