Puasa hari ke6 dah hari ni..
Location: Rumah
Ptg tadi aku janji nak uar2kan apa jadi pada makhluk2 dalam esbok aku...ngegeee, akhirnya lala aku masak lak chi (laaa sangat, sebenarnya nama aku bagi, tak tau sama ke tak resipi dia..hahaha), bawal goreng sos tomyam, ayam goreng bodo. Ada tambahan iaitu sayur lemak sawi+kobis. Mari kita menengok gambar makanan aku.
Bawal goreng sos tomyam
ikan bawal (aku buat separuh ikan bawal sbb besar sgt)
5 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci halia (agak2)
daun limau purut
serai
sos cili
pes tomyam
garam secukup rasa
minyak, air
tomato
Ikan bawal yg telah dilumur garam kunyit digoreng terlebih dahulu hingga garing. Ketepikan.
Bawang putih, bawang merah, halia cincang halus, tumis hingga naik bau. Masukkan sos cili, kacau, masukkan sedikit air. Biarkan sebentar. Masukkan daun limau purut dan serai yg telah diketuk. Masukkan pula pes tomyam, tomato. Kacau hingga mendidih. Masukkan garam secukup rasa. Biarkan sebentar hingga masak, kemudian tuang ke atas ikan yang telah digoreng tadi. siap!
Lala lak chi versi aku
lala - rendam supaya pasir2 keluar kdian cuci bersih
5 ulas bawang putih - cincang halus
1 inci halia - cincang halus
cili padi - potong kecik2 (ikut suka)
sos tiram
sos cili
cili boh
sos ikan
garam, gula, sedikit air
Tumis bawang, halia cili potong hingga naik bau. Masukkan cili boh, kacau sebentar.Masukkan sos tiram, sos cili dan sedikit air. Kacau sekejap, masukkan garam, gula. Kacau dan biarkan mendidih. Masukkan lala. Balik2kan lala hingga semua lala diresapi kuah tadi. Tutup kuali sebentar. Biarkan sekejap. Tutup api. Siap!
Keseluruhan menu aku malam tadi - lala, sayur lemak sawi+kobis, ayam goreng bodo, bawal, kangkung malam semalam.
n3 ni aku taip kul 11 lebih, tapi kerana ada gangguan, jadilah ia meleret ke pukul 12 lebih, maka dikira hari lain...huhahuha...belasah!
Sepanjang 6 hari puasa ni aku asyik cerita pasal makanan je...boring, kan...korang tak boring? aku boring ni...tapi apa la sangat aku nak cerita kalau bukan pasal makan dan masak. hidup aku hari2 saat bangun pagi hingga saat lelapkan mata, itu lah saja, pergi kerja, balik kerja, singgah pasar juadah, balik masak nasi, duduk tengok tv sambil layan si bujang aku, makan...esok ulang balik benda sama..huhhh, boring!
Kang aku buat n3 ilmiah kang tak ada orang nak baca plak! muahahaha....
Esok (ahad) MrCho kena kerja...sangat tak suka! sob! Maka 3 hari aku ngan abang terkurung dalam rumah.
No comments:
Post a Comment