Monday, September 8, 2014

Lawak yang Sesungguhnya






Baru sahaja habis menonton P.I (Private Investigator) lakonan Beto Khusyairi. Tayangan semalam tapi malam ni baru dapat tengok. Menonton di Tonton. Malam tadi time yang sama, ada plak cerita Frozen kat Astro, hmmmm apalagi anak3, dari pukul 8 dah get ready depan tv, walaupun tayangan bermula pukul 10.

Best dan kelakar giler lah lakonan Beto. Dan inilah cerita lawak yang boleh buat aku ketawa. Maharaja Lawak pun aku tak reti nak ketawa. Kepada Beto, buat lah banyak2 cerita macam ni, hilang stress ahkak!


Huk aloh, tadi rasa macam nak makan nasi impit dengan kuah kacang. Dah lama beli yang instant punya. Dah siap goreng kacang untuk kuah, Mr.Cho ajak keluar pulak. Rancangan tergendala. Tak tahu bila lah nak menjadinya...

Eh, tetiba ngantuk...

Gud bye n gud nite!

Saturday, September 6, 2014

Assalamualaikum

Assalamualaikum semuaaaaa....>>>bajet hot

Aku kembali setelah berkurun bertapa dari berkarya. Sibuk memanjang berserta kemalasan tahap jurus 17 maka aku kerap kali tak pedulikan blog ni.Tambahan pulak notebook lama selalu buat hal menambah lagi kepada ketidakpedulian aku pada blog nih. Kepada kengkawan selamat bertemu kembali, insyaAllah aku meluangkan masa di sini. Psssttttt, ni dah dapat notebook baru yang disponsor oleh Mr.Cho. Jadi aku kena selalu mengelek notebook ni supaya dia nampak aku betul-betul memerlukan notebook dan dia tidak berasa menyesal membelikan aku bendalah ni...Terima kasih, papa.

Hari ni tak nak tulis panjang-panjang dulu. Cukup untuk menguar-uarkan kemunculan semula ahkak yang gojes ni...

wassalam.

Tuesday, January 21, 2014

Mahu Jadi Superwomen

Penat! Opsss, jangan salah faham kata aku merungut plak! Ni bukan word merungut tapi word untuk melepaskan penat lelah. Bila ko dah ucap word tu, terus hilang penat ko tu. Gituuuuu...cubalah kalau tak percaya. Tapi kena cakap dalam keadaan ikhlas la kalau ko penat kerja ke, mengurus rumah tangga ke atau apa-apalah.

Sejak bermulanya sesi persekolahan, Hanna tadika, Najmi darjah 1, sekolah pagi petang aku rasa sangat penat. Nak menjerit, menangis semua ada. Tapi bila semua dah settle walaupun time tu dah pukul 12.30 pagi, aku rasa lega selega2nya...hahaha

Dilema ibu-ibu bekerja dan kena pulak menguruskan rumah tangga. Aku masih peringkat huru-hara lagi. Mungkin ibu bekerjaya  lain yang dah ada lebih pengalaman dah cekap dengan pengurusan rumah tangga dan kerja-kerja ofis. Tahun sebelum Najmi tadika, Hanna pun tadika tapi tak adalah kelam kabut sangat. Najmi sekolah dua sesi. Pagi sekolah agama, petang sekolah kebangsaan. Semua double, uniform, beg sekolah, bekalan. Budak lelaki yang aktif, berbaju putih, berkasut putih. Cuba bayangkan? Balik sekolah lunyai. Satu hal pulak tiap-tiap malam kena sental baju sekolah dua pasang. Kekurangannya, baju sekolah 2 pasang pagi, 2 pasang petang. Tu yang hari-hari kena sental. #papa, plis beli lagi 2 pasang. Kang kalau beli lagi kang lagi banyak baju kena sental. Malam ni tak sempat tunggu malam esok baru cuci, campur pula dgn yang hari ni pakai dah jadi 4 pasang kena cuci...masalah juga ni...paling masalah dekat poket baju. Apa dia buat dengan poket baju dia tak tahu la...hahahaahaa

Hanna senang, "kakak, ada kerja sekolah tak?"
"Ada". Terus ambik dan tunjuk.
"Ambil pensel g siapkan. Ikut contoh yang kat buku tu. Tak tahu tanya papa. Dah siap nanti tunjuk mama." hahaha, aku memang selalu bajet guru besar!

Najmi masalah sikit. Dia lagi sayang game dari siapkan kerja sekolah. Nak suruh dia buat kerja sekolah kena duduk sebelah. Tak pun aku ajak tiga-tiga main cikgu-cikgu. Hanna kelas kat bilik dia. Najmi kelas kat bilik dia. Qaireen kat luar bagi meja kecik. Main macam ni barulah aku boleh buat kerja lain sambil pantau mereka siapkan kerja sekolah. Time ni papa la yang jadi guru besar! Dan2 diaorang akan panggil aku cikgu! kecuali Qaireen panggil aku cikgu mama...hehehehe..fun! Dah siap keje sekolah, pilihkan jadual Najmi dan Hanna pula. Siapkan beg sekolah semua kumpul setempat. Esok pagi senang nak angkut.

Kemudian gosok baju pula. Time gosok baju kadang2 diaorang suka la berbelit kat tempat aku menggosok. Kat sini pun boleh jadi tempat bermain kitaorang juga. Sebenarnya bila buat macam ni, kita akan lupa kepenatan. Aku sembur air setiap sorang pastu bertempiaran lari. Datang lagi aku sembur lagi...hahaha meriah rumah macam pasar borong. Itu lebih baik daripada jiran selang beberapa buah rumah yang anaknya suka nangis tengah malam pastu letak kat luar rumah. Kejam!

Memandangkan hari-hari aku banyak yang huru-hara maka aku pun ringan-ringan tangan search tip-tip menguruskan masa. Di bawah adalah salah satu yang aku baca. Ni aku ambil dari satu blog ni: http://apaperlu.blogspot.com/2012/05/tips-pengurusan-masa-dan-rumah-bagi-ibu.html

Tip Pengurusan Masa dan Rumah Bagi Ibu Bekerja


Sebagai ibu yang berkerja tidak dinafikan kita cukup terbeban dengan rutin harian, jadi mungkin tips ini dapat membantu dalam pengurusan masa dan kelengkapan anak.


  • Kemas barang ketika hari cuti

  1. Hari cuti adalah waktu terbaik untuk kita menyelesaikan semua keperluan anak supaya tidak menggangu waktu rutin harian kita, kita boleh gosok baju bagi tempoh 1minggu terus, menyediakan makanan anak bagi tempoh 2, 3 hari dan dibekukan dan pakaian anak disediakan bagi tempoh 1 minggu terus. Jika tidak kita akan sentiasa tidak cukup masa, sehingga kadang-kala mengabaikan kesihatan, kebersihan. Bagi anak seorang boleh lagi, jika sudah mula menambah 2, 3 seterusnya maka keadaan tidak akan sama seperti sekarang.  Jadi amat perlu kita menguruskan masa sebaik mungkin. Waktu cuti selesaikan semua kelengkapan si anak sebelum kita keluar berjalan, kebiasaan hari cuti kita berjalan badan akan penat kadang-kala kita akan menangguhkan mengemas barang anak pada pagi untuk pergi kerja dan inilah yang akan terjadi, botol susu lupa, susu lupa, lampin lupa,beg lupa dan sebagainya. Kemas semua barang dan letak dalam kereta atau di pintu sebelum hari esoknya. 



  • Simpan barang satu tempat

  1. Praktiskan meletak barang satu tempat supaya kita terbiasa untuk mencapainya. Wujudkan storage semua keperluan anak dalam satu tempat walaupun barang kecil dan perlu biasa menyimpan tempat yang sama apabila menggunakannya. Baju anak diasingkan mengikut kegunaan, baju siang, baju malam dan baju untuk bersiar, storage bertingkat amat sesuai untuk membuat pengasingan ini dan kita mudah mengambil baju tanpa menyelongkar. Elakkan melipat baju anak seluar dan baju asing, sebaliknya satukan baju dengan seluar agar kita segera dapat menggunakannya. Bagi barang kecil seperti bedak, sikat, ketip kuku, puting kapas, minyak zaitun boleh disatukan satu bekas tertutup dan mudah dibawa bagi tujuan mencuci badan anak. KIta dapat menjimatkan masa dari mencari barang yang berterabur.



  • Beli barang anak terus untuk tempoh guna 1 bulan

  1. Hal ini amat digalakkan bagi ibu yang berkerja kerana kesuntukan masa, seeloknya, kira pek kegunaan susu, lampin buang anak bagi tempoh sebulan dan beli terus. Ini memudahkan kita agar barang anak dapat dibekalkan berterusan tanpa masalah. Malah menjimatkan kerana kita mungkin memborong pada hari sales. Wujudkan satu storage extra (barang standby contoh bedak 2 pek, mandian, 2 pek dan sebagainya) barangan yang sudah ada 1 pek sahaja boleh ditambah (extra) jadi urusan kita ke pasaraya akan berkurangan. Hal ini juga boleh diamalkan untuk barangan isi rumah seperti beras, minyak, gas. Amalkan beli extra bagi mudahkan kita ketika barang habis. Tidak wujud incured cost sebab barang ini tetap akan digunapakai. 



  • Amalkan menyediakan bahan masakan sedia masa dalam peti ais

  1. Sedap makan diluar, namun lagi sedap makan dirumah dengan air tangan kita. Anak yang makan, tangan ibu memberi banyak keberkatan pada anak. Bagi bawang,rencah, boleh diblend untuk tempoh kegunaan seminggu dan dipek dalam bekas kecil yang boleh disimpan dibahagian beku, satu simpan ditempat sejuk biasa dan satu lagi dibahagian beku, bawang tidak tahan lama jika tidak disejukbeku. Jadi tempoh 1 minggu amat sesuai untuk kita refill bekas yang sudah kosong. Bawang yang sudah diblend mempercepatkan kita menyediakan masakan setelah balik pejabat. Bahan mentah seperti ayam, ikan, dibeli dan diasingkan dalam plastik untuk tempoh guna seminggu. Contohnya, ayam dibeli mungkin 2 atau 3 ekor, kemudian dipotong dan diasingkan kuantiti untuk dimasak contoh 7 hari 7 pek (minta kedai potong ayam satu ekor satu plastik). Rasionalnya bahan mentah ini, lambat untuk desfrost, jadi kalau sudah diasing mengikut kuantiti yang akan kita masak, lebih cepat dan bahan mentah tidak mudah kerana kita hanya mengeluarkan kuantiti untuk dimasak. Begitu juga ikan terus asingkan dalam plastik-plastik. Jika mampu, dapatkan freezer yang boleh menyimpan lama, jadi kita tidak perlu berulang alik  ke pasar dalam tempoh 1 minggu. 

  • Sediakan makanan dalam kereta.

  1. Bagi ibu kadang-kala kepenatan, jadi anda perlu ada makanan yang sedia dimakan bagi memulihkan tenaga dalam kereta atau beg, contohnya biskut, nestum, air kotak dan buah-buahan. Sekadar mengisi perut sepanjang perjalanan balik rumah. Jika tidak pasti anda akan singgah ke kedai tepi jalan kerana lapar bukan. Jadi ia sudah memakan masa.


Selain itu, pihak suami juga perlu memainkan peranan membantu si ibu, dalam urusan ini, kerana si ibu tidak mampu melakukan semua tanpa sokongan suami. Nampak macam cerewet tapi sebuah keluarga apabila si suami turut memainkan peranan membesarkan anak bersama-sama. Tidak ada istilah mempertahankan isu maskulin disini, sebaliknya kebaikan keluarga ada paling utama. Mustahil seorang ibu dan isteri dapat berjaya 100% samada ditempat kerja dan dirumah. Sekurang-kurangnya kita dapat mengimbangi keduanya.

Hmmmm, ada beberapa tip di atas aku boleh praktikkan. Harap dapat kurangkan sikit beban. Terima kasih kepada pemberi tip. :-)

Sekian. Panjang akak menulis hari ni.





Wednesday, January 8, 2014

Buah Tangan

Buah tangan daripada ofismate yang ke Turki minggu lepas. Terima kasih atas ingatan...:-)

Monday, January 6, 2014

Welcome Back!

#azam#

Selesai urusan persekolahan. Dua hari cuti untuk urusan persekolahan rasa berat badan turun 5kg! Over!

Kepada yang rindu harap hilanglah kerinduan..hahahaha…
Permulaan tak boleh la tulis banyak-banyak. Ada gambar, kita tengok je la gambar…

Gambar anak-anak je la pun. Gambar aku yang dah turun 5kg tu payah la….kikikiki


 Sesi pagi: Kelas Kafa Integrasi: time perhimpunan. Dia ada kat celah-celah ustazah tu...hahaha

 Dalam kelas: 1 Ikhlas. Time ni belum ada kawan. Demi menuntut ilmu akhirat, kelas tak berapa sedap mata memandang pun tak mengapalah anak.

 Sesi Petang: Sekolah kebangsaan...masa orientasi. Belum jumpa geng! Dia antara yang tinggi dalam kelas.

 Gud girl. Tahun kedua tadika. Tak perlu teman pada hari pertama walaupun abang tak ada...dah pandai bawa diri walaupun di rumah manja yang amat!

 Memulakan sesi persekolahan. Gaya seorang murid. Belum ada tali leher dan lencana kerana habis stok katanya di koperasi sekolah...

Kenit ni mesti nak ada. Sementara tunggu abang habis sekolah kita isi perut dulu dengan ayam tandori!


Ok, itu saja untuk hari ini. Dan rasanya belum terlambat untuk ucap "SELAMAT TAHUN BAHARU 2014" Semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya.


Wednesday, January 1, 2014

2014

2014.
SELAMAT TAHUN BAHARU 2014.
Alhamdulillah masih lagi bernafas untuk mengecapi nikmat 2014...insyaAllah.

Klik Me

Klik! Klik!