Monday, May 9, 2011

Hari Ibu untuk Aku

Sebenarnya berkobar-kobar nak buat n3 pasal sambutan hari ibu...huahuahua...
Tapi apa yang aku nak tulis? Pasai apa? Pasainya, tak ada pun sambutan hari ibu utk aku..sob..sob..sob...sedeyyy...anak3 kecik lagi tak tahu apabenda hari ibu ni...MrCho? Eh, mana buleh, aku bukan ibu dia, aku isteri je, jadi tunggu la adanya HARI ISTERI baru celebrate...muahahaha (gelak sedihh)!

Jadinya, wiken yang bersamaan hari ibu semalam, hanya lepak2 di rumah sambil layan kartun...sedih, kan?

Petang SIL call, suruh kami ke rumah MIL, ada makan2 katanya. Lepas maghrib kami ke sana. Ada pizza & sate untuk aku. Tapi aku makan sikit je sebab sebelum ke sana aku siap2 makan nasi kat rumah. Yalah, aku dah siap2 masak petang tu, ingat tak ke mana2. Drp membazir baik aku makan. MrCho sah2 makan kat umah mak dia.

Menghabiskan hari2 di rumah, beginilah....

Abang dah bosan main games, layan mainan plak!


Kanak-kanak peti sejuk...selalu menghilang dalam peti sejuk...haishh kakak!


Layan adik...rumah sepah2 sila abaikan...huahuahua. Rimas tengok rambut kakak, nak potong sayang, nak ikat tak mahu pulak dia...

Malam tadi kat rumah MIL pun x ada gambar...aku segan nak ambik2 gambar...

No comments:

Klik Me

Klik! Klik!