Thursday, June 30, 2011

Aku Sibuk, Aku Tak Dapat Update Banyak2...

Hari ni agak sibuk...beberapa kerja perlu dibereskan...

Tapi aku tak mahu kerana kesibukan, belog aku sepi...so aku copy paste emel dari Islam itu Indah. Bagus untuk dibaca, sebagai motivasi dalam kehidupan seharian, juga sebagai panduan kepada yang sudah atau bakal mendirikan rumah tangga...

Islam Itu Indah


Posted: 29 Jun 2011 02:46 AM PDT
INSTITUSI kekeluargaan menjadikan kehidupan manusia sentiasa berjemaah. Ketua keluarga bukan saja memimpin ahli keluarga, tetapi juga mengamalkan unsur syura dalam semua perkara membabitkan ahli keluarga.

Dalam kehidupan berjemaah, suami, isteri dan anak akan solat bersama, makan, membeli-belah, beriadah dan melakukan aktiviti kekeluargaan tanpa mengetepikan ahli keluarga yang lain.
Rumah ibarat syurga yang menyempurnakan kehidupan manusia, segala-galanya ada di dalamnya, penghuninya berasa selamat dilindungi, apatah lagi dipimpin oleh ketua keluarga bertanggungjawab serta sarat kasih sayang.

Rumah tangga yang pincang kerana pemimpinnya tidak berkhidmat untuk ahli yang dipimpin, maka tidak akan mencapai objektif perkahwinan dan berkeluarga seperti mana dituntut agama.
Islam mensyariatkan perkahwinan kerana memenuhi fitrah manusia yang tidak boleh hidup sendirian. Manusia memerlukan perhatian, pertolongan, sokongan dan pasangan untuk berkongsi kelemahan serta kekuatan yang boleh melengkapkan sebuah kehidupan menuju ke akhirat.

Tujuan perkahwinan adalah untuk mencapai ketenangan dan kebahagiaan dalam kehidupan. Firman Allah yang bermaksud: “Dan antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup supaya kamu mendapatkan ketenangan/kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan antara kamu berdua mawaddah dan rahmah.” (Surah ar-Rum, ayat 21)

Melalui perkahwinan manusia akan hidup dalam mawaddah, musyawarah dan amanah. Lumrah berpasangan mengasihi antara satu sama lain kerana mereka saling melengkapi, justeru mawaddah menjadikan manusia berhemah sesama makhluk Allah dan bertolak ansur sesama insan.
Keperluan mawaddah bukan hanya untuk memenuhi keinginan seksual, juga keperluan jiwa dan nurani manusia yang sentiasa ingin didampingi pasangan bagi berkongsi susah dan senang.

Mawaddah berasaskan nafsu serakah semata-mata akan menghilangkan rahmah dalam kehidupan berumah tangga sehingga memungkinkan suami atau isteri meninggalkan pasangannya kerana orang lain.
Musyawarah pula bermula apabila pasangan saling menghormati, memahami keperluan dan kehendak masing-masing, justeru cuba memenuhinya tanpa mengorbankan salah satunya. Tetapi, menjadi sebaliknya apabila konsep berjemaah dan syura tidak lagi diterapkan dalam rumah tangga.
Amanah menjadikan pasangan suami isteri lebih bertakwa kepada Allah kerana ia memberi ‘sesuatu’ kepada suami dan isteri supaya bertanggungjawab terhadap pemberian itu. Ia sekali gus menjadikan mereka amanah dan amanah menjadikan mereka bertakwa.

Bagaimanapun, perkahwinan menjadi kehidupan sukar buat setiap pasangan yang tidak mampu mencapai objektif perkahwinan dalam Islam. Rumah tangga yang tidak mampu ditegakkan dengan mawaddah, musyawarah dan amanah akan mudah ranap dan runtuh.

Memang benar perceraian paling dibenci Allah, tetapi tidak bermakna suami isteri harus terus membiarkan diri mereka tenat di bawah runtuhan rumah tangga.

Jika perkahwinan menjadi penyebab manusia semakin galak melakukan maksiat dan mengingkari perintah Allah, sudah tentu perkahwinan itu perlu dijauhi.

Sebab itulah walaupun hukum asal perkahwinan itu sunat kerana diamalkan oleh Rasulullah SAW, ulama menetapkan hukum perkahwinan berbeza mengikut situasi individu.
Malah, perkahwinan diharamkan jika suami tidak mampu membina mawaddah, musyawarah dan amanah, seperti menzalimi isteri serta tidak memberi nafkah zahir dan batin.

Justeru, tiada rasionalnya untuk meneruskan sebuah perkahwinan jika ia menjadikan manusia semakin jauh daripada kasih sayang Allah. Suami atau isteri yang tiada mawaddah, musyawarah dan amanah menjadikan pasangannya tidak taat, setia, sekali gus merosakkan rumah tangga dibina.
Malah ia berkemungkinan mengakibatkan berlakunya perbuatan lain yang membuatkan mereka semakin ingkar terhadap peraturan Allah. Perceraian bukanlah keseronokan, ia bukan juga penentu sebuah kehidupan baru yang akan dibina akan lebih baik dari sebelumnya, tetapi ia adalah jalan keluar dari kesukaran.

Nota kaki aku: Yang baik jadikan sempadan, yang buruk jadikan teladan...

Wednesday, June 29, 2011

Miscommunication aka Aku Tanya Lain Ko Jawab Lain!


Hahahahahaha…..sebelum cerita aku nak gelak dulu….

Tadi aku dapat satu emel dari orang yang dikenali la tapi tak pernah jumpa. Dia ni buat freelance ngan company aku ni…tadi masa kejadian, aku rasa lawak la sampai berair2 mata aku tahan ketawa sorang2…nak syer ngan kolik, malas plak nak panggil diaorg tgk emel aku ni…

Orang ni aku namakan HA la ya…ni la emel nya…baca dari bawah, ya…
________________

Tak pasti apa? Tak pasti kenapa emel (####@pib2006.com) tu tak dapat ke?


2011/6/29 Norhasliza Harun <iza@pib2006.com>
Wlkslm...saya pun tak pasti, tapi tak apa nanti saya tanya lihwa...nanti saya maklumkan pada encik HA..
Tq..

From: HA
Sent: Wednesday, June 29, 2011 11:14 AM
Subject: Re: ******

Assalaamu'alaikum Izza Harun,

Izza ni kerja PIB kan? Saya telah emel ke alamat ), tetapi tidak berjaya.

Bersama ini disertakan (3 emel) bahan teks untuk buku ****** mengandungi halaman kulit, 1-44.

Jika sudah terima, atau ada apa-apa masalah, harap maklumkan kepada saya.

Terima kasih.


Faham? Tak fahamm?? hahaha…Dah agak, mesti korang tak faham…macam ni, tiba2 aku terima emel dr encik HA ni. Aku baca sekali lalu emel dia dan aku terus fikir dia tanya aku fail yang dia attachkan tu milik company aku ke…aku memang tak tahu menahu pun pasal benda yg dia emel tu. Aku pun cepat2 la reply emel dia, kata aku tak pasti (baca yg 2nd tu), kena tanya orang lain dulu.

Tak lama lepas tu dia emel aku balik tanya aku tak pasti apa…aku pun cepat2 baca emel dia yang 1st tu semula….kahkahkah, baru aku faham rupa2nya dia tanya aku kerja kat PIB ke? Yang mula2 aku ingat dia tanya fail yg dia attach tu PIB punya ke, tu yang aku jawab aku tak pasti….yang kelakarnya aku boleh imejin, yang aku ni tak tahu aku kerja kat mana, pastu aku nak tanya kolik aku, aku kerja kat mana…aku syak encik HA ni gelak guling2 ni kat aku sebab aku tak pasti aku kerja kat mana….korang tak rasa kelakar ke? Tak pe la tak nak gelak pun, tapi ni lah yang dinamakan miscommunication nih…selalu berlaku, korang pun mesti pernah, kan? Aku dengan MrCho pun selalu…aku maksud lain, dia faham lain, dia maksud lain aku fikir lain, pastu merajuk lite2…hohhh!

Tuesday, June 28, 2011

Apa Pendapat Korang Pula???

Aku copy dari wall rakan di FB: apa pendapat korang pula??
Katanya:

Terpaksa menerima hakikat & mengiyakan pesan seseorang... lebih baik bohong sunat dgn wanita daripada bercakap benar (yang pastinya lebih memudaratkan) :-(
2 hours ago ·  · 

  • 2 people like this.
    •  saya sokong !! lebih baik berbohong sunat kepada saya jika sesuatu yang dia cakap benar tu boleh memudaratkan hbgan.. tapi jgan sampai kantoi ler perkara yang pernah bohong tu.. hehhehe
      2 hours ago · 
    •  saya lebih prefer tahu kebenaran walaupun pahit...sbb tahu kemudian lebih memudaratkan...dan the truth will always prevail!. Berbohong sunat x akan menyelesaikan masalah...u just put it under carpet...kalau diberitahu awal..penyelesaian walau susah mcm mana pun blh dicari..kan tuhan dh bagi 9 akal 1 nafsu kpd lelaki so gunalah sebaik2nya!
      about an hour ago ·  ·  1 person

Aktiviti Sabtu Ahad

Hari jumaat lepas aku cakap internet kt ofis aku dah tak boleh guna, kan...tapi sampai ke hari ni internet masih ada, so dapat la aku menyalahgunakan dia....peaceeee bosss!!!

Tak ada apa sangat aku nak membebel hari ni. Tapi aku ada hutang cerita sabtu, ahad...macam malas nak tulis sebab bukan la best mana pun...oleh sebab aku dah janji (walau tak ada org nk tahu pun - eh, esok2 anak3 aku nak tahu..hakhakhak)...

Sabtu - 25 June
Pagi tu aku buat apam polkadot, berkenan tgk kecomelan dia..bahan2 ada so aku try. Rasa ok tapi bentuk sgt mengecewakan aku...ni la dia...huhuhu...

 Sebelum masuk pengukus

Selepas masuk pengukus...bersegi2 rhupernya...

Sebenarnya hari ni kenduri rumah pengasuh anak3 aku tu. Dah janji nak pergi. Adik aku pun dijemput sekali. Aku suh dia ajak kazen aku ni sebab dia ada kete so blh la naik kete dia ke kenduri tu. Nak jalan kaki, agak jauh n panas n ada anjing...aku takutt..tunggu la aku kedua2 mereka sambil bikin apam polkadot. Sekali dkt kul 3 ptg baru diaorg sampai...siap2 terus pergi, sbb semua dh lapar...

 Pengantin

Aku yang lapar...makan laju laju

dah sampai sana, abang pulak mengamuk, menangis tak mau pergi, dia nak g jalan2...menangis punya menangis punya menangis, semua org pujuk tak mau. Lama gak la dia menangis tak mau makan semua nak g jalan, aku buat tak tahu, last2 baru ok, nak makan semua. Makan laju2 takut dia mengamuk lagi. Siap makan terus kita org blah dan terus ke putrajaya sebab tak tau nak pergi mana kat puchong tu...

Kat putrajaya pun tak tau nak pegi mana, sebab aku blank plan on the spot. Lupa presint berapa dah yang boleh main2 air tu...pusing2 kat putrajaya tu last2 jumpa tempat rekreasi air, ada pertandingan kayak antara universiti kat situ. Lepak kat situ tgk org berkayak! Banyak gak pengantin2 buat outdoor photog kat situ. Balik rumah, kepala aku sakit...panas kot!

 kat tengah nun, orang berkayak

 kazen aku, adik aku, anak aku...

hepiii dapat jalan jalan...

outdoor photog...pengantin cina. Pengantin melayu pun ada tapi aku tak snap..

Ahad - 26 June
MrCho bawa kita org keluar. Memula g tgk bumble bee..hehe, ada showroom chev kat tempat kita org. Teruja abang tgk bumble bee, biasa dia duk tgk cd transformers tu je...

 Memula malu2...

 macam terpaksa je, abang?

 Nah, sandar baikkk punyer...

eh!

eh lagi!

Lepas berposing pelbagai gaya, blah terus ke summit plak...kat situ MrCho nak install games ps3 dia...huhuhu, hazab menunggu. Aku ngan adik aku, kazen aku round2 sampai penat. Abang siap minum air, tumpah kena baju sampai kena beli baju ganti...malam baru keluar dari sana..penatttt...

 dapat sebijik bumble bee kat summit

 baju comot tumpah air milo

 dapat baju baru...asyik berlari je ini budak!

hohoho...saya paling hepiii...

Sekiannn....

Monday, June 27, 2011

Nak G Dating!

Tadi pengasuh call katanya nak bawa abang g makan ikan bakar kat jeram (aku tak tahu kat mana tempat ni), kata pengasuh dekat2 kula selangor nun....kata pengasuh tu lagi (kak lili) dia org g lepas maghrib, tanya aku agak2 balik kul berapa. Aku cakap tak boleh agak, then mintak izin aku bawa abang ikut diaorang nanti malam diaorang hantar...aku pun ok je la, takut nanti diaorg tunggu kitaorg yg entah kul berapa blh balik, tergendala plak plannya...tak pe la lagipun abang jarang keluar jauh2...kata kak lili, abang dah xcited nak g jalan2 ni....hahaha...

Tu je la nak update hari ni...sibukk...terkejar2...banyak story hari sabtu ahad, nanti2 la aku cerita ya...
Nak g dating ngan MrCho alang2 abang balik lambat....muahahaha...eh, MrCho blm tahu abang ikut kak lili ni, harap2 dia tak banyak bunyik kang spoil mood aku nak ajak dia dating berdua-duaan...hikksss

Friday, June 24, 2011

Terputus Hubungan Luar

Harap2 dpt la post entry ngan aipadputihkuini...huhu, aku sedih!! Pagi tadi ada briefing pasal ofis baru tu. Kata mr.m, kami Akan mula di ofis baru pertghan july, jadinya Semarang dah boleh start packing2 barang la..katanya lagi, start mggu depan, isnin Internet dah takleh guna, tepon semua takleh guna sebab telekom nak bawa line pergi ofis baru, macam tu la lebih kurang. Jade kami pun redo la start mggu depan hingga pindah secara rasminya kami Tak berinternet dan tak bertepon. Tak bertepon tak pe lagi, memasing ada hp, tapi tak berinternet tu yang tak berapa nak redo tu...apa2 urusan internet, kena guna pc kat admin. Haha, gilo la Kalau aku nak berfb, berbelog, berchating semua kena g tempt admin, sah2 petang tu jugak aku dapat surat ken a goreng....ok, itu lamunan aku masa mr.m tgh bercakap. Yang realnya, keluar2 je dr bilik mr.m, Internet terus xleh guna. Huwaaaa, semua org nangissss...hehe, aku takpe, aku ada aipadputihkuini..tap iii, ko nak mampos, letak aipad atas meja pastu blogwalking! Jdinya aku sebagai pekerja patuh, tak bertenet la sepanjang hari ni...hazabbb, mata asyik nak tutup je, seb baik Ada koci. Gigih tak nak bagi mata tutup takut kalau dah tutup tak leh nak buka plak nanti....so sepanjang hari ni dan mungkin sehingga beberapa mggu ni aku Akan rindu blog yg hari2 aku baca...nak guna aipadputihkuini susah sikit sbb coverage meksis cam hampeh kat sini..ni pun tak tau lepas ke tak nak publish n3 ni....Hazab juga taip n3 guna aipad ni, memanjang auto correct!

Nak publish dah ni, harap2 sukses...

Thursday, June 23, 2011

Gatal2 Tangan

Gatal2 tangan bukan nk dpt duit atau nk lempang orang, tapi gatal2 tangan install bloggeroid kt mrhtc...jadi ini adalah n3 testing dr mrhtc, tgk jd ke tak....

posted from Bloggeroid

Luahan Perasaan

Rakan2 sekalian (wakakaka, sekalian katanya, padahal follower aku nak sebut berapa org pun x sampai hati..belasah!), belog aku ni masih dalam proses menyesuaikan diri. Masih mencari-cari identiti diri. Macam ada je yang tak best. Bila jalan2 ke rumah orang, nampak cantik je, kemas je...seronok je baca...aduyaiiiii...aku tak pandai laa..(abis, ko tergedik2 nk berbelog tu buat apa? belasah!), kena ambik masa kot! Jadinya sekarang ni aku duk gigih membaca tip2 dpr blogger2 yg femes dan pengikut yang dah ribu riban...halalkan, ya...eh, aku bukan curi n3 ke apa, setakat baca tip, dan gigih aku buat sendiri kt belog aku ni...hehehe...terima kasih ya, kepada yg berkenaan tu ya....

Puasa dah tak lama lagi, pulak mungkin dalam bulan depan kena pindah ofis. Ni yang aku tengah dalam dilema ni. Apa yang dilemanya? syok apa ofis baru, besar lagi...yaaa, syok dan memang ada rasa tak sabar nak pindah ofis baru tapiii yang tak syok dan buat aku dalam dilema ialah macam mana aku nak balik keje nanti? Dah la, masuk ofis baru, terus puasa, dah tentu aku takut sensorang tunggu MrCho kat dalam ofis tu. Ofis lama ni kecik dan aku dah serasi, tak takut wpun balik kul 9 malam! Kat mana aku nak tunggu MrCho nanti? tak kan kul 5.30 dah lepak kat kedai smpai kul 8 (kalau dia dpt sampai kul 8). Nak balik sendiri, macam mana aku nak ambik anak3 pula nanti...masalah...masalah...kalau bukan bulan puasa tak la jadi masalah sangat. MrCho cadangkan aku tumpang kolik aku sampai ioi, tunggu dia kat situ. Hari biasa ok la kot, tapi bulan puasa macam mana? Pastu plak, tak tahu kolik tu lalu mana bila dah kat ofis baru nanti. Hahhh, baru teringat, bulan puasa dia balik awal, masuk kerja awal. Aku tak mampu la nak masuk kerja awal, yang sekarang 8.30 pun aku tetiap pagi semput! adoiiiiii....

Bila memikirkan masalah aku ni, ni yang buat aku tak boleh sabar dah nak bendalah ni....yang ada sekarang manual, aku gigil nak bawak kecuali duduk sebelah pembawa...

Gambar: Google

Tuesday, June 21, 2011

Ntahhapahapa

Masih di kantor katanya.........

Hari ni aku tak ada cerita pasal anak bujang atau anak2 dara aku. Hari ni cerita pasal aku. Tajuk aku hari ni ialah MARAH! Hahaha, aku sekarang bukan tengah marah tapi yang aku nak cerita tentang apabila aku marah. Aku susah nak marah, aku sebenarnya tak pandai marah. Aku tak pandai nak berbalas2 kata, tengking menengking. Apabila kena marah, aku akan diam atau perlahan2 aku menangis. Ya, aku mudah menangis! Lepas aku kena marah, dan orang yang marah aku dah diam baru lah aku marah dia balik, kaw2 punya marah tapi dalam hati saja...kahkahkah...bodo! Lega bila semuanya terluah walau dalam hati...aku sangat lemah bab2 marah orang sebab aku kasihan pada orang yang aku marah. Tapi biasanya, jangan risau aku susah marah orang kecuali orang tu betul2 pijak ekor aku! Jangan main2 sebab aku akan buat apa aku kata...

Aku pernah marah orang. Memang betul2 marah. BETUL2 MARAH! Sampai saat ini pun marah aku pada makhluk tu tak pernah hilang. Setiap hari, tak pernah padam...tak pernah aku lupa...oh, sekarang aku dah rasa panas muka, darah dah naik ke kepala. Aku insan biasa....Ya Allah, ampunkan aku! Dah, aku mahu solat maghrib sekarang........$%^&*&#$%##

Eh, kenapa aku buat n3 ni??? Kan sendiri dah tension!

Monday, June 20, 2011

Burung Berang

Kekonon nak buat kerja, buka laptop, kat sebelah abang tengah layan burung berang...khusyuk sungguh!

Aku capai mrhtc, cari2 kat games, kahkahkah...ngan aku2 terjebak! syokkk, baik korang cuba....hehhehheh...


 Gambar atas bawah: Google



SAYAAAANG ABAH!!

Aku dah lama sangat dah tak layan drama2 melayu. Usah drama melayu, omputih, cina, korea semua aku dah tak layan sebabnya, rumah dari pagi sampai malam katun semata2....jadinya malam tadi, si abang tido awal. Aku pun tak tahu nak buat apa, so tertengok la drama SAYAAAANG ABAH kat cenel 105. Sedih siot! Ni aku malas nak tengok citer sedih2 ni, lebih2 lagi pasal keluarga, mesti aku nangis punyer...Menjadi la si pelakon tu nama sebenar aku tak tahu, dalam citer tu nama Intan. Pastu si bf abby, zul ke apa nama, pun menjadi tambah si didie alias tu yang ala2 kecoh tu. Cumanya aku perasan si didie ni berlakon pakai tudung labuh tutup bahu tapi kuku panjang....tak sesuwaiii la pulak! Apa pun best sampai aku nangis. Pagi tadi bangun tido mata aku macam tak selesa tak tau pasal aku nangis ke hapa.....


Cakap pasal mata ni, beberapa minggu ni mata aku macam tak best...apa yang tak best?? Hahaha, sebenarnya mata aku ni macam kabur2 bila aku lama pandang komputer. Pastu pedih2 berair sampai sakit2 kepala. Aku syak mata aku rabun sebab memalam tengok lampu jalan ke lampu kereta ke, mesti aku kena kecikkan mata....paling tak tahan sakit kepala tuh. aku mengadu kat MrCho, so semalam pergi la check mata aku kat england optical kat ioi tu...check punyer check, sekali result dia keluar, amoi tu kata mata aku tak ada masalah...very gud katanya cuma mata kiri je ada sikit silau...sikit jeee, katanya....huh lega....kata MrCho...

Drama pada Hari Bapa~~~~~

Jangan percaya tajuk kat atas.

Hari Bapa kami yang tak brapa nak jadi sebenarnya. Pagi aktiviti adalah seperti biasa bagi aku…keluar masuk antara dapur, bilik, ruang tamu sampai la ke tengah hari…petang sikit dapat lepak, layan adik bongsu ngan sepupu aku. Diaorg kat rumah aku dari semalam. Meriah la sikit rumah.

Sempena Hari Bapa la kononnya aku ni, masak2 la sikit. Bukan masak apa la, buat macaroni goreng saja pun ngan cheese cake blueberry yang tak berapa nak jadi tapi rasa dia shedapppp…..sila percaya kek aku sedap, ya!


Eh, mana dramanya? kahkahkah…Begini, hari sabtu aku ajar abang buat kad utk papanya. Aku bagi dia kertas A4 dan pensil warna 3 batang (itu je yg tinggal, lain 2 tak tahu mana pergi). Jadi mengajar la aku dia tulis perkataan kat atas kertas tu dengan tulisan yang senget-benget…hehe..ni la dia hasilnya.


Dah siap tulis aku suruh dia simpan, bila papa balik malam nanti aku suruh dia bagi. Dia ambik dan simpan. Malangnya, malam papa dia balik dia dah tido. Tido awal sebab penat kot, seharian berjalan.

Pagi esoknya (ahad), dia dah lupa pasal kad yang dia buat tu….aku panggil dia (aku kat dapur taim ni), cakap ngan dia,

“abang, mana kad yang abang nak bagi papa tu?”

Dia senyum.

“Eh, abang lupa pulak!”

Cepat2 dia berlari ambil kad (kekononya) yang dia simpan, dan hulurkan pada papanya.

“Papa, surat papa…” Masa ni aku intai je dari dapur.

“Surat apa, ni?

“Surat abang bagi papa la…ambik laa….”. Sungguh2 ni dia hulurkan pada papa dia.

Aku nampak MrCho ambil, buka lipatan kertas tu baca sambil tersenyum. Pastu tiba2 MrCho tarik abang, peluk, cium pipi kiri kanan. Aku cepat2 masuk ke dapur, masa ni aku rasa sgt touching…huhu, air mata aku dh nak jatuh, cepat2 aku lap. Dari dapur aku dengar 2 beranak tu bercakap2…

“Sapa yang tulis ni?”

“Abang la yang tulis…ada nama abang, adik kaka, adik eyin…ni…”

“Ooooo, abang dah pandai tulis sendiri….”

“Abang tak pandai, mama yang ajar….” hahaha….anak..anak…

Dah itu saja drama Hari Bapa dalam keluarga kami tanpa 2 orang lagi di sisi. Seterusnya, diaorang aku hidangkan ini sebagai meraikan Hari Bapa…muahahaha…


Jangan kutuk kerja tangan aku, ya!
Gambar makan2 tak ada, gambar makanan je aku ambik…
.
.
.
.
.
.
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 .
 SELAMAT HARI BAPA KEPADA PAPA AIRIL NAJMI CHO, AIMY NUR HANNA CHO & AIMY NUR QAIREEN CHO

Friday, June 17, 2011

Baju Melayu untuk Si Bujangku

Hikhikhik, hari ni hantar abang ke rumah pengasuh, siap bawa baju melayu. Hari ni dia nak ikut mama pengasuh dia ke Putrajaya – anak sulung pengasuh kawen today kat putrajaya…hohoho, so cute la abang today berbaju melayu…dia jarang berbaju melayu kecuali hari raya, itu pun setengah hari je…aku tak ikut, so tak ada la gambar dia nanti.

Semalam pengasuh bagitahu suruh bawa baju melayu abang sebab esok akad nikah kat mesjid, jadinya afdal la pakai baju melayu. Pastu aku teringat baju melayu abang yang beli masa raya hari tu macam kecik je, seluar pun senteng…ni papanya la yang beli taim raya hari tu sebab aku dalam pantang lil Eyin…maka dengan itu gigih la malam tadi pergi cari baju melayu abang kat kompleks puchong perdana tu…dapat la, tapi yang ngam2 saiz dia tak ada, ambik yang besar sikit. Seluar pulak terpaksa potong kaki sbb labuh sangat…hahahaha…tak pe la abang…balik, terus cuci dan jemur..

Ni gambar aku try baju tu kat dia malam tadi sebelum cuci...dia malas nak layan aku suruh dia berdiri...


 Ni dia nak marah aku suruh dia pandang kamera...hohoho



Masa hantar dia pagi tadi, baju melayu dia aku siap iron, hanger semua bawa ke rumah pengasuh, tapiiii huhu aku terlupa dua benda. Butang baju lupa ambik, kasut lupa ambik, jadinya abang pakai la selipar harian tu…sungguh tak mecing! Baju kaler peach (gambar kat atas nmpk cam kaler pink terang), selipar kaler kuning….muahahaha…aku pulak yang teruja, huhh!

Pasal kenduri kawen ni, majlis rumah perempuannya, esok. Hari ni nikah je…pengasuh cadang nak bawa abang juga esoknya…pastu langsung mengajak aku sekali. Tapi baru semalam dia cakap, aku pun dah janji ngan my fren nak keluar so, aku tak nak la join majlis pengasuh kat putrajaya. Lagipun…lagipun…aku ni tak shuukerrrr pergi majlis2 macam tu kalau mak aku tak ada…aku pemalu, tak pandai sembang nanti aku diam orang kata sombong plak nanti…aku tak sombong ya…kalau kena kepala, aku boleh je gila2 remaja…hakhakhakhak…ni aku tengah tak senang duduk memikirkan majlis rumah kakak pengasuh 25hb ni. Dia suruh aku datang awal hari tu. Pastu kalau boleh sehari sebelum tu pun suruh aku datang rewang gitu…bisakah aku? bisakah aku?? Aku mana kenal orang kecuali keluarga dia je…huhuhu…matikla aku kali niii…aku dah start pikir apa aku kena buat, nak bawa apa pergi sana nanti selain hadiah untuk anak dia, macam mana nak pergi sebab MrCho kerja…adoiii la…berat sungguh aku ni!

Hmmm, apa la kabar kakak & adik kat kampung hari ni. Hari ni belum menelefon…kekangan masa la kawan2…huhuhuhu…dah beberapa hari tak dengar suara adik. Tiap kali telefon mesti dia tido….kata adik aku, adik makin tombammm, kakak pula maintain kuat makan, asyik nak makan nasi lauk ayam je…J

Thursday, June 16, 2011

Lagi Lagi Pasal Si Bujang Kesayangan Hamba

Beberapa malam lepas g car4...aku nak beli sabun cuci baju yang dah habis...semuanya laju2 je sebab dah pukul 9 lebih malam...lain yang diplan, lain yang terjadi...kekonon nk beli sabun ngan makan kat situ tapi si abang ni berjaya mengepau papanya sebiji kereta control yg cinonet tak berbaloi ngan harga...rasa melampau pulak, sejak adik2 tak ada, asyik dapat mainan je abang, ya...




Mula2 aku buat tak tahu je bila terlalu tepi kedai ni...MrCho dah ke depan, abang jalan ngan aku, tetiba dia stop aku tarik2 tgn tak mo jalan dah...aku dah tahu sebabnya tapi pura2 tarik tangan dia. Pulak dia rentap2 tangan sambil cakap abang nak car tu dengan muka macam merayu yang sebelum ni tak pernah dapat mainan pun! Dan papanya terpaksa pusing balik layan la kehendak anak bujang dia ni....







Abang ni perangainya, selagi dia tak dapat apa dia nak, dia tak akan jalan dahhh...keras je kat situ sambil merengek2...haishhh, pujuk pun tak jalan dah...takut plak bila pikir2 balik sebab kami bukan ibu bapa yang tegas...

Bagaimana nak jadi ibu bapa yang tegas, ekk? Aku dah cuba tapi tak boleh...kata orang keraskan hati, tapi tu la, bila dengar anak merengek atau menangis keluar air mata, mula la aku jadi hiba...MrCho lagi la, selalu cakap tak pe la, beli la, kita dedulu mana mampu nak beli, tengok je orang main...so, tahu perasaan mcm mana kalau tak dapat...dann aku pun, suka hati la, lgpun aku gembira bila tgk anak gembira. Aku jadi susah hati kalau anak asyik sebut nak tu, nak tu....

Agak2 ada lagi tak anak2 sekarang yang mcm ANAKKU SAZALI tu? Minta jauhkan....siang malam berdoa  moga2 anak3 menjadi insan yang taat pada agama, hormat orang tua dan menjadi berguna kepada negara!

Oh, ya, lepas dah settle beli sabun semua kami pun g la makan kat kedai dlm car4 tu apa nama ntah...nasi ayam dia boleh laaaa masuk tekak akuu...


Gambar kat bawah ni yang aku nak cakapnya...agak2 kan, kenapa peti ais kat kedai ni bahagian tengah tu dia tampal kertas bunga2 tu...pecah ke? buleh ekk, tampal mcm tu? 



Orang makan dia sebokkk dgn car baru dia tu...


Wednesday, June 15, 2011

Misssssss uuuuuuu Sooooo Muchhhhh, Darlinggggggg~~~~~

Rindu sama ini kanak2....hhuhuhu..sob..sob..sob...tsk! tsk! tsk!!!


Kakak baik2 kat kampung tauuu...jangan asyik buat perangai manja tu tauuu...lagi dua minggu mama balik ambik kakak & adik....mama dah rinduuuu suara kakak menjerit, menangis, gaduh ngan abang...kakak balik nanti mama masak kek sedap2, kita makan sama-sama, ya...abang pun asyik cakap nak kakak je....sedih mama tauuu....

dan ini pun mama rinduuu jugaa....huhu...adik rindu mama takkk???


Mesti adik hairan, kan....mana mama papa pergi tak balik2 lagi ni....mama papa kerja la sayang, lagi dua minggu mama balik ambik ya...kadang2 mama terlupa adik kat kampung, mama ingat adik lena tidur kat bilik...selalu cakap dgn papa, dgn abang, lamanya adik tidur..eh, adik kat kampung laaa...selalu mama telefon malam2 adik dah tidur, kakak je riuh cerita itu ini....huhu, sungguh mama rindu kakak & adik....

Guli Melantun Atas Lantai

Pagi tadi kolik aku bagitahu beberapa hari ni dia asyik dengar bunyi pintu buka tutup kat rumah dia. Bunyi ni dah beberapa hari dia dengar. Memula tu dia ingat bunyi baby nangis, tapi beberapa kali dengar bunyi yang sama, so mustahil bunyi baby nangis, pastu dia dengar2 lagi bunyi tu, macam bunyi anak kucing pulak tapi lama2 dia baru dapat tangkap bunyi tu bunyi pintu yg ketat dibuka tutup, bunyi macam berkeriot gitu....

Kolik aku ni pun gigih la search kt google pasal bunyi2 pelik ni. FYI, kolik aku ni tinggal seorang, dah dkt 10 thn dah kat apartment tu, tapi akhir2 ni je dia mcm rasa pelik2 sikit. Ok, balik kpd bunyi2 tadi, bila dia search kt google, banyaklah cerita tentang bunyi2 tu, salah satu tu bunyi guli melantun kat lantai. Bunyi tu dari rumah atas, dan2 aku pun teringat yang aku selalu alami bunyi2 macam tu..bunyi guli melantun, bunyi seret2 perabot, bunyi ketuk dinding, bunyi pintu....terus aku rasa seram sebab bunyi tu bukan bunyi yang dibuat oleh manusia tapi  bunyi dari makhluk lain...Allahhualam...

Aku pikir2 logik juga la sebab aku rasa rumah atas rumah aku tu tak ada orang. Lagipun apa ke masalahnya p ubah2 perabot lewat2 malam...pastu teringat pulak masa awal2 masuk rumah tu, tengah2 malam selalu ada orang ketuk dinding macam bunyi orang ketuk paku kat dinding tu, bising la bunyi dia orang nak tido, MrCho dah hangin la, so pegi la menyiasat kat atas tu. Bila dia kat atas tu bunyi tu hilang, so tak dapat kesan la dr mana, rumah yg betul kt atas kitaorg tu gelap sama ada tuan rumah dah tido atau memang tak ada kat rumah..dia panggil2 tapi tak berjawab..MrCho terus report pada guard dan lepas tu tak ada dah bunyi tu sampai ke pagi...hari2 lain bunyi lagi orang ketuk2 tu tapi kami biarkan je...

Sekarang ni aku alert pulak dgn bunyi guli, ngan seret2 perabot ni..selalu bunyi, siang ke malam ke, tak kira masa...pernah cakap ngan MrCho, tapi dia suruh buat tak tahu je, so aku pun buat tak tahu je la, sampai la hari ni bila kolik aku timbulkan isu ni.....satu lagi bunyi pintu buka tutup. Pernah juga aku cakap kat MrCho, bunyi pintu macam kat dalam rumah kita je..dia kata tak la, pintu rumah atas tu...so tiap kali bunyi aku biar je la walaupun bunyi tu macam dekat je...so, hari ni macam rahsia terbongkar, aku serammmmmmm.....

Korang macam mana? pernah alami tak benda2 macam ni???

Ni aku copy dari sini:

Namun ada jugak penjelasan saintifik berdasarkan kajian sesetengah pihak:
  • Bunyi ketukan paip air di dalam paip bekalan air. Apabila pili sudah lama x digunakan, tekanan udara akan terbentuk dalam paip seterusnya menyebabkan bunyi ketukan yg boleh berpindah ke lantai kokrit. Teori ni paling kuat & logik.   - bunyi seret2 perabot mcm mna pulak?
  • Penyaman udara & peti sejuk lama yg sudah lama tidak digunakan akan mengumpul partikel buih dalam sistem paip seterusnya menghasilkan bunyi gegaran.   -  peti ais & ekon aku sentiasa on..
  • Galas bebola diletakkan dalam batu konkrit di antara lantai2 rumah. Berteraskan konsep pengembangan & pengecutan, bebola akan bergerak mengikut pergerakan bangunan. Tp ada arkitek nafikan galas bebola diletakkan dlm batu konkrit bangunan.  - ini aku taktau..
  • Bunyi lain yg mirip seperti bunyi guli jatuh.   - ketuk dinding, tumbuk lesung batu, seret perabot, bunyi pintu, tak sama bunyi guli..
  • Terdapat kanak-kanak yg betul2 bermain guli di tingkat atas rumah :)  - kanak2 dari mana? anak siapa? 

Nota kaki aku: ada hikmahnya aku tak tinggal abang kat kampung hari tu...ada la kawan aku hari sabtu taim MrCho g kerja...

Indahnya Hidup Kalau Tak Ada Masalah

Petang2 nak bawa ke malam baru boleh berbelog!ni pun sambung kat rumah, dah masuk hari baru, baru boleh publish...Kerja perlu diutamakan, baru hujung taun ko dapat pekerja cemerlang, gemilang, terbilang!

Nak cerita, malam tadikan, aku pegi pasar malam. Aku dah lama tak pergi pasar malam wehh, bertahun dah kot! Sebabnya..sebabnya, leceh nak angkut anak3 kecit harung orang ramai. Anak3 = 3 orang anak, ya..harap maklum..hehehe. Jadi semalam aku pun mengajak la MrCho ke pasar malam. Lepas ambik abang kt rumah pengasuh, kami pun gigih mengharung orang ramai giler taim kami sampai. Abang suka sungguh sebab kami tak pernah bawa dia g pasar malam sebelum ni...enjoy je dia. Jalan la kami, kata MrCho, kita pusing satu round! ha, hambek ko, pusing satu round besar tu...so jalan la, sebab ramai orang so tak la rasa penat berjalan. Ni pasar malam kat area rumah pengasuh anak3 aku tu, puchong indah ke intan ke..lupa dah...

Masa tengah jalan2 tu, kan aku nampak seorang perempuan peminta sedekah, muda lagi tengah duduk sambil pangku anak, kecik lagi anak dia, aku agak dalam 2 bulan macam tu...terus hati aku jadi hiba. Terus niat dalam hati nak hulur duit, tapi sebab masa aku lalu dia kat jalan sebelah, orang plak ramai, dan aku pun tak pegang purse, duit semua kat MrCho, jd aku biarkan dulu, dgn harapan masa balik nanti aku hulur la...so kami pun jalan la...eh, sungguh la aku kesian tgk baby tu, macam keluar2kan lidah dia mcm lapar jer, terus aku bayangkan dia mesti lapar susu, mak dia tak ada duit nak beli susu...pastu masa orang lalu lalang, ada la yg hulur singgit dua kat dia, aku tengok mak dia kelip2 pandang org sambil hulur bekas duit tu...
Then, masa nak blk tu, aku singgah gerai nasi tu, tetiba aku nmpk perempuan dengan anak kecik ada kat tepi gerai tu pulak, kiranya dia beralih tempat la...aku cuit MrCho, suruh dia bagi duit kat perempuan tu, tapi MrCho geleng, aku terus down! Kat tangan aku plak tak ada duit, kalau tak aku bagi je...pastu, dah siap beli2 semua, masuk kereta, MrCho cakap kat aku, dia bukan tak nak bagi, tapi dia tak rasa itu anak dia...maksudnya, berlakon je...kata dia lagi, tak kan la orang muda macam perempuan tu, nak duduk minta sedekah kat pasar malam, tak kan tak ada keluarga saudara mara...tgk rupa perempuan macam melayu. Betul juga aku rasa. Pastu MrCho kata kalau la dia tak larat or sakit tapi kenapa boleh berubah tempat, kejap sana, kejap sini..siap korek2 hidung lagi kata MrCho, ini paling tak boleh blah aku ketawa tak hengat! MrCho kata dia rasa ni sindiket ni...bla..bla..bla..dia membebel pasal orang minta sedekah ni, sampai aku antara dengar tak dengar je dia bebel....tapi MrCho ni, kalau masa makan kat kedai, then ada orang datang minta sedekah, tu dia bagi je....

Hasil aku ke pasar malam malam tadi (ni 4 orang makan, ya...:))
nasi kerabu - 2
nasi campur
mee sup
mihun sup
hotdog besar - 2
berger+fries+hotdog kecik - 1
jagung cup - 2
jambu kecik kaler merah - 1 longgok
ikan bilis - RM5
kapal terbang - 1

sudahnya, mihun sup masuk peti ais, hotdog besar masuk peti ais, berger+fries+hotdog kecik masuk peti ais, jagung cup 1 masuk peti ais, 1 lagi makan tak habis, jambu kecik kaler merah makan beberapa biji, ikan bilis masuk peti ais.....muahaaahaa...kapal terbang tersadai atas sofa, pagi ni abang bawa g umah pengasuh dan konfem lerai komponen dia...


Nota kaki aku: Banyak orang hipokrit sekeliling aku demi nak dapat nama dan jatuhkan orang lain. Aku pun ada kala hipokrit juga tapi untuk selamatkan diri sendiri tanpa menjejaskan orang lain....haruskan buat baik, dibalas baik, buat jahat dibalas jahat???

Monday, June 13, 2011

Yeayyyyyy....Aku Nak G Singapore!!!!

Aku rasa sekarang aku kena sungguh2 fokus pada kerjaya aku. Kena!kena!kena!!! Sejak akhir2 ni aku cepat benar rasa penat, so kerja pun ala2 je...jadi sebelum aku ditazkirahkan oleh bos aku, baik aku bangun daripada tidur aku ni...mungkin penandaan diri dah tua kot! Tapi itu bukan alasan, ada lagi orang yang lebih tua dari aku, cergas je bekerja…salute pada golongan spt ini….balik kepada point asal, macam mana nak badan cergas, bersemangat dan sentiasa positif ekk? Selalu aku hangat2 tahi ayam je!!

Rasanya kali kena betul2 fokus, tak mau main2 dah….nak buat jadual, macam sekolah2 dulu…hahaha..doakan aku, ya..nak start sekarang ke nak start kat ofis baru nanti?…plan kat ofis baru bulan 7…blh mula dr sekarang kot! insyaAllah, fokusssss untuk masa depan yang lebih gemilang…aminnn…

ok, balik kepada hari semalam pula, semalam MrCho bawa kami (aku, abang, adik aku cik benana) ke summit, saja jalan2 tp aku dpt la juga kasut ngan skirt, abang dapat baju 2 pasang! Aku tak tau apa motif pusing2 kat situ, tapi aku syak MrCho cari barang untuk psp abang yang dah lama rosak. Bateri ke apa ntah yg rosak…penat2 kaki la juga kami pusing2 kat situ…

Rupanya semalam last day kat sunway pyramid ada pameran kereta mcqueen & mater. abang memang suka giler ngan mcqueen & mater ni, tapi sedihnya aku sebab kami tak tahu punnn….kalau tak mesti dia teruja giler tgk car2 dia tu…aku tahu pun pagi ni bila ofismate aku btahu…tapi dah terlambat. Gigih aku google tgk kat mana pula ada pameran tu, huhu tak jumpa plak. Sempena cuti sekolah je kot! Tak ada rezeki abang! Aku plak cepat2 sms MrCho btahu, dia pun “alamak, kenapa mama baru tahu hari ni?” Aku macam, eh? Tak tahu mcm mna nak jawab soalan MrCho…hahaha…over! Pastu dan2 cakap tak pela, tak ada rezeki abang, nanti kita bawak abang g disneyland la…aku macam, hah? Disneyland? Hongkong ke? dalam hati, MrCho nak balik negeri nih! Pastu MrCho reply aku, tak la sampai Hongkong, Singapore lerr dulu…hehehe, aku pun mengutuk diri sendiri…eh, disneyland tu ada car mcqueen tu ke? Aku jakun nih, maklum le tak pernah pegi obersea, golok pernah la dedulu masa kecik, tok aku bawa g rumah mak cik aku kat sana…tetiba berdebar nak g Singapore ni…muahaha, bengong izza, padahal konfem paling2 hebat MrCho bawa g zoo je nanti! kahkahkah…

p/s: kalo sesapa tahu kat mana atau bebila ada pameran mcqueen & mater tu, minta jasa baik anda uar2kan pada aku, yaa…jasa anda amat dihargai…terima kasih

@summit~~~~~~~


cuba teka, apa budak kecik (gambar atas) yang hanya nmpk kepala tu buat?

 ni hantu lif, ya.....:)

 ni perasan remajewwww!!!! kekonon balik kuliah..muahahaha...

 abang suka buat muka macam tu kalau ambik gambar..haihhh!

 aku poyossss...





 makan petang



aura gediksss merasuk!

 ya, muka aku bulat macam bola yg disepak oleh daudsu ke dalam gol sendiri semasa piala FA hari tu...

@garden cafe, summit....dinner

 nilah yang dikhusyuk oleh budak kecik ni....

 gaya sangat tak blh blah!


 orang makan, dia tak mau makan sbb nak main games! hohhhh!!!

nasi goreng cili padi

Klik Me

Klik! Klik!