Friday, June 17, 2011

Baju Melayu untuk Si Bujangku

Hikhikhik, hari ni hantar abang ke rumah pengasuh, siap bawa baju melayu. Hari ni dia nak ikut mama pengasuh dia ke Putrajaya – anak sulung pengasuh kawen today kat putrajaya…hohoho, so cute la abang today berbaju melayu…dia jarang berbaju melayu kecuali hari raya, itu pun setengah hari je…aku tak ikut, so tak ada la gambar dia nanti.

Semalam pengasuh bagitahu suruh bawa baju melayu abang sebab esok akad nikah kat mesjid, jadinya afdal la pakai baju melayu. Pastu aku teringat baju melayu abang yang beli masa raya hari tu macam kecik je, seluar pun senteng…ni papanya la yang beli taim raya hari tu sebab aku dalam pantang lil Eyin…maka dengan itu gigih la malam tadi pergi cari baju melayu abang kat kompleks puchong perdana tu…dapat la, tapi yang ngam2 saiz dia tak ada, ambik yang besar sikit. Seluar pulak terpaksa potong kaki sbb labuh sangat…hahahaha…tak pe la abang…balik, terus cuci dan jemur..

Ni gambar aku try baju tu kat dia malam tadi sebelum cuci...dia malas nak layan aku suruh dia berdiri...


 Ni dia nak marah aku suruh dia pandang kamera...hohoho



Masa hantar dia pagi tadi, baju melayu dia aku siap iron, hanger semua bawa ke rumah pengasuh, tapiiii huhu aku terlupa dua benda. Butang baju lupa ambik, kasut lupa ambik, jadinya abang pakai la selipar harian tu…sungguh tak mecing! Baju kaler peach (gambar kat atas nmpk cam kaler pink terang), selipar kaler kuning….muahahaha…aku pulak yang teruja, huhh!

Pasal kenduri kawen ni, majlis rumah perempuannya, esok. Hari ni nikah je…pengasuh cadang nak bawa abang juga esoknya…pastu langsung mengajak aku sekali. Tapi baru semalam dia cakap, aku pun dah janji ngan my fren nak keluar so, aku tak nak la join majlis pengasuh kat putrajaya. Lagipun…lagipun…aku ni tak shuukerrrr pergi majlis2 macam tu kalau mak aku tak ada…aku pemalu, tak pandai sembang nanti aku diam orang kata sombong plak nanti…aku tak sombong ya…kalau kena kepala, aku boleh je gila2 remaja…hakhakhakhak…ni aku tengah tak senang duduk memikirkan majlis rumah kakak pengasuh 25hb ni. Dia suruh aku datang awal hari tu. Pastu kalau boleh sehari sebelum tu pun suruh aku datang rewang gitu…bisakah aku? bisakah aku?? Aku mana kenal orang kecuali keluarga dia je…huhuhu…matikla aku kali niii…aku dah start pikir apa aku kena buat, nak bawa apa pergi sana nanti selain hadiah untuk anak dia, macam mana nak pergi sebab MrCho kerja…adoiii la…berat sungguh aku ni!

Hmmm, apa la kabar kakak & adik kat kampung hari ni. Hari ni belum menelefon…kekangan masa la kawan2…huhuhuhu…dah beberapa hari tak dengar suara adik. Tiap kali telefon mesti dia tido….kata adik aku, adik makin tombammm, kakak pula maintain kuat makan, asyik nak makan nasi lauk ayam je…J

4 comments:

Jiejah @ Iza said...

sure rindu separuh mati ngan anak² kan ?? huhu

Izza said...

huhu...bak kata kalaulah bersayap, hari2 terbang balik kg...kannn...

ciknoli said...

kakaq tiok marin nk ikut cik noli.adik tgk jew...cian plak.kakak kata nk balik puchong.

Izza said...

sob!sob!sob!..patut la a'ngah kata kakak moody kmarin...

Klik Me

Klik! Klik!