Pagi2 aku dah pung pang pung pang kat dapur. Akhirnya siap la lunch yang tak seberapa. Sup ayam, kangkung belacan, pak coi sos tiram dan belen2 lauk malam tadi…dan juga bubur lil Eyin yang kakak pun ngap sama. (gambar masakan harap maklum ya..)
Tapi semua tak mahu makan lagi, so sejuk la lauk2 tu..ah, lantak la janji makanan dah ada atas meja…dan terjadi la peristiwa cuti hari wesak yang………….
Eh, dalam pada tu adik aku cik benana ni tetiba sesak nafas! Aduh..aku dah panik sebab dia nafas tersekat2 ngan gigil2…aku suruh MrCho bawa g klinik tapi dia suruh cool dulu, nafas perlahan2, jangan ikut perasaan gelabah…adoiiiii, aku dah tak blh tahan, aku gesa juga…last2 bawa g klinik, settle…haihhh, menakutkan aku je…
Kejadian semalam juga kemas2 rumah, ubah2 perabot sikit, itu je…huhu…
Ni aksi2 tiga orang si kenit di rumah:
Kat tepi tu bukan botol susu abang, lil eyin punya...hehehe
Yang lain2 aku malas nak letak caption....
Ada sesiapa percaya zodiak tak? Aku, mana yang kena dgn aku aku percaya, mana yang tak kena dengan aku, aku tak percaya..huahuahua…zodiak aku TAURUS…korang plak zodiak apa? Hari tu aku ternampak zodiak aku ni so aku tempekkan kat sini utk suka2 je…nasib baik blm lepas tarikhnya….
Taurus (4/20-5/20)
You know what feeling you haven't felt in an awfully long time? Nervousness! It's been nice sitting in such a secure position, but you thrive on stimulation and your brain needs a challenge right now. Today you need to face a fear, take a chance and put yourself out there. Give your senses an electrical charge and step out of your comfort zone -- and like diving into a cool, refreshing lake, it's best to just jump right in. Don't waste time testing the waters.
(hahahahahahaha)
Sekian untuk pagi ni…
Eh, nak bagitahu juga, hari ni aku bawa bekal untuk lunch…tak ada la makan nasiputihkariayam tengah hari ni….jemuuuuu!!!
No comments:
Post a Comment