Tuesday, November 1, 2011

Kerana Sebiji Kek Angry Bird

Tu la kisahnya malam tadi. Anak...anak...kamu ni kan suka buat mama pening! Tapi tak apa la, demi kamu2 mama tak kisah pon....

Kerana kek angry bird yang seketul ni riuh rumah aku malam tadi bagaikan semua tak terkawal dah...adik meronta2 nak kek angry bird, abang ngan kakak berebut kek yang sama sebab masing2 nak konker kek! Umpan dengan makanan lain pun tak mahu...

Kakak paling drama, langsung tak nak kalah. Abang dah berjaya korek sebiji mata bird tu, dia meraung2 nak mata. Nasib baik MrCho kreatif g ambik buah ceri dlm peti ais, jadikan mata angry bird tu!

Salah aku sebab beli sebiji je walhal anak ada 3! Tapi anak, harga sebiji tu dah rm5.80. Kalau beli 3? Habis duit dalam purse mama...

Yang geramnya, mula2 berebut tak ingat dunia, last2 makan tak habis pun pastu masing2 tak mahu dah...nasib baik gak tak beli satu sorang.

Settle drama sebabak malam tadi!

Ni la kek angry bird yang jadi rebutan tuh!



Sempat ambik gambar sebelum keadaan huru-hara...

posted from Bloggeroid

No comments:

Klik Me

Klik! Klik!