Jangan percaya tajuk kat atas.
Hari Bapa kami yang tak brapa nak jadi sebenarnya. Pagi aktiviti adalah seperti biasa bagi aku…keluar masuk antara dapur, bilik, ruang tamu sampai la ke tengah hari…petang sikit dapat lepak, layan adik bongsu ngan sepupu aku. Diaorg kat rumah aku dari semalam. Meriah la sikit rumah.
Sempena Hari Bapa la kononnya aku ni, masak2 la sikit. Bukan masak apa la, buat macaroni goreng saja pun ngan cheese cake blueberry yang tak berapa nak jadi tapi rasa dia shedapppp…..sila percaya kek aku sedap, ya!
Eh, mana dramanya? kahkahkah…Begini, hari sabtu aku ajar abang buat kad utk papanya. Aku bagi dia kertas A4 dan pensil warna 3 batang (itu je yg tinggal, lain 2 tak tahu mana pergi). Jadi mengajar la aku dia tulis perkataan kat atas kertas tu dengan tulisan yang senget-benget…hehe..ni la dia hasilnya.
Dah siap tulis aku suruh dia simpan, bila papa balik malam nanti aku suruh dia bagi. Dia ambik dan simpan. Malangnya, malam papa dia balik dia dah tido. Tido awal sebab penat kot, seharian berjalan.
Pagi esoknya (ahad), dia dah lupa pasal kad yang dia buat tu….aku panggil dia (aku kat dapur taim ni), cakap ngan dia,
“abang, mana kad yang abang nak bagi papa tu?”
Dia senyum.
“Eh, abang lupa pulak!”
Cepat2 dia berlari ambil kad (kekononya) yang dia simpan, dan hulurkan pada papanya.
“Papa, surat papa…” Masa ni aku intai je dari dapur.
“Surat apa, ni?
“Surat abang bagi papa la…ambik laa….”. Sungguh2 ni dia hulurkan pada papa dia.
Aku nampak MrCho ambil, buka lipatan kertas tu baca sambil tersenyum. Pastu tiba2 MrCho tarik abang, peluk, cium pipi kiri kanan. Aku cepat2 masuk ke dapur, masa ni aku rasa sgt touching…huhu, air mata aku dh nak jatuh, cepat2 aku lap. Dari dapur aku dengar 2 beranak tu bercakap2…
“Sapa yang tulis ni?”
“Abang la yang tulis…ada nama abang, adik kaka, adik eyin…ni…”
“Ooooo, abang dah pandai tulis sendiri….”
“Abang tak pandai, mama yang ajar….” hahaha….anak..anak…
Dah itu saja drama Hari Bapa dalam keluarga kami tanpa 2 orang lagi di sisi. Seterusnya, diaorang aku hidangkan ini sebagai meraikan Hari Bapa…muahahaha…
Jangan kutuk kerja tangan aku, ya!
Gambar makan2 tak ada, gambar makanan je aku ambik…
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
SELAMAT HARI BAPA KEPADA PAPA AIRIL NAJMI CHO, AIMY NUR HANNA CHO & AIMY NUR QAIREEN CHO
No comments:
Post a Comment