Monday, February 27, 2012

Video #1

Ni aku nak try masukkan video. Jadi ke tak ni....
Try ya...

video

ahahaha, jadi la....
MrCho yg ambik video ni mlm tadi. Main 3 beradik...

Main makan sireh, pengaruh citer upin ipin...adeiii...

kalau la sepanjang masa kamu 3 berdik ni main macam ni, tambah lagi 2 orang anak pun aku sanggup...ngehngehngeh...

Thursday, February 23, 2012

Gelagat Kenit3 #1

Nak buat cerita berepisod plak. kahkahkah...tajuk cerita ni seperti tajuk kat atas tu la...hhahahaha, maka hadap la cerita berepisod ni kalau aku tak ada modal nak gebang! Daripada dibiarkan lesu, meh aku buh gambar2 kenit3 aku ni....

Malam tadi....episod makan mi sup


Kakak pakai baju macam ni terus aku teringat cerita cina dulu2...kehkehkeh...anak pengasuh belikan ceongsam ni. Untuk adik sebenarnya tapi tak muat, sangkut tang perut..hahaha...nak pakai baju ni kena pakai girdle...Nasib baik kakak slim je, boleh muat....dikkkk, kena start diet la kamu! 





Abaikan meja yang bersepah...meja tu bukan tempat makan je, tempat abang buat homework pun kat situ, tempat letak barang2 balik soping pun kat situ, tempat parking menan pun kat situ....pendek kata semua himpun kat situ lah...mcm tempat transit gitu...eh, cerita pasal meja plak!

Hmmm, x tahu nak buat penutup la plak!

Wednesday, February 22, 2012

Sedih~~~

Baru lepas baca blog mazidul 999 tu. Berderai2 air mata aku baca kisah anak kecil, faris 6 tahun yang sedang berjuang untuk hidup. Asalnya sihat wal afiat, tetiba disahkan menghidap barah darah kalau tak silap. Bayangkan umur 6 tahun terpaksa hadapi segala kesakitan....ohhhh, semoga Allah berikan yang terbaik untuk anak kecil ini...

Terus teringat anak3...abang tak berapa sihat sekarang. Malam-malam selalu badan panas, bila pagi, suhu badan normal. Jadinya pegi sekolah seperti biasa...semoga tiada apa, sekadar demam biasa...


***Update tentang faris...anak kecil itu telah pun kembali ke rahmatullah pagi tadi...innalillah...mungkin itu yang terbaik untuknya daripada menderita kesakitan...al-fatihah...

Rosak Lagikkk!

Again!!!

Jadi lagi semalam. Baru minggu lepas aku dah kena, semalam kena lagi...bilalah agaknya sistem pengangkutan awam di negara kita nak stabil?

Semalam agak nasib baik la sebab dah sampai stesen kl sentral baru komuter tu mengalami masalah teknikal. Namanya nak tunggu komuter lain dgn orang yang ramai tak la kut! Call MrCho, bagitahu masalah. Dia suruh aku ambil lrt putra tu g ke kelana jaya. Dia ambik aku kat situ...

Ok, kali ni tak gelabah puyuh dah...ala2 konpiden dah nak beli token...ahahaha...

Sebelum tu jalan2 kat dalam kl sentral tu tapi tak tahu nak pegi mana plak. Kejadian tak dirancang, macam tu la aku...hilang arah. Dalam kepala asyik fikir nak sampai kelana jaya. Padahal lama lagi, MrCho pun belum gerak dari tempat dia....Sebab dah tak tahu nak ke mana, ambik tren terus ke kelana jaya. Lepak sana lagi tenteram...hehehe...

Ok, tu je laporan aku...#pang!!!!

Monday, February 20, 2012

From Mrhtc

Dua minggu lepas punya menu rasanya ni...
Belek2 Mrhtc ada gambar ni...so transfer ke sini untuk tatapan mata..ahahaha...

                                                                    sayur campur....

                                                                          Ulam raja

 ikan kembong goreng kegemaran kenit3 dan mak kenit3, bapa tak berapa layan...

                                             Sup timun tua dan buahnya...untuk papa....

Gambar bawah bukan kategori menu...ahakhakhak...

                                                            Kakak yang ala2 princess....

Memancing... 

Tersangat mengantuk, makan pon tak dan habis....

Sunday, February 19, 2012

Pizza in da House!

@saturday.....

Layan pizza...tak menyempat, atas lantai togel pon boleh bebudak ni....

Friday, February 17, 2012

Semalam

Semalam, kan aku naik komuter. Sekarang ni aku dah reti naik komuter ke tempat MrCho...senang je rupanya..hehehe...selama aku naik komuter ni ada la beberapa kejadian diingini dan tak diingini. Ketapi lambat la, orang sangat ramai la, lelaki masuk dan duduk kat kusi dalam koc perempuan la, macam2...

Tapi kejadian semalam sangat2 aku tak ingini....ketapi rosak!!!! sikitttttttttt lagi nak sampai kl sentral. Lampu, ekon semua tak ada. 15 minit terkurung dalam tu. Semua dah mengeluh kepanasan, mengipas2 tak tahan. Ya lakan, orang ramai. aku dah takut. Ada gak aku tengok orang lain yang muka cuak2, ada yang rilek je pon ada. aku dah start jenguk2 depan, tak tahu apa yang jadi sebenarnya. Dah la aku kejar masa. Kena sampai tempat MrCho sebelum 7. Text dia, tak pe katanya dia tunggu. Diam lagi dalam tu...tiba2 dengar ada orang call ktm tanya apa hal. Dah panas tak boleh tahan, tak ada buat apa2 ke, buka pintu ke apa. Orang ramai dalam ni, nak biar je ke..dah tinggi suara kakak tu aku dengar...


Tak lama lepas tu ada la org ktm datang, buka pintu, untuk dapatkan angin katanya...lega sikit. kata orang tu tren rosak, kejap lagi tren akan ditarik ke kl sentral. 15 minit lagi tunggu, tak ada apa2 pon! sorang2 dah terjun dah..haha..kebetulan tempat tren tu stop tak jauh dengan lrt putra bangsar...koc aku naik pon dia org dah start terjun. aku tak pikir panjang, ikut dia org gak. kalau nak tunggu tak tahu kul berapa sampai kl sentral. nak tggu ketapi seterusnya mesti lambat dan orang pon mesti ramai. Terus ambik keputusan, terjun pastu ambik lrt putra tu ke kelana jaya. Tggu MrCho kat situ. Call MrCho suh dia ambik aku kat kelana jaya je...

Lepas je aku terjun, n tolong beberapa orang lain terjun ketapi pon ditarik....ahahhahaaa....ikut orang ke stesen lrt. Sekali lagi rasa cuak sebab dengar diaorg kata lrt guna token sekarang, bukan tiket dah...huhu macam mana la pulak ni...tapi i jenis kalau terdesak i gamble je...kalau tak terdesak i control keayuan...muahahaha...

Dup dap dup dap dalam dada..haha, bengong haku! nampak mesin tiket tu tapi kt situ ada tulis rapid kl pulak. terus aku konpius, ni mesin beli tiket naik bas rapid ke mesin tiket lrt ni. Orang beratur panjang je, tak kan nak naik bas kot! kata aku dalam hati sambil terpinga2 kat situ. Nampak kaunter, terus ke kaunter. Pulakkkkkk orang kaunter tu suh aku beli kat mesin..haihhhh, kak saya tak besa ni kak!  dalam hati je la..

Aku pon ikut beratur...seb baik settle bab tu walaupun tangan menggigil2 nak touch screen tu...sampai juga aku ke kelana jaya menunggu encik suami kat situ...

Hari ni nak nak komuter lagi...tak serikkkk!!! Tak tahu apa kejadian hari ni plak.........semoga selamat perjalanan aku...ahahaha....


 Pintu dah bukak...
 
 Token
 
 Fuhhhhh....berjaya masuk dalam lrt...lelaki kt belakang tu tajam je pandang arah aku!


Wednesday, February 15, 2012

Cari Kucing

Dapat emel dari kazen aku, suh cari kucing dalam timbunan besi buruk tu...korang ada dapat tak emel ni?

Kalau korang belum dapat, cuba korang cari kucing kat situ? Jumpa tak? Hehehe, saja je bagi rilek2, tenang2kan pikiran...eh, tapi ni pun macam tak dapat tenang jugak sebab nak cari kucing tu, kan??? whatever laaa.....


Jumpa tak? jumpa tak???

Tuesday, February 14, 2012

Selasai Dah Hutang Aku....#perasanadahutang!!!

@Bagan Lalang aka Gold Coast....28-29/1/2012

Lama giler aku peram gambar percutian ala2 terkejut ni...Lupa dah nak cerita apa...
Tengok gambar je la, ya....T_____________T

Bawah: 1st day.....air laut nun jauh ke tengah. Sampai dah tengah hari, masa ni air surut...












Bapa dan anak 

Layang2 abang 

Adik gigih isi pasir dalam botol ...acara sukaneka sorang2..



Tulis nama atas pasir 

 Ni gambar yg mula2...geli pijak pasir basah..

Gigih naikkan layang2... 

 Palm tree...mahal giler..kesat air mata aku kalau nak stay kat situ walau 1 malam...




Bawah: malam, main belon/buih sabun tepi pantai...gelap langsung tak nampak pantai. Tepi pantai tu ada dua ekor gay buat maksiat. Aku try ambik gambar tapi tak nampak....




Me bersama adik bongsu 


Bawah: 2nd day...sebelum balik, sempat jengah pantai kejap...





Ni je gambar aku mampu...banyak lagi tapi tak janji dah mampu ke tak aku letak kat sini..gambar makan2 belum lagi....hikhikhik

Klik Me

Klik! Klik!