Sekarang kan, beberapa hari ni la, mana2 aku pergi (tak pegi mana pun, pegi baca n3 orang je maksud aku..huahuahua..) orang bercakap pasal panas. Ada yang kata nak terbako, ada yang kata macam duduk dalam oven, ada yang kata rasa kepala macam mendidih…so, aku kerut2kan kening, dalam hati “…panas sangat ekk sekarang? Berapa suhu hari ni?” oh, sungguh keji rasanya diri ku! macam tak tahu apa benda pun…patut la sekarang 6.30 pagi pun dah rasa macam kul 7 pagi…
Aku pagi2 dah keluar (tak la pagi sebenarnya), bahang panas belum terasa ke kulit. Masuk opis, ekon kiri kanan, belakang, depan so kesejukan berjaket bagai di situ…tengah hari tak keluar lunch sebab aku dah tapau sesiap pagi2 tu. Then aku akan berada dalam ofis hinggalah ke malam, dalam kesejukan ekon tu. Bila time balik, dah malam kan, panasnya ofkos dah kurang. Masuk kereta berekon lagi…kalau nak rasa panas pun time makan la, tapi kedai makan kami tu ada kipas dan port kita org betul2 dekat kipas. Balik rumah pulak, kipas bukak, ekon bukak…sejuk la ko sampai kesudahnya…haaa, kerana rutin di atas la aku tak perasan pun sekarang ni panas yang hamat….tsk! Dannn dah lama aku tak keluar jenjalan sefamily time cuti….!!!!
Terkenang plak anak3 kat rumah pengasuh…kasihan anak3 aku ni mesti kepanasan. Yalah, kat rumah orang tak kan nak bukak ekon kat anak ko plak kan..lagipun yang aku tahu rumah kakak pengasuh tu ekon kat bilik je, tak kan la plak nak suruh anak3 aku main kat bilik plak, kan! Aku pun faham la situasi ni…Bebudak 3 beradik tu asal panas sikit berpeluh…hmm patut la lil Eyin asyik kena ruam je…
Memandangkan cuaca panas, aku pun gugel2 la mencari, membaca tentang panas ni..Rupa2nya cuaca panas ni disebabkan ribut tropika aere di utara Filipina meniupkan angin dari arah barat daya ke mesia. Dugaan daripada yang Esa…
Ni aku kongsikan tip menjaga kesihatan ketika cuaca panas. Aku copy je ni tau dari sini.
Kesan dari cuaca panas:-
- Sakit kepala
- Keletihan
- Kurang daya tumpuan
- Pening
- Lemah otot-otot badan
- Kekejangan
- Mual
- Muntah
- Strok panas
- Kerosakan organ badan
Tips penjagaan kesihatan semasa cuaca panas:-
- Banyak minum air putih
- Minum air jenis isotonik >> 100 plus cthnya (ni aku tambah)
- Sentiasa berada di tempat teduh atau di dalam bangunan
- Mengurangkan aktiviti luar
- Berehat dengan lebih kerap
- Sentiasa mandi untuk menyejukkan badan
- Menggunakan kipas atau alat penghawa dingin
- Mengenakan pakaian berwarna terang dan longgar
- Menggunakan payung/topi semasa keluar dari bangunan
- Mengurangkan minuman berkafein, beralkohol ataupun bergula
- Jangan membiarkan kanak-kanak di dalam kereta yang tertutup
Panas2 cenggini kan, pekena ais kacang sedapppp nii…hehhehhehheh….bongokkk,orang suh minum air putih ngan air isotonik, ko plak nak minum eskacang! pangggg kan!!!!
No comments:
Post a Comment