Location: Rumah
Jumaat dah hari ni, cepat sungguh. Jumaat pertama untuk ramadan tahun ini...alhamdulillah..
Hari ni aku cuti, misi habiskan sisa cuti yg masih ada beberapa hari lagi.
Maka di rumah la aku hari ngan si bujang aku ni...
Aaaaaa, sedih wooo, buka2 esbok tak ada apa pun nak masak, maksud aku ikan atau ayam. Nak keluar beli jauh plak. Nasib baik sayur semalam ada berbaki lagi - kangkung aku sengaja beli sebab aku suka kangkung buat ulam cicah sambal...sedap wooo kangkung mentah cicah sambal. Rangup2 gitu...cerita pasal kangkung ni, ada yang tak lalu makan kangkung. Aku tahu, mesti sebab lintah dalam batang kangkung, kan? Aku, kangkung ambik hujung2 bahagian pucuk je kalau buat ulam. Ishh, tak nak cerita pasal lintah dalam batang kangkung la, kang hilang satu lg nikmat makan aku!
Gambar: Google
Lama aku termenung depan esbok, last2 nampak telur. Pikir2 sambil seru selera makan, aku rasa nak buat telur masak lemak kuning. MrCho konpem tak makan, ah, biar! Dia punya aku fikir lain. Sup sayur semalam ada lagi, boleh la dia makan ngan ikan masin dan telur padi ayam dia tu. Korang tahu telur padi ayam (nama pada pembalut telur tulis macam tu)? Aku pun tak pernah tengok sebelum ni. Kata MrCho, itu telur jeruk versi cina tapi tak masin. Ntah betul ke tak dia tu. Telur tu ada je jual kat pasaraya.
Hehe, settle pasal nak masak apa. Pastu aku dok tengok2 blog orang nampak pulak puding karamel. Macam sedap je. Datang plak idea nak buat tuh...tengok bahan semua ada...ok, on!
Tengok jam baru kul 3, awal lagi. Jadi aku apa lagi, golek2 kat sofa hingga terlelap. Terkejut bila abg kejut tunjuk bibir dia berdarah..kul 4 lebih.
Kul 5 bermulalah operasi juadah berbuka aku. Memula bikin puding karamel dulu, pastu baru la masak telur ngan goreng kangkung. Masak nasi, siapppp...simple saja juadahnya...
Bahan2 sedia ada untuk puding karamel aku - susu cair, telur, gula, esen vanila dan perisa tambahan white coffee 3 in 1
uwaaaa....inilah hasilnya. kecewa, kan? sebenarnya dah cun dah tapi masa aku nak alih ke dalam pinggang entah macam mana puding aku patah...huhuhu. walaupun hancur macam tu rasa dia tetap uummpphhh!! muahahaha....silalah percaya...
Dulu aku pernah buat sekali. Ada aku tayangkan kat sini. tapi yang tu aku letak roti. yang ni tak.
Ni plak lauk pauk simple aku - telur lemak kuning, kangkung belacan, sambal mangga semalam, sambal bilis semalam. Telur padi ayam lupa nak snap. Eh, gambar kedua atas tu bukan lauk pauk ya! itu kebab semalam ngan puding tadi & air oren. Aku seorang makan untuk berbuka. Oh, ya aku berbuka setiap hari sorang2 jek...MrCho kul 8 baru sampai rumah. Dia balik terus makan nasi.
Panjang plak cerita aku malam ni. Cukup la dulu. MrCho sorang2 tengok tv, kang dia kata aku abaikan dia plak! muahaha...pc dia dah kena konker si bujang kami!
Korang dah settle ke baju raya semua? Aku belum lagi. Ahad ni MrCho kerja pulak. Nangisss...
No comments:
Post a Comment