Masa sekolah adalah saat paling indah dalam hidup apabila dikenang semula...bermula dari darjah 1 (aku tak pernah ke tadika atau mana2 pra - terus masuk darjah 1). Banyak pengalaman dan kenangan.
Masa sekolah rendah aku adalah kategori murid pandai, dari darjah 1 - 6 tiap kali ujian atau peperiksaan mesti aku dapat nombor yang tak lebih dari 1-5. Dalam kelas, pesaing aku ialah zawawi omar, zawawi che hussin, sapa lagi, lupa, oh, natrah..hmm, antara kami selalu berlumba2 la....masa sekolah rendah juga aku agak nakal dan selalu gaduh ngan budak laki ni..jahat amat...masa sekolah rendah aku pengawas sebab tu la aku selalu kena ngan diaorang sebab selalu tulis nama diaorg bising dalam kelas, makan dalam kelas, macam2...
Ingat lagi aku kena denda dengan guru Bahasa Inggeris, Mr Lim dan Sir Mohd Tahir..aku benak bahasa inggeris, selalu tak pandai jawab...huhu, kena denda berdiri atas meja la, kena bersila atas meja sambil kaki letak atas peha (dpt bygkan?), kena rotan la, pukul tapak tangan dgn pembaris la....sadis betul kala tu. Bila diingat balik sekarang, terasa indahnya zaman tu...
Then, zaman sekolah menengah, tahap kepandaian aku makin kurang, turun naik kelas je kejenya...sekolah menengah aku sekolah kat pekan, budak2 pekan semuanya pandai2 so, aku jadi corot la..huahuahua...campur juga malas belajar sebab ramai kawan yang bukan comot2 dari kampung...masa sekolah menengah ada juga cikgu garang, ustaz kamaruzaman, dan cikgu noraini paling aku ingat. Suka cubit2 perut dua2 cikgu nih! Pun indah juga apabila dikenang...
Fasa kedua sekolah menengah ialah form 6. Masa ni aku sekolah lain plak, lagi banyak budak pandai. Dan kawan2 aku kat sekolah ni pun alhamdulillah jenis yang nak belajar. Kawan2 masa ni, rosliza, razani, azman, syikin, rohana, sapa lagi? lupa..lupa..lupa...dan cikgu plak cikgu mohd awang (ekonomi), cikgu daud@darma (sastera - friendlist dlm fb aku), cikgu fauziah (peng.am), cikgu karim ke kasim ke (bhs melayu) dan beberapa orang lagi, aku konfius...form 6 adalah zaman belajar, x ada main2 dh...misi adalah UNIVERSITI!
Dan aku akhirnya terpaksa repeat 1 tahun sebab dpt result 4P je masa STPM...so aku ke Za'ba. Masa ni belajar sungguh2 sbb best friend dh berjaya masuk universiti, aku je kantoi. Pulakkkk masa ni aku dah betul2 remaja, tersuka kat sorang mamat ni..giler punya suka tapi mamat ni tak tahu pun aku suka dia! (tapi aku syak dia perasan kot sebab dia malu2 gan aku)...Dan akhirnya aku berjaya ke universiti dengan 5P....
Di universiti (UM), aku malas belajar, tapi tak pernah fail. Lecturer semua gigih mengajar kami. Paling ingat Dr Abu Hassan, Encik Salleh, Dr Hamidi, Puan Baiti, Datuk Latif, Encik Sidin(sekarang dh tukar status kot!) dan beberapa orang lagi...best sebab lecturer macam kawan2 walaupun aku x popular di jabatan aku...zaman ni pun sangat indah walaupun terpaksa bersekang mata menyiapkan assingment! hohohoho...
Buat semua yang mendidik aku, halalkan ilmu yang dicurah. Aku tak mampu membalasnya. Hanya doa semoga cikgu2 sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan kepada yang telah 'pergi', al-Fatihah semoga cikgu2 dicucuri rahmat...aminnn
SELAMAT HARI GURU ...... 16 MEI 2011
Aku suka bulan MEI sebab, besday aku bulan mei, hari ibu bulan mei, hari guru bulan mei. Bulan mei macam bulan untuk sayang2 saja....:))
No comments:
Post a Comment