Friday, May 20, 2011

Peristiwa Memanaskan Badan


Ni cerita malam tadi punya hal…kelakar pun ada…masa MrCho ambik aku kat ofis, hujan sampailah masa g ambik anak3, hujan masih lagi tapi tak ada la lebat, tapi kalau ko berdiri kat luar tu tanpa payung, basah la juga. Jadi, MrCho cadangkan beli mekdi je la utk makan malam ni sebab leceh la hujan2 nak bawa anak segala. Huhu, punah harapan aku sebab sebelum tu aku dah bayangkan ikan bawal sweet sour! Tak pe la, lenkali….

Ok, drive thru le kami untuk dinner malam tadi….MrCho tanya aku nak makan apa, aku geleng je sebab aku tekak melayu sejati, tak leh terima fast2 ni…dalam kepala dh plan nak beli bihun sup kat depan tu, tak sedap pun tak pe daripada aku makan berger mekdi tu…MrCho order la melalui mesin tu (sori, aku tak tahu nak panggil apa tempat order mekdi yg drive thru). Suara perempuan yg ambik order, tersekat2 suara dia…MrCho ternampak gelas, alaaa yang mekdi sekarang promosi gelas yg macam tin air coke tu…MrCho tanya, dan suara order tu tanya nak ke, MrCho jawab ok…so siap order yg lain2 kami ke tingkap depan bayar dank e tingkap seterusnya ambik makanan…settle…tetiba aku tanya MrCho, mana gelas tadi? Eh, tak ada ke? aku selongkar2 dalam paper bag tu, tak ada…MrCho patah balik ke tingkap ambik makanan tu, tanya gelas dia, then jawab budak yang ambik order tadi, encik, kalau nak gelas kena tambah aiskrim…aku pun buat muka ??????? Korang faham tak?

Meh aku terangkan, dah tadi masa order, MrCho tanya pasal gelas tu dia kata valid lagi, boleh beli then dia tanya nak ke…MrCho pun dah kata nak. Dia pun tak cakap masa tu kalau nak gelas kena tambah aiskrim, tapi ko faham la kan, kalau dah orang nak gelas tu dan ko pakejkan gelas tu bersama2 aiskrim so otometik la aiskrim pun nak…takkan la MrCho nak cakap, OK KAMI NAK GELAS BERSAMA2 AISKRIM YANG PIHAK TUAN SEDIAKAN (aku nak tergelak pulak)…lain la kalau gelas ko jual tak pakej….lembap kan???

Ni le gelas yang aku maksudkan...itu dinner MrCho malam tadi (belah kiri) tapi sebab tak order aiskrim dia tu, x dpt la gelas free tu....Eh, tapi gambar kat atas tu bukan aku punya, aku dapat drp Encik Google...terima kasih Encik Google kerana tak macam budak mekdi yang ambik order aku malam tadi!

Aku kat sebelah dah standby MrCho nak mengamuk ke apa dgn budak mekdi tu tapi seb baik, dia cakap, hmmm tak pe la macam tu, then kami blah…seb baik gelas tu tak la dia hingin sangat macam gelas masa world cup dulu. Tiap2 minggu g mekdi semata2 nak gelas tu…dh cukup 6 warna kalau tak silap, tak guna pun gelas2 tu elok je berabuk kt almari…Lepas tu aku gelak tak ingat mengenangkan nasib diri….Aku tak jadi beli bihun sup sebab aku ternampak nasi kukus ayam goreng, so itu le dinner aku malam tadi….

Ni plak kejadian pagi tadi, pasal cari makan jugak! Semalam aku beli nasi kerabu kt kakak ni, alaa yang buka gerai utk pagi je tepi jalan tu…sebelum ni pun dah biasa beli, dah kenal pun. Pagi semalam, MrCho yang keluar kereta g beli, diorang sembang2…lepas tu aku tanya MrCho, sembang apa, dia kata dia tanya kakak tu kenapa sebelum ni selalu datang tak ada, kakak tu kata beberapa minggu lepas dia cuti sebab keguguran…tapi setiap hari isnin pun dia cuti. Ok la tang tu…tapiiiii pagi tadi kami pergi tak ada punnnn!!!!! Musnah harapan aku nak makan nasi kerabu tengah hari ni. Terpaksa la tapau nasiputihkariayam lagi…uhuhuhukkk..MrCho dah hangin, membebel2 lain kali tak mahu beli dah, nyusahkan orang dan hampakan orang je…aku pon memikir2, hari ni jumaat, bukan isnin. Semalam dia kata cuti isnin je…haihhhhh…
Selalu sangat jadi macam ni, bila kita dah suka beli kat dia, mula la sekejap ada, sekejap tak ada, sesuka hati…boleh tak kalau nak berniaga, berniaga betul2? Aku fedap sungguh! ampunkan aku kalau kakak ni betul2 ada hal yg tak dapat dielakkan….tapi ni bukan pertama kali la, selalu jgak macam ni..hari ni ada, esok ada, lusa tak ada, tulat ada, tuling tak ada pulak…MrCho ni pulak jenis yang kalau kat situ, kat situ je la dia beli, tak ada dah nak cari kat tempat lain…
Gambar nasiputihkariayam tak payah letak la nanti korang sedih plak tengok lunch aku hampir hari2 itu ler….kahkahkah, padahal tak dek sapa nak simpati pon!

Ni pulak kejadian kat jalan raya otw ke ofis tadi…kat highway, lane laju, tapiiiiii apasal korang bawa kereta macam nak bersiar2? Orang nak g keje la weiii, tolong la laju sikit, tak pun masauk la lane slow. Jarak dgn kereta depan 2 buah lori balak blh masuk! Padan muka kena hon bertalu2 ngan MrCho. Tengok2 rupanya amoi tengah berangan bawa kereta….#$#$$$###!!

Dan akhirnya aku sampai juga ke ofis sebelum 8.30 selepas menapau nasiputihkariayam + paru yang aku korek di bawah timbunan tempe yang digoreng! Aku tak makan tempe sebab aku melayu belah2 siam bukan melayu belah2 jawa…tak faham kenapa kawan aku kt universiti panggil aku izza jawa! Mungkin dapat aura drp kawan2 aku yang kebanyakannya jawa…muahahaahaaa…

2 comments:

Jiejah @ Iza said...

salam kenal ..saya follow yer ?
inche asben tu chinesse kaa?
kalau betul sama² la kita sammbut CNY hihi
btw ,anak² tu sungguh chinesse look but my boys sungguh bermuka banjar hihihi

A.K.U said...

Jiejah@iza
Tq, sudi follow...
yer, inche asben chinesse..hehe kita serupa...
anak2 sy semua chinesse look, sian sy..huhu
U banjar ya? btuah anak2 ikut rupa u...

Klik Me

Klik! Klik!