Monday, May 16, 2011

Hari-hari Lepas Punya Story

Beberapa hari tak menulis rasa macam sesuatu tak lepas kat dada…Blogspot buat hal daaa...huhh, begitu sekali kaedahnya…

Now  keje2 ofis dah start membukit…sikit masa lagi kalau lambat tarahnya menggunung la jadinya…awal Jun nanti aku dah plan cuti 2 hari untuk balik kampung hantar cinonet3 aku tu…sayunya! Harap cuti aku approve la ya, Encik Bos. Aku dah plan dari awal tahun, harap tak ada la orang yang potong line atau selfish! I hate selfish! Orang yang selfish adalah orang yang tak cukup ilmu (bagi aku la…) Tapi bukanlah langsung tak boleh selfish tapi tengok situasi juga la…selfish secara sihat adalah dialu-alukan.

Adik aku ada kat rumah, cuti sampai esok. So hari sabtu aku tak adalah kelam kabut kerana ada tangan kanan untuk bantu urusan rumah. Dan hari sabtu juga aku bikin dua jenis kudapan…hahaha..pagi buat puding roti pisang utk kanak2 dan petang buat kek oren sebab oren bayak kat rumah. Rasanya, boleh la kot untuk sendiri makan. Gambar tak snap sebab kalau keluarkan kamera ke henpon ke, berebut pulak ngan anak2…tensi i!

Kejadian semalam pulak, seharian kami kat rumah so tak ada apa nak story, tapi petang tu kami dapat undangan daripada sahabat aku yang ni, katanya nak belanja kami kerana MrCho tolong dia buat laptop baru dia. Pertolongan tak seberapa, tapi kami dijamu dengan pelbagai lauk pauk. Walaupun bukan masak sendiri tapi tapi puas hati la..tomyam dia sedap kan yong? Kami makan dekat restoran KAWANMU (betul kan, yong) Yong belanja MrCho tapi aku menumpang sekaki..muahaha.. Kenyang aku malam tadi atas tajaan yong..Tapi tak boleh berlama-lamaan sebab lil Eyin tak selesa, panas… nak jimat letrik, kipas tak on semua pastu yg on pulak slow je…pastu abang, kakak, baby (anak yong) berlari ke depan, ke belakang, risau plak ganggu orang lain. Gambar juga adalah tak ada…huhu…masa ni aku memang tak terpikir pun nak ambik gambar…

Ambik buku yong tapi budak warehouse salah bagi pulak. Aku plak tak check sbb dah nak balik, dh bagi pd yong, tgk2 salah tahap pulak! Adess, kena ambik lain….

Nak bagi blog ni ada seri sikit, aku letak la gambar caca marba ni….walaupun tak indah sebab lokasinya terhad dan hanya guna Mrhtc tapi boleh la untuk kenangan aku pada masa depan dan untuk sesapa nak kutuk2 ke…hakhakhak…

Ni gambar aku ambik masa otw ke ofis...nampak langit macam dipenuhi air...cantik sangat..subhanallah. Guna Mrhtc, gambar tak la clear sgt..




Ni plak gambar2 caca marba anak3 kat rumah yang mcm tongkang pecah..hehhehheh...

                                              
habis buku kena keronyok!





Abang menyiapkan kerja 'sekolah', katanya






 Lil Eyin xcited naik zirafah


 Kakak gian naik walker..hakhakhak..


Abang layan ps3
Yong: Terima kasih daun keladi, ya....murah rezeki kami, belanja ko n family plak!


P/s: Hari ni abang kat rumah ngan cik noli dia. Kakak n adik je hantar rumah pengasuh...

No comments:

Klik Me

Klik! Klik!