Thursday, May 26, 2011

Sabar Saja Laaaaa....

Aku ni sedang menunggu, dan perasaan aku kala ini adalah sangat tak sabar!
                                      
6428447421 - Detailed Report

Date Time Location Service Area Checkpoint Details



May 26, 2011   10:12   Szb - SZB   Processed for clearance - Szb - SZB
May 26, 2011   07:43   Szb - SZB   Clearance delay - Szb - SZB
May 26, 2011   02:01   Hhp - HHP   Clearance processing complete - Hhp - HHP
May 26, 2011   01:36   Szx - SZX   Departed from facility - Szx - SZX
May 26, 2011   01:29   Szx - SZX   Processed - Szx - SZX
May 25, 2011   21:54   Szx - SZX   Shipment picked up - Szx - SZX


Korang pernah tengok bendalah macam kat atas tu? Pernah? Ok, kalau korang pernah, korang tahu la apabendanya, kalau korang tak pernah tengok, nanti esok2 aku cerita...sekarang tak boleh...ajal maut di tangan Tuhan, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan...maafkan aku, heh!
(Hoi, izza, blah la lu, orang dah biasa laa dgn benda macam tu, ko je yang baru jumpa!! Ok2, aku mengaku aku baru 1st time kenal benda macam ni...)...hehhehheh...

Satu lagi aku tak sabar ialah, minggu depan aku cuti nak balik kampung...balik kampung adalah perkara yang aku tak sabar, tapi aku balik kali ni aku kena tinggalkan busyuk3 aku tiga orang tu kat sana sebulan...lama tuu...waaaaaaaaaa....Jangan la kutuk gua kerana tinggalkan anak3 pada orang tua, gua terpaksa, weiiii...TERPAKSA....Now, aku dah start beritahu diaorg yang aku akan hantar diaorg ke kampung. Abang ngan kakak nakkkk je, aku bila aku tanya nak duk ngan tok ma tak? Lil Eyin, kelip2 pandang aku, tak paham apa! Oh, tak sabar nak ambik diaorang bulan 7 nanti....

Eh, kenapa nak hantar diaorg ke kampung? huhu, begini, pengasuh diaorang ni nak buat majlis walimatul urus anak sulung dia. Jadinya dia minta cuti, sebab banyak benda nak uruskan, nak renovate rumah bagai, dan amatlah tak sesuai bila ada budak2...aku pun faham tentang tu. Nak buat kenduri bukan sehari dua, berbulan2 dah kena start dah! Betul tak??? Kenduri pengasuh tu 25 Jun, sekarang pun kakak tu dah sibuk ke sana sini menjemput....

Dannn, tak sabar juga nak pindah ofis baru....ya, ofis aku bakal berpindah ke bangunan sendiri...ikut perancangannya Julai. Aku mahu mulakan sesuatu yang baru di sini.

Semalam aku emo pasal kes bapa terlupa dan tinggal anak dalam kereta hingga kanak2 tersebut meninggal. Aku emo pasal diaorg kata bapa kanak2 tersebut akan didakwa kerana kecuaiannya hingga menyebabkan kematian. Aku tak setuju kerana....ah, malas juga nak tulis sebab nanti aku emo lagi dan n3 akan berjela2 panjang! Nak tahu cerita, korang baca blog ni (aku suka baca blog brader ni) dan aku ada komen kat situ...pasal terlalu emo sampai aku pun mengomen kat situ...haihhh..

Ok la, aku choww dulu, nak ngemas, kang MrCho sampai aku terhegeh2...tatap la gambar di bawah ni sebab aku tatau nak letak gambar apa....ni gambar ala2 versi tak stabil ketika aku ngan cik beNaNa...kahkahkah..

No comments:

Klik Me

Klik! Klik!