Hoh, lega!! Settle masalah...nyaris aku mengamuk2..(kunun je la nk mengamuk!). Tapi tu la, tadi x terkontrol perasaan tu...
Begini, aku kan nak balik kampung...dah plan lamaaaaaaaaa dah ngan MrCho. Dan dia pun dah sebulan rasa aku apply cuti. Maklum le orang utama kena standby awal kalau nak cuti lebih 1 hari...aku pun dah apply cuti minggu lepas, dah lepas pun cuti aku...aku (kami) dah lama benar tak balik kampung, last balik hari tu masa CNY, jadi sekarang aku amat tidak sabar nak balik, dah terbayang2 rupa ma dan abah aku doh! Walaupun balik kali ni aku bakal meninggalkan cinonet3 aku selama sebulan kat kg (sedih di sini) tapi aku tetap tak sabar nak balik....
Tapiiii, tetiba tadi MrCho sms aku katanya bos dia tak approved cuti dia, dapat 1 hari je...aku apa lagi terus berapi, berangin, bergas segala...frust ko...kata MrCho dia dapat cuti isnin je, maknanya jumaat dia kena keje, maknanya lagi sabtu baru balik...mana boleh, kepala aku dah set jumaat balik, sabtu kazen aku kawin. Meroyan aku kejap ngan bos MrCho..hahaha, bengong aku! Siap ugut MrCho nak call bos dia, nak gaduh ngan bos dia...kahkahkah...izza..izza...
Yang aku hangin, MrCho sgt komited ngan kerja dia, tapi bos dia ni macam pentingkan diri je...seingat aku MrCho cuti lebih dari 1 hari masa aku bersalinkan lil Eyin. Lepas tu ni baru MrCho minta cuti, dua hari je pon! Sabtu ahad tak kira sebab memang dah cuti...Sebagai orang, pikir la logik sikit..haihhh, tak tahu dah aku nak cakap apa...mati ler macam ni kerja susah nak cuti. Terabai kami anak beranak tauu!
To Mr.D****, i tau u tak pandai handle kastemer kalo MrCho tak ada, kan? kan? dan2 u takut dua hari MrCho tak ada, konpem bisnes tak jalan, kan? kan?
Lepas aku mengamuk2 sms ngan MrCho, tetiba MrCho bagitahu bigboss dari Korea dah approved cuti dia..alhamdulillah. Bigboss siap bagi angpau utk holiday lagi...see..see, Mr.D****....
Membazir je air mata aku keluar tadi dek kerana frust!
No comments:
Post a Comment