Thursday, August 18, 2011

Saat Kelahiran Puteriku

Taim ni (10.30 malam) aku tengah cakap tepon ngan bondaku. Tanya dia pasal bersalin. walaupun dah ada pengalaman tapi tanpa orang tua kat sisi rasa cuak, cemas, takut tetap ada. bonda ada tanya aku nak bersalin dh ke? tapi aku cakap tak la,saja tanya takut tak sempat balik kampung....padahallll masa ni aku tengah rasa sakit yg sekejap2 tu. saja tak mau mengaku takut dia pulak risau tak boleh tidur, tak lalu makan. bonda aku memang begitu. nasib baik dua anak aku awal2 dah hantar kampung...

MrCho suruh aku rehat, tido2 dulu. kalau blh tahan esok pagi baru pergi. Berdasar pengalaman aku rasa sempat kot esok pagi baru pergi hospital. kul 12 masuk tido tapi sumpah aku tak boleh tido. takut wehhh walaupun rasa sakit sekejap2. sebenarnya rasa sakit tu pagi2 otw nak g kerja aku dah rasa. dua tiga jam rasa sekali, so aku biarkan je. Nasib baik tak ada apa2 masa kat ofis. Aku siap tunggu MrCho kat ofis sorang2 sampai kul 8 malam. huhuhu...

Dalam kul 2 pagi macam tu, rasa sakit makin kerap, aku takut tiba2, terus kejut MrCho ajak g hospital. Kul 3 macam tu sampai hospital doktor check semua dalam kul 4 lebih terus suruh hantar aku masuk labour room.

menahan la sakit aku dalam labour room ditemani MrCho...anak ketiga baru berkesempatan tengok anak lahir...bertuah sungguh anak ketiga ni. Bongsu ke, dik? dan selepas beberapa jam menahan sakit, kul 8.09 pagi barulah aku bersalinkan anak ketiga aku, sangat mudah rasanya. syukur alhamdulillah...Terima kasih, papa berjaga semalaman...

Ya...ya..itu peristiwa tahun lepas. Esok genap setahun puteri aku. dah pandai jalan, dh pandai membebel, dh pandai buli kakak dan suka gigit orang...

Sedihnya, dia kat kampung, tak dapat aku nak celebrate beli kek untuk dia. tapi tak apa, doa daripada seorang ibu untuk kebaikan dan kesejahteraan anaknya tetap ada...itu hadiah teristimewa daripada sebiji kek!

Buat puteri kecil mama, SELAMAT HARI LAHIR,SAYANG MAMA...SEMOGA SENTIASA DALAM LINDUNGAN ALLAH SENTIASA...aminnnn...

No comments:

Klik Me

Klik! Klik!