Sunday, August 7, 2011

Tiada yang Sempurna

Kadang2 apa yang mahu kita buat kita tak boleh buat. Okay la, aku tukar 'kita' kepada 'aku' sebab aku yang mengalaminya. Orang lain mungkin boleh saja buat apa yang dia nak buat. Selalu sangat aku nak buat sesuatu tapi aku terpaksa pikirkan orang lain, terpaksa jaga pula perasaan orang lain agar ada hati yang tidak terluka...ahakssss...
Contohnya..ni aku bagi contoh yang simple, ya supaya senang paham, katalah aku nak makan tomyam tapi MrCho tak suka makan tomyam, dia suka makan sup (sup tulang @ sup perut tetap dia tak suka, okeh!), jadinya aku terpaksa la ikut dia makan sup sebab kasihan plak dia makan nasi tak berkuah. Nak order@buat dua2 membazir pulak makan tak habis...jadinya kempunan la aku nak makan tomyam. Kalau makan kat luar dan aku order tomyam tak ada lah sampai dia terluka. Cumanya dia tak makan la tomyam tu, dan aku seorang mana habis dan bila tak habis aku kena bebel...sentap!! Jadi untuk mengharmonikan keadaan, aku mengalah dan order la sup setiap kali makan sebab aku boleh je makan sup. Tapi kalau itu je selalu, buhsannn le jugak! Ni aku rujuk lauk utama, ya. Tapi demi tittle isteri mithali, aku ikhlaskan jua...
Eh, ni dah kira merungut, aci ke aku kata aku ikhlaskan jua? heh..heh..heh...betul papa...takpe, i tak kisah pun sebenarnya makan apa. i tulis ni sebab i tak tahu nak tulis apa.

Cakap pasal makan ni, aku ngan MrCho memang berbeza bab2 makan. Tapi aku tahu dia pun memaksa diri makan makanan aku. Bagusnya dia jenis tak memilih sangat bab2 makan kecuali yang pedas. Kalau masak, dan aku masak makanan kegemaran aku yang kampung habis la kiranya, aku mesti masakkan dia satu kegemaran dia. Adil la,kan??

Aku tak tahu apa dah aku membebel ni...dah jauh sesat dah rasanya. okay la, stop la cerita bab makan. Poin lain tp tercerita juga pasal makan. haihhhh...

Satu lagi tentang kesilapan dalam membuat keputusan. Korang pun tentu pernah silap buat keputusan, kan? tak ada orang perfect, kan. setiap orang ada buat salah. Aku pernah, kerap kali sebenarnya...nak menyesal pun tak ada guna cuma mampu berdoa saja kerana aku percaya tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan.
Nak contoh? haahaaa, contohnya macam ni, aku nak beli baju. Ada dua baju, satu kaler hijau size L, satu lagi kaler merah size S. Oleh sebab aku suka merah, aku ambik merah walaupun dia size s tapi aku rasa muat je kat badan aku. Balik rumah baju size s langsung tak boleh masuk. Malangnya baju ni bila dah beli tak boleh tukar balik. Sudahnya aku menyesal kerana tak ambil size L yang sah2 muat cantik terletak je bila pakai. Haaaa, kang aku dah salah buat keputusan! last2 baju size s aku baling masuk gobok, nak bagi orang aku kedekut! muahaahaa...buleh dak aku bagi contoh macam tu? buleh la..buleh laa...

Aku berdua je ngan abang kat umah ni, MrCho kena kerja plak hari ni! Aku buhsaaannnnn ni tak ada apa nak buat. Dah masuk hari ketiga terkurung dalam rumah, korang bolehh??? aku bolehhh...sob!

Rumah dah kemas, vacum, mop bagai, kain dah cuci, dah jemur. Nak masak awal lagi...jadi, jom kita membuta kejap.....muahahaha...

No comments:

Klik Me

Klik! Klik!