Wednesday, May 4, 2011

Hilang Arah

Aku kan, ada beberapa benda yang menghantui aku…haiii kenapa la hantu2 ni menghantui aku? Pegi la hantui orang lain…antara hantu yang kerap menghantui aku akhir ni ialah:

Ni hantu yang dah ada tapi mengada nak hantu yang lain:
1   baju2 baru
2   kasut baru
3   henbeg baru
4   purse baru
5   makeup baru

Pastu pulak, ni hantu yang belum datang tapi nak juga masuk dalam kepala aku:
1   jam tangan
2   kereta utk aku sendiri drive (melampau!!)
3   lupa dahhh…

hmmm, semuanya melampau!!!

Aku ada banyak gambar kejadian pada 29 april hingga 2 mei hari tu, tapi belum ada peluang nak upload…lagipun internet slow hamat, tu yang malas tu…huhuhu…

Aku sekarang tengah menghitung hari….hari ni dah 4hb…haihh, tabah lah hati aku..sob..sob..sob..

Ada satu dialog aku ngan MrCho, begini lebih kurang:

Aku: Abang, tak nak hadiahkan saya jam ke? >>>>> hahaha, gila di sini
MrCho: Eh, mama nak jam ke?

MrCho pandang aku, aku buat muka cebik2…(ketawa lagi)

Aku: Teringin juga la…
MrCho: Papa bukan tak nak beli jam utk mama, tapi mama kan pernah cakap tak boleh pakai jam nanti tangan gatal2…mama kan boleh pakai jam mahal2 je..tak mampu la papa nak beli jam rolex bagi mama…
Aku: hahaha….tangan saya gatal kalau pakai jam 10 inggit, tapi kalau jam 50 inggit ke atas dia ok…


Sebenarnya aku teringin nak pakai jam sebab dah lama benar tak pakai jam. Tengok orang pakai macam cantik je…tapi tu la, aku pakai jam mesti pergelangan tangan akan gatal kecuali gelang emas…

*dialog bodoh…aku pun tak tahu apa motip n3 ni…maap kan aku, aku hilang arah belakangan ni….

2 comments:

Lysha said...

huhu..takyah tunggu hadiah dari orang..beli sdiri lagi best... boleh pilih yg kita suka.. harga yg kita mampu hehehe

A.K.U said...

kannn...kena start menabung la ni..

Klik Me

Klik! Klik!