Tajuk tak boleh blah...hahaha...redo saja lah!!
Dah 11 hari berpuasa rupa2nya...hari tu gigih aku buat n3 puasa day 1, puasa day 2 bagai, last2 stop sebab pertama malas, kedua asyik tayang makanan yang sama, ketiga aku rasa lambat plak masa berlalu kalau hari2 kira...ngehngehngeh...
Hari ni aku cuti lagi. Maka apabila aku cuti adalah hari untuk aku masak bertungkus lumus di dapur. Jadinya hari ni aku akan tayang makanan lagi lah...tapi ini hasil air tangan aku la, dengan kerjasama Mrhtc aku maka terhidanglah gambar di bawah ni.
Aku cerita dari atas, ya...tu ialah udang perap ngan garam, kunyit dan serbuk kari. Pastu aku goreng letak cendawan butang, karot dan bawang besar...rasaaa??? tak tahu, belum rasa...muahahaha...
Gambar kedua tu asam pedas ikan kembong. itu aku seorang je makan tu, MrCho konfem tak makan. Eh, kuah je banyak tu, aku buat sekor je ikan kembong sederhana besar....
Gambar ketiga tu pula telur kukus. Haaaa, ini kategori chinese food ni. Harap2 MrCho suka la nanti. Dulu dia pernah ajar aku buat telur kukus ni tapi tak jadi. Aku pun takut nak buat takut tak jadi juga. Tadi belek2 buku resipi, jumpa resipi ni. Terus aku buat tapi versi derhaka la. Bahan tak cukup aku buh mana ada kat dapur...neves ni tunggu MrCho makan berbuka nanti...hakhakhak...
Last sekali adalah desert. kategori chinese food jugak! sagu mai nama manja dia...pun tak tahu macam mana rasanya...daun pandan takdok, jadi aroma dia kureng! belasah!!
Ada lagi aku tak snap, iaitu sup sayur ngan ikan goreng utk si bujang...
Itulah kejadian masak2 aku hari ni. Lain2 sepanjang hari ni aku melayan si bujang saja. Kain belum berlipat, malas!
No comments:
Post a Comment