Wednesday, October 19, 2011

Merajuk

Kejadian adalah malam tadi.

Anak dara aku ni laa, tak tahu pasal apa tetiba merajuk. Masa aku g ambik diaorg kat rumah pengasuh aku nampak si kakak ni duduk kat sofa sorang2. Muka masam. Kata pengasuh, tadi dia tido, bangun tido diam sensorang kat situ. Biasanya, bila nampak kitaorg sampai semua lari2 ke pintu. Ni adik sorang je menjerit kat pintu. abang tido.

Aku pun pegang tangan, tak mo, tepis tangan aku. pastu peluk tangan. Diam tak kata apa. Aku pujuk2 tanya nape, pun diam ngan muka masam. hahaha...

Aku ugut2 nak balik tak, kalau tak nak aku tinggal je dia kat situ. Dengan susah payah turun sofa, tak bagi aku pegang tangan. hohoho...balik pun tak salam ngan pengasuh dia.

Dalam kereta. aku cakap2 ngan dia pun dia buat dekk je. Mata pandang je depan. Sepanjang dalam kereta langsung tak bercakap la. Semua aku tanya dah makan ke, makan apa, hari buat apa, macam2 la, semua tak berjawab.

Masa tunggu MrCho parking, kami kat bawah blok. Dia tak nak duduk dekat2 kitaorg. Aku layan je adik lari sana sini. Dia bawa diri. Abang mamai2 ngantuk. Pastu ntah macam mana, dia bukak kasut dia, aku tegur la, suruh pakai kasut nanti ulat masuk. Si abang pun ambik kasut dia letak kat kaki, baru lah dia pakai. Start situ barulah bercakap...kahkahkah, kelakar la kamu kakak. Punca merajuk tak dapat dikenal pasti.

Balik rumah pun merajuk lagi. Duduk jauh2 dari orang. Diam tak macam selalu. Tapi habis gak la 2 botol air vitagen..hmmmm...Agaknya mud lepas baik demam begitulah! Sampai nak tido dia macam tu. Tak mahu masuk bilik, baring kat sofa sorang2. Orang lain semua dah masuk..kenalah aku pujuk, dukung dia suruh tutup lampu, kipas semua. Masuk2 bilik terus zzzzzZZZZzzzz...


 Lari, tak mo aku ambik gambar dia



Dah senyum....

Adik yang hepi sokmo...


Comel la kamu merajuk kakak! Terasa macam dah besar eh anak mama....ekekeke...




No comments:

Klik Me

Klik! Klik!