Monday, October 31, 2011

Kenduri Rumah Kak Zie


Sabtu yang Indah…

Sehari sebelumnya, jumpa dengan aku punya BFF lepak kat mekdi. Syok sebab aku kehujanan lalu aku kesejukan lalu aku kelaparan maka aku mengenyangkan perut dengan sebiji berger yang sangat lazat hingga aku terlupa akan kesejukan aku dek kehujanan tadi.

Ok, merapu.

Jumpa yong, sembang2 sambil tunggu MrCho. Antara topik adalah tentang kenduri di rumah k’zie (sorang lagi BFF) esok (sabtu). Kesimpulannya tak pergi sebab aku tak ada driver dan yong tak pergi kalau aku tak pergi. sad…oh, ya, k'zie buat kenduri sempena berkhatan anak bujangnya...dah besar kamu, lukman hakim!

Rezeki kata orang, pagi sabtu yang indah, kazen aku sms kata nak datang menjenguk kakandanya yang dah lama tak dijenguknya…hahaha, so aku apalagi, idea terus toing! Huhahuha, apalagi, ajak dia pergi la. Terus call k’jun (sorang lagi BFF) tanya k’jun pergi ke tak. kata k’jun dia pergi petang. aku terus cakap aku mau follow sebab aku tak tahu jalan ke rumah k’zie kat klang sana. so ok..call yong plak cakap aku jadi pergi rumah k’zie dan kebetulan dia masa tu memang ada klang, so on…

Lepas zuhur, gerak ke rumah k’jun dan dari sana ke rumah k’zie. kenit3 aku semua bawa dan nasib baik semua ok terutama kakak tak moody tak tentu pasal. Kakak sangat baik hari tu, duduk menempek je ngan aku sambil makan ayam yang katanya pedas sikit2, takpe kakak kuat…chumel!

 Melayan ayam masak rendang ke apa k'zie? shedap! Adik asyik jalan sana sini..

 K'zie, ayam tu sedap, gambar ni buktinya...

Dah namanya pergi ke tempat kenduri so takleh sembang gelak2 sebab kena kontrol orang ramai taim tu. nak tangkap gambar pun malu2 almaklum la semuanya mak2 orang. kejap je kitaorang kat sana pastu dah gerak balik. terus balik rumah sebab kazen aku nak balik shah alam plak lepas tu. lagipun adik pun zzzzzzz dalam kereta!

 Mak2 orang...gambar gelap sebab malu nak tukar kedudukan, orang ramai!

Abang yang best, tak duduk diam sebabnya ada ramai kawan. Hurmmm, dah pandai berkawan abang! bila tengok gambar dia ngan anak k’jun, asyik la cakap ni kawan abang. malam tu asyik bercerita ngan papa dia dia ada kawan, main2 ngan kawan kat rumah kawan mama….

 Abang dan anak bujang k'jun...danish. Tak tahu bila plak skil dia bergambar kenyit mata! Kat atas tu ngan anak yong..stephanie aka baby...wah, rocknya kamu!


K'zie, terima kasih daun keladi, kenduri lagi jemput lagi...makanan sedap! Menyesal tak ambik laksa!!

No comments:

Klik Me

Klik! Klik!