8 April 2011 bersamaan Hari Ibu untuk negara2 yang menyambut pada hari tersebut. Dulu masa kecik aku tak pernah tahu pun tentang Hari Ibu. Dan aku percaya my mom pun tak pernah tahu adanya sambutan Hari Ibu, maklum orang kampung yang suci murni...Hari Ibu aku sedari apabila aku menginjak dewasa, pun tiada apa2 sambutan untuk meraikannya...Aku tak peduli kalau ada orang labelkan aku teruk atau apa, yang aku tahu siapa ibu aku dalam hati aku...Tiada sambutan untuk ibu pada Hari Ibu bukanlah bermaksud aku anak derhaka...My mom always in my heart, dan orang lain pun aku yakin begitu....
Dan kini, hingga saat ini aku ialah seorang ibu kepada tiga permata hati (i love u, abang, kakak, adik). Menjadi ibu membuatkan aku mengerti perasaan seorang ibu terhadap anak2...Cara aku dan cara ibu aku terhadap anak2 mungkin berbeza. Aku menzahirkan sayang aku pada anak2 macam lain, cara ibu aku menzahirkan sayang beliau pada anak2nya pula macam lain...zaman berbeza tapi aku tahu ibu sayang kami walaupun tiada sambutan hari jadi untuk anak2, tiada peluk cium sekiranya anak berjaya, tiada juga ucapan "wah, pandainya anak mama," sekiranya antara kami berjaya mengenal abjad A-Z.
Menjadi ibu kepada tiga kanak-kanak sangat mencabar fizikal dan mental. Tapi aku bersyukur dan rasa bertuah kerana Tuhan memberi peluang untuk aku merasai nikmat itu...walaupun penat tapi berbaloi....
Semoga anak3 mama membesar sebagai orang yang berguna dan disenangi semua orang....
Menjadi seorang ibu juga dapat menghilangkan penat dan tension kerja tatkala memandang wajah mereka. Terima kasih anak3 mama kerana menjadi inspirasi kepada mama...
Gambar: Google
Sempena Hari Ibu, aku ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu2...
No comments:
Post a Comment