Sementara masih panas meh aku buat n3 siap2. Kalau dah sejuk nanti tak best!
Kt ofis aku ada staff taraf nyonya dah kiranya(aku sebut nyonya sbb aku geram dia skrg!)..
Suatu hari aku nampak kat sinki pantry ofis ada sisa2 ubat gigi. So aku syak ada org gosok gigi kat sinki. Adalah kepantangan bagi aku org gosok gigi kat sinki yg digunakan untuk mencuci pinggan mangkuk, mencuci bahan2 masak dll lah malas nak tulis satu2...sinki kt pantry ofis pun sama la kiranya. Tempat tu org guna untuk cuci mug, bekas, buat air pun kt situ...aku tak faham macam mana org tu boleh gosok gigi kat situ pastu tak bersihkan sisa2 ubat gigi jatuh tu. Ok, aku blh terima kalau ko kata ko terlupa bersihkan tp aku tak blh terima org gosok gigi kt situ. Padahal dua langkah je dr sinki pantry tu ko akan jumpa toilet yang siap Ada sinki, cermin semua...
Mulanya aku tertanya2 juga siapa punya kerja ni...aku tahu ada beberapa org gosok gigi kat ofis ni after lunch.
Nak jadi cerita, suatu hari aku tgh buat air kt pantry(aku tak posa taim tu), dtg la nyonya ni dgn peralatan dia. Hohoho, tahu la aku rupanya nyonya ni punya kerja! kami sembang mcm biasa wpun hati dh bengkek. Masa tu tak terkeluar plak kata2 teguran (ya, dia tua sgt dr aku wpun masih anak dara). Yg bangangnya, dia tak peduli pun aku tgh buat air kt situ, selamba gosok gigi. Terpaksa aku cpt2 ambik mug aku bawa jauh2 takut terperecik buih dlm air aku....huhhhhh, perasa dotdot plak nanti!
Semalam, aku mengadu pada kakak senior ni...dia cadangkan aku tulis note tampal kt sinki. Dia siap tulis dan print. Aku tampal...hahahaha. Bukan la tulis apa pun, cuma tulis jgn gosok gigi kat sini je dlm 2 versi. Done!
Pagi ni aku datang kakak senior tu ckp nyonya tu kecoh siap tanya, tuduh dia lagi tampal notis kat sinki tu. Kakak senior tu tak mengaku dan pura2 tak tahu sapa yg tampal. Nyonya ni mengadu dengan si katik (ni pun ada story, akan jd mangsa aku gak ni!). Katik ni kt admin, rasa diri ada power kekononnya...boleh blah!
Tengah hari td aku masuk pantry, kertas tampal tu dah tak ada...
Banyak kebodohan berlaku kat situ...
1) ko g kecoh2 semua org dah tahu ko gosok gigi kat situ...
2) kalau ko dok diam saja terus buang kertas tu tak ada sapa pun nk bising sbb orang lain gosok gigi kt toilet...
3) ko rasa ko sorang je ke gosok gigi orang lain tak gosok gigi?...
4) ko memang bodoh sebelum ni pun dah terserlah!
5) ko bodohhh!!!
6) dan lain2 bodoh ko...patut la ko selalu kena buli!
Katanya si nyonya ni nak tanya sorang2 sapa yang tampal. Kalau agak2 jadi isu hot, aku mengaku je la dan aku akan beritahu tentang kepengotorannya....padan muka ko, biar ko malu berganda! Aku jahat kadang2!
Teringat satu cerita, orang ni banyak harta. Semua harta dia, dia tanam kat belakang rumah pas tu letak papan tanda, TIADA HARTA KARUN DI SINI...
Ok, dah...g buat keje....
Bermula di sini...Berakhir di sini~~~~~Kehidupanku di sini bersama watak-watak utama MrCho selaku suami, Najmi selaku abang, Hanna selaku kakak dan Qaireen selaku adik....
Wednesday, August 24, 2011
Masih Ada yang Belum Selesai untuk Raya
i'm happy today!
jangan la ada sesapa rosakkan mood aku ni!..........................................................>> eleh, macam la ada sapa peduli pon!
Cerita lain..
Malam tadi aku macam sakit kepala, pening2 mcm loya2 (oh, itu bukan tanda2 peknen!). Aku cakap ngan abang aku macam nak muntah.
"mama..mama..mama g la muntah kat toilet..."
"ok"
Dia ngikut aku ke toilet.
"mama buat macam ni, mama...uwweekk, uwekkk..."
"ok"....aku pun buat la bunyi uwek..uwekk..sebenarnya bukan la nk muntah pun, cuma loya2 jer..
"dah mama? cuci mulut tau!"
"ya, mama dah kumur, dah cuci dah..."
"jom mama, minum air putih. mama tunggu sini abang g ambik..."
sekejap dia datang dgn segelas air putih, hulur kat aku...
"nah, mama...minum sampai habis tau...abang tengok ni.."
hahaha, nak tergelak pulak aku...
(sebenarnya dalam hati aku nak nangis dah. terharu beb, baru umo 3 tahun 11 bulan dah pandai jaga mama kalau mama sakit...)
Tajuk tak ada kaitan langsung dengan cerita. Tak apa, dari tajuk hingga penutup, ada beberapa cerita di situ. Tak paham maksud aku, nasib....muahaahaa...

Monday, August 22, 2011
Masa Sangat Berharga
Blog tanpa gambar sangat tak meriah...betul tak? Tapi apa boleh buat, tuan blog tak sempat plus malas lite2 nak snap gambar...huhu
Oleh itu, marilah kita bercerita tanpa gambar...
Semalam pergi ioi cari baju anak3, pagi2 dah keluar. Pagi pun kul 10 dah. Agak2 la nak pagi pun, tak kan nak tunggu pintu shopping mall bukak, ya dak?
Aku pelik naper macam kurang meriah je kt shopping mall tahun ni? Adakah orang lain dah beli awal2? Aku yg terlewatkah? Baju2 pun tak ada yang menarik...beli sepasang sorang je baju. Baju kurung ngan baju melayu abang kena cari tempat lain la gamaknya. Tambah lagi MrCho kejar masa pulak semalam...
Papa, bila nak settle ni? I tak lena tidur ni selagi baju anak3 tak settle...
Balik rumah tak tahu nak buat apa, aku bikin satu lagi biskut...tart kurma. Memandangkan kurma byk tak ada org layan baik aku buat sesuatu....
Eh, semalam aku dapat present lagi. Sempena apa tak tahu la...dah disuruh pilih, aku pilih je la...ngeh..ngeh..ngeh...walaupun barang biasa2 tapi amat bermakna bagi aku. Thank you, papaaa....
Apaaa????

Saturday, August 20, 2011
Mimpi
Hahaha, bukan baju kurung kaler pink yg menjadi mimpi aku malam td..
Cer korang teka apa? Apa? Hahaha, betullll...ya, aku mimpi buat biskut almond london! Dahsyat sungguh penangan almond london nih...tak jadi tak tahu ler i!

posted from Bloggeroid
Sepasang Kurung Kaler Pink
Semangat tengah berkobar2 ni, nak try buat almond london esok...tak sabar, tak sabar...korang jangan gelakkan aku, pestaim nak buat biskut raya sendiri ni...sebelum ni aku beli je...
Dah siap dua jenis...hehehe...
Hmmmm, kalau menjadi aku tepek kt sini, kalau tak aku diam2 saja, ya...ahakksss
Oh, tadi aku terpandang sepasang kurung yg sgt cantik, tgk2 harga, adesss, ahkak tak mampu. Kalau beli, mahu anak2 tak ada baju raya...kanak2 perlu didahulukan, mak2 tak usahlah mengalahkan kanak2, ya...
(duk teringat2 terbayang2 plak baju tadi, cantik sungguh, agak2 lepas raya harga turun tak..jangan aku mimpi baju tu sudah!)

Friday, August 19, 2011
Khas untuk Puteriku AIMY NUR QAIREEN CHO
Ini adalah nukilan hati aku untuk puteriku, AIMY NUR QAIREEN CHO. Andai kamu rasa mahu membacanya, silakan. Andai kamu rasa tiada apa2 untuk kamu, abaikan n3 ini. Ini hanyalah untuk puteriku sempena usianya yang setahun. Semoga ruang ini akan berkekalan sehingga puteriku mengerti nukilan hati ibunya ini.
Adik,
Menyambut usia setahun, adik tiada di sisi mama. Adik nun jauh di kampung. Mama tak gembira. Mama mahu adik di sisi mama pada hari ini. Mama mahu bertepuk tangan sambil menyanyikan lagu hari lahir bersama-sama papa, abang dan kakak. Sebiji kek kecil untuk kita rasai bersama-sama sudah memadai. Usia adik pada hari ini belum lagi mengerti tentang sambutan hari lahir, erti sebiji kek tetapi bagi mama ia sangat memberi makna.
Kedatangan adik ke dalam keluarga kita amat dialu-alukan. Mama minta maaf kalau suatu hari adik sedari tiada foto adik di sisi mama dan papa pada hari sambutan hari lahir adik sambil memotong kek yang dihiasi sebatang lilin menandakan setahun usia adik. Mama dan papa mencari rezeki di sini. Mama terpaksa menghantar adik sementara ke kampung atas sebab2 tertentu.
Adik,
Mengenang kisah kelahiran adik, mama rasa sangat bersyukur kerana semuanya berjalan lancar. Kelahiran adik sangat mudah. Dan adik sangat bertuah kerana papa ada bersama-sama di sisi mama saat kedatangan adik ke dunia! Papa melihat adik dahulu sebelum mama. Berbanding abang dan kakak, papa melihat mereka setelah hampir sehari abang dan kakak datang ke dunia.
Day 1 - @hospital serdang
Adik seperti tidak sabar mahu lahir ke dunia, kerana mama tidak sempat mengambil cuti untuk pulang ke kampung melahirkan adik. Adik mahu menjadi warga Selangor rupa2nya. Alhamdulillah mama dapat melaksankannya dengan sempurna walaupun tok ma tidak menemani mama seperti mama melahirkan abang dan kakak. Mungkin semangat daripada papa yang dibenarkan bersama-sama mama ketika sakit.
Adik,
Mama jangkakan adik akan lahir pada 18hb, iaitu tarikh mama mula mendapat tanda mahu melahirkan adik. Kalau adik lahir 18hb, menjadi deretanlah tarikh kelahiran kalian. Abang 16hb, kakak 17hb, adik 18hb, tapi rupa2nya tidak menjadi. Adik lahir 19hb. Tidak mengapa, tidak penting pun bila tarikh kalian dilahirkan yang penting anak2 mama semuanya sihat semasa dilahirkan.
Adik dilahirkan pada pagi hari khamis, jam 8.09 pagi dengan berat 3.09kg. Saat mendengar tangisan pertama adik, hilang segala kesakitan mama. Sungguh ajaib! Kuasa Allah swt, itulah dia. Yang mama rasa hanyalah keletihan kerana hilang banyak tenaga. Melihat senyuman papa dan ucapan terima kasihnya, mama jadi bersemangat.
Saat dilahirkan, adik sangat baik. Pada mulanya mama cuak juga kerana tok ma tak ada, buatnya adik menangis, mama nak buat macam mana. Risau, takut, gelabah, semua ada. Petangnya mama dan adik dibenarkan pulang. sekali lagi syukur, adik tidak menangis pun berada di rumah. Dan esoknya kita pulang ke kampung! Nasib baik semuanya selamat. Pssst, adik, pagi sebelum pulang ke kampung, mandi adik tak sempurna sebab mama ngan cik noli kekok nak mandilan adik. Adik pula nangis sungguh2 masa ni. Jadinya kami mandikan adik ala kadar saja. Esoknya, barulah sempurna adik dimandikan tok ma.
Hari keempat adik kena tahan di wad. Sebabnya jaundis (penyakit kuning) adik tinggi. Bergenang-genang air mata mama tiap kali adik kena cucuk untuk ambil darah. Adik paling kuat jaundis banding abang dan kakak. Entahlah, apa salah mama makan masa mengandungkan adik. Susu mama pun kurang, mungkin sebab tu adik sampai kena letak bawah cahaya di wad. Nasib baik satu malam saja kita di wad. Dan satu malam tu mama tak tidur dan tak makan kerana adik akan menangis bila mama letak bawah cahaya. Adik hanya mahu tidur bila mama pangku. Sakit pinggang hanya Tuhan tahu kerana mama tak boleh baring, hanya duduk selama berada di wad. Tak mengapa kerana adik membesar dari sehari ke sehari menjadi kanak2 yang sangat comel di mata mama.
Bawah cahaya biru - sedih sungguh mama taim ni..
Selepas sebulan lebih di kampung, mama membawa adik pulang ke rumah kita, menghabiskan cuti mama. Alhamdulillah adik mudah diurus. Adik tidak banyak kerenah dan sangat senang dijaga sehinggalah hari ini. Mama doakan puteri mama ini akan menjadi seorang yang disenangi sesiapa sahaja.
Adik,
Maafkan mama sekali lagi kerana tiada di sisi adik pada hari ini. Namun, pada hari ini mama tetap menyambutnya walaupun bersedirian. Tiada kek, tetapi doa. Mama doakan puteri mama ini membesar menjadi anak yang berguna, bijak, patuh dan taat kepada Pencipta. Mendengar cakap, hormat orang tua dan tidak mementingkan diri. Mama hanya mahu puteri mama menjadi yang baik2 saja. Bijaklah menangani masalah dunia, janganlah kalah kepada duniawi kerana itu semua hanyalah sementara. Kehidupan akan menjadi indah kalau kita pandai mengawalnya.
Senyuman adik yang pertama kali mama berjaya snap!
Mama tidak pandai berbahasa, mama harap puteri mama ini faham maksud mama. Mama dan papa bukan orang kaya, mama dan papa miskin harta. Tapi mama tidak mahu kerana kemiskinan mama dan papa menyebabkan anak2 mama turut miskin. Walaupun mama tak mampu memberi wang ringgit, tapi mama akan berusaha memberi ilmu kepada anak2 mama. Bagi mama, ilmulah harta yang tiada tolok banding, lebih bernilai dari wang ringgit.
SELAMAT HARI LAHIR SAYANG MAMA. SELAMAT MENYAMBUT USIA SETAHUN.
Membesarlah sebagai kanak2 yang ceria dan gembirakanlah orang2 yang menyayangi adik. Diusia setahun adik sudah pandai bertatih. Lebih awal banding abang dan kakak. Syabas, puteri mama!
Aimy Nur Qaireen Cho
InsyaAllah raya nanti kita celebrate birthday adik.
Thursday, August 18, 2011
Saat Kelahiran Puteriku
Taim ni (10.30 malam) aku tengah cakap tepon ngan bondaku. Tanya dia pasal bersalin. walaupun dah ada pengalaman tapi tanpa orang tua kat sisi rasa cuak, cemas, takut tetap ada. bonda ada tanya aku nak bersalin dh ke? tapi aku cakap tak la,saja tanya takut tak sempat balik kampung....padahallll masa ni aku tengah rasa sakit yg sekejap2 tu. saja tak mau mengaku takut dia pulak risau tak boleh tidur, tak lalu makan. bonda aku memang begitu. nasib baik dua anak aku awal2 dah hantar kampung...
MrCho suruh aku rehat, tido2 dulu. kalau blh tahan esok pagi baru pergi. Berdasar pengalaman aku rasa sempat kot esok pagi baru pergi hospital. kul 12 masuk tido tapi sumpah aku tak boleh tido. takut wehhh walaupun rasa sakit sekejap2. sebenarnya rasa sakit tu pagi2 otw nak g kerja aku dah rasa. dua tiga jam rasa sekali, so aku biarkan je. Nasib baik tak ada apa2 masa kat ofis. Aku siap tunggu MrCho kat ofis sorang2 sampai kul 8 malam. huhuhu...
Dalam kul 2 pagi macam tu, rasa sakit makin kerap, aku takut tiba2, terus kejut MrCho ajak g hospital. Kul 3 macam tu sampai hospital doktor check semua dalam kul 4 lebih terus suruh hantar aku masuk labour room.
menahan la sakit aku dalam labour room ditemani MrCho...anak ketiga baru berkesempatan tengok anak lahir...bertuah sungguh anak ketiga ni. Bongsu ke, dik? dan selepas beberapa jam menahan sakit, kul 8.09 pagi barulah aku bersalinkan anak ketiga aku, sangat mudah rasanya. syukur alhamdulillah...Terima kasih, papa berjaga semalaman...
Ya...ya..itu peristiwa tahun lepas. Esok genap setahun puteri aku. dah pandai jalan, dh pandai membebel, dh pandai buli kakak dan suka gigit orang...
Sedihnya, dia kat kampung, tak dapat aku nak celebrate beli kek untuk dia. tapi tak apa, doa daripada seorang ibu untuk kebaikan dan kesejahteraan anaknya tetap ada...itu hadiah teristimewa daripada sebiji kek!
Buat puteri kecil mama, SELAMAT HARI LAHIR,SAYANG MAMA...SEMOGA SENTIASA DALAM LINDUNGAN ALLAH SENTIASA...aminnnn...

Bahang Raye Sudah Mari
Yeayy...yeayyy....hari ni aku dah start projek mengukies sempena cuti nuzul quran. Sempat la dua jenis kukies aku godek. Gambar xleh letak ya takut basi plak kukies raya aku.
Pagi2 lepas MrCho g kerja aku start kemas rumah, dobi baju, kemas dapur, vacum lantai segala, bermula la projek kukies aku...heh..heh..heh.. aku tipu. Lepas siap kerja rumah aku baring kejap barang sejam lebih2 sikit. Dkt kul 1 dah baru aku start..mula2 mengagau juga tak tahu nak mula dr mana dan tak tahu nak buat biskut apa. Selongkar resipi lama2 jumpa la beberapa...ah, jadi ah! Drp tak jadi apa2, simple2 pon jadilah. Kang tak buat kang MrCho balik tgk biskut tak jadi, tak pasal2 kena sedas dua. Aku juga yang sentap nanti. Sebabnya malam tu aku duk rengek2 nk beli bahan buat biskut masa cuti nuzul quran.
Asalnya aku nak letak gambar ruang kerja aku, tapi update guna Mrhtc ni problem plak nk upload gambar.
Apasal td aku tak guna bloggeroid...haishhh...
Bateri Mrhtc nk kong, aku chow dulu...baiiiii..

Tuesday, August 16, 2011
Kaki Isi Air
Tadi blk jalan kaki ngan abang. Tunggu teksi tp tak ada plak teksi kosong. Tgk jam dh 6.20...haishhh, tak leh jd ni. Dh la aku beli ayam konon nk masak. Lauk dh masak langsung tak beli.
Hujan tp gerimis sikit2 je...aku dh mls nk pikir, masa berjalan. Aku pujuk2 abang balik jalan kaki. So, jalan la kami masuk ke desa kami. Ada la dalam 20 ke 25 minit...
Lupa plak hari ni aku pakai kasut tinggi, sakit2 kaki aku...korang tahu apa jd pd kaki aku? Huhu...bengkak isi air tu...
Tunjuk pd MrCho, paksa aku cucuk ngan jarum keluarkan air tu...aku ngilu, tak nak, dia ambik jarum, pegang kaki aku cucuk...picit2 keluarkan air hingga hilang bengkak tu... X sakit rupanya, aku ingat sakit pedih2 bila cucuk...
Selalunya, aku biarkan je...

Monday, August 15, 2011
Virus 'M' Masih Lagi Bermaharajalela
Ampun, tersangat malas aku akhir2 ni...sedih pulak tak ada apa kat sini..
Supaya belog aku ni tak kosong berhari2, meh aku kongsikan ngan korang satu cerita sedih (bagi aku, si ratu air mata ni).
Kisah ni sebenarnya dah di dramakan, slot cerekarama kalau tak silap. Menangis sungguh2 aku masa tengok cerita ni. Pelakon dia shiela rusly ngan fauzi nawawi kalau tak silap...
Hari tu plak aku ada terbaca dekat blog siapa aku lupa, dalam bentuk cerpen. Cerita lebih kurang sama. So aku syer ngan korang, ya...terima kasih kepada tuan blog berkenaan, minta izin copy, ya...
Malas nak cerita panjang. Aku kan dalam mud malas. Korang baca sajalah....
Mud raya belum menjelma~~~

Kalau Tak Suka Pulangkan
by Zulkifli Omar on Thursday, September 2, 2010 at 11:51am
Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah. Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj. "Horei! Papa balik!" Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.
"Tepi! Bahaya tau tak?" Jeritnya.
Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan di wajah mereka pudar.
"Aimin bawa adik ke belakang." Arahnya pada anak yang sulong.
Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.
"Papa penat. Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum papa mesti nak main bola dengan kita," pujuk Laila.
Dia yang mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.
"Hah! Main air. Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!" Sergahnya. Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya. "Asal saya balik rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?" sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.
"Anak-anak pa. Diorang yang main tu. Takpe nanti mama kemas. Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman." Balas isterinya lembut.
"Fail saya kat depan tu mana?"
"Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan."
"Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi." Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu.
Suasana sepi kembali. Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya. "Laila..." keluhnya...akhirnya dia terlena di sofa.
------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- -
"Saya nak ke out station minggu depan."
"Lama?" Soal Laila.
"Dalam seminggu."
"Cuti sekolah pun lama. Mama ikut boleh?"
"Budak-budak? "
"Ikut jugalah."
"Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diorang buat kat sana. Tengok masa kat Legacy dulu tu!"
"Masa tu Amirul kecik lagi." Balas Laila. Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak daripada keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun apa sangatlah harganya pinggan itu, malahan pihak hotel pun tak minta ganti rugi. " Bolehlah Pa...! Lama sangat kita tak ke mana-mana." "Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung," Muktamad! Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak terlompat riang sebaik kereta berhenti di pekarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mentuanya membekalkan sebuah kitab lama.
"Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Daripada mereka bakar, abah ambik bagi kamu!"
"Manalah saya ada masa..." "Takpe, pegang dulu. Kalau tak suka pulangkan balik!" Dia tersentak daripada khayalannya. "Kalau tak suka pulangkan balik!" Kata-kata itu bergema di fikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mentuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu? Bukan...bukan tak suka malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma...
"Mizi, makan!" Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu. "Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah." ------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- -------
"Papa! Makan!" Jerit Aiman ,anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.
"Tak boleh panggil papa elok-elok. Ingat papa ni pekak ke?"
Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah semula ke dapur.
"Awak masak apa?"
"Mama masak sup tulang dengan sambal udang!" jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.
"Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah, saya tak nak makan. Hilang selera!" "Papa nak ke mana?" Soal isterinya perlahan."Keluar!""Mama dah masak Pa!""Awak saja makan!""Takpe Aiman boleh habiskan. Cepatlah ma!"
Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan. Sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.
"Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?" Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi. "Papa banyak kerja agaknya. Dah, makan." "Abang tak suka tengok papa marah-marah. " "Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan ?" Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang-abangnya yang lain. Laila menjeling. Di hati kecilnya turut terguris. Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?
Shamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong.
"Laila..." serunya
"Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawak-bawaklah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti." Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.
"Sunyi pulak rumah ni mak,"
"Lama-lama kau biasalah."
Airmatanya menitis laju. "Kalau tak suka pulangkan!" Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya. Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat. ------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- -------
"Papa beli apa untuk Aiman?" Soal Aiman sebaik dia pulang dari outstationnya.
"Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu." "Tak ada lah?""Ingat papa ni cop duit?" Aiman termangu. Dia berlalu mencari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.
Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya. "Awak tak sihat ke? "Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan.
"Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi." Aimin mencelah di antara perbualan kedua ibu bapanya.
Shamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah di lantai. Aiman tercegat.
"Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik. Kalau air tu tak tumpah tak sah!" Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.
Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman dipukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.
"Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!"
Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.
"Cukuplah pa. Papa dah hukum pun dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan. " Ujar Laila perlahan.
"Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana, pecah barang. Gila apa?" Omelnya kembali.
Shamizi meraut wajah. Bukan kepalang salahnya pada Aiman. Padanya anak itu tak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja yang kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan, malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka. ------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------
"Tak boleh ke kamu semua senyap? Dalam sehari ni boleh tak diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni." Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang. Malangnya tak lama kemudian kedengaran bunyi tingkap kaca pecah. "Celaka betul!" Sumpahnya sambil menghempaskan akhbar ke meja. "Abang!" "Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam tak siuman!" Getusnya kasar.
Akhirnya tingkap yang pecah kembali diganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tak ada lagi cerita Amirul di Tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.
Shamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anak.
"Pak Ngah, Eddie nak balik!" Shamizi terpana. Dia mengangguk.
"Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Cari pengganti." Alangkah mudahnya.
Kalaulah dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila. Laila tak ada yang kurang cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka Laila tak pernah meminta lebih daripada apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B, walaupun dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik daripada A.
"Laila..."
"Papa nak ke mana hensem-hensem gini?" Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat. " Wangi-wangi lagi. Dating ye?"
"Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff." Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.
"Ikut boleh?"
"Dia tak ajak family. Staff only!" Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ni dia akan pergi ke jamuan tu dengan Helmi. Helmi akan turut menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.
"Dalam setahun papa selalu ke jamuan office tapi tak pernah pun bawak kami."
"Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam. Lari sana sini, panjat itu ini. "
"Papa pesanlah..."
"Nantilah besar sikit." Dalihnya.
"Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun."
"Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je,"
Laila terdiam. "Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki."
"Saya pergi kejap je. Lepas tu terus balik." "Mama tanya sikit boleh?" Dia mengangguk "Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?"
Mereka dia tinggalkan di rumah. Di jamuan tu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Shamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.
"Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik," ujar Mr. Kwai, tuan rumah.
Shamizi sedikit mengakui kebenaran kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran. Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang mengata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya, Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya. Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.
"Kalau tak suka pulangkan!" Kata-kata itu semakin keras di fikirannya. Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri. Kepala kedua-duanya dilagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian. "Kamu semua ni..kalau macam ni daripada ada elok tak ada. Menyusahkan! " Laila merenungnya dalam... Matanya berkaca dan anak-anak ke sekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Shamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadapi sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak diambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa... "Kalau tak suka pulangkan".
Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit di rumpun bunga.
Selaut rindu mula menghambat pantai hatinya. Laila.
Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita kehilangannya.
Laila terus tak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi...
Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah. Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun di pandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan. ..
~ Belajarlah hargai apa yang kita ada sekarang - isteri, suami, dan anak-anak..
~ Bersabarlah dengan ujian perangai dan kerenah anak-anak
~ Jangan terlalu garang dengan anak-anak. Berpada2 lah. Baik sangat pun tak boleh jugak
~ Sayangilah keluarga anda. Hari-hari yang pernah kita lalui dalam rumahtangga ini adalah suatu kenangan.
"Berilah hatimu hanya untuk Allah, pasti Allah temukan padamu pemilik terbaik. Hamparkan masa mu seluasnya hanya untuk Allah, pasti Allah aturkan seluruh kehidupanmu sebaik-baiknya!"
Sekadar muhasabah, moga kita semua akan lebih bersyukur dengan apa yang kita ada...
Cerpen daripada email seorang sahabat....Tajuknya: Kalau Tak Suka Pulangkan... ..

Saturday, August 13, 2011
M = M.A.L.A.S
Penyakit 'M' menyerang...adoiii berapa lama nk jd virus dalam badan aku ni?
Pelissss, nyah ler ko penyakit 'M', biskut raya blm bikin satu hapa pun lg niii!!!
Lil eyin dh start jalan selangkah dua...chayok...chayok dik, raya nti nak pakai baju kurung sama ngan kakak...
Pelissss, nyah ler ko penyakit 'M', biskut raya blm bikin satu hapa pun lg niii!!!
Lil eyin dh start jalan selangkah dua...chayok...chayok dik, raya nti nak pakai baju kurung sama ngan kakak...
posted from Bloggeroid
Friday, August 12, 2011
Tak Mecing!!!!
Pagi tadi masa tunggu kolik aku nak ke ofis aku terpandang mak cik India ngan mak cik cina jalan sama2...
Kepala aku terus pikir, melayu ngan cina ok, melayu ngan India ok, tapi cina ngan India macqm tak masuk....kahhkahhhkahh...
Eh, ke aku je yang rasa mcm tu?

Thursday, August 11, 2011
Kok Mahal Sangat????
Semalam singgah pasar beli ikan ngan udang. Ikan kembong sederhana besar 4 ekor, udang beberapa belas ekor, kok harganya mencecah rm16 beberapa sen??? Apa yang mahal neh? Ikan ke udang? Aku lupa nk tengok masa org tu Kira kt mesin kira dia, tgk2 dah total harga rm16 plus2... Terkasima ahkak kejap, tapi redo je lah keluarkan duit bayar dgn tangan gigil2...
Blacklist kedai ni!!! Kejadian adalah di puchong perdana...
Eh, ke logik harga tuh? Aku bajet rm10 jer...ikan kembong pun mata dh merah, udang pun dh lembik...benci ah!

Chef in da House!!!
Tajuk tak boleh blah...hahaha...redo saja lah!!
Dah 11 hari berpuasa rupa2nya...hari tu gigih aku buat n3 puasa day 1, puasa day 2 bagai, last2 stop sebab pertama malas, kedua asyik tayang makanan yang sama, ketiga aku rasa lambat plak masa berlalu kalau hari2 kira...ngehngehngeh...
Hari ni aku cuti lagi. Maka apabila aku cuti adalah hari untuk aku masak bertungkus lumus di dapur. Jadinya hari ni aku akan tayang makanan lagi lah...tapi ini hasil air tangan aku la, dengan kerjasama Mrhtc aku maka terhidanglah gambar di bawah ni.
Aku cerita dari atas, ya...tu ialah udang perap ngan garam, kunyit dan serbuk kari. Pastu aku goreng letak cendawan butang, karot dan bawang besar...rasaaa??? tak tahu, belum rasa...muahahaha...
Gambar kedua tu asam pedas ikan kembong. itu aku seorang je makan tu, MrCho konfem tak makan. Eh, kuah je banyak tu, aku buat sekor je ikan kembong sederhana besar....
Gambar ketiga tu pula telur kukus. Haaaa, ini kategori chinese food ni. Harap2 MrCho suka la nanti. Dulu dia pernah ajar aku buat telur kukus ni tapi tak jadi. Aku pun takut nak buat takut tak jadi juga. Tadi belek2 buku resipi, jumpa resipi ni. Terus aku buat tapi versi derhaka la. Bahan tak cukup aku buh mana ada kat dapur...neves ni tunggu MrCho makan berbuka nanti...hakhakhak...
Last sekali adalah desert. kategori chinese food jugak! sagu mai nama manja dia...pun tak tahu macam mana rasanya...daun pandan takdok, jadi aroma dia kureng! belasah!!
Ada lagi aku tak snap, iaitu sup sayur ngan ikan goreng utk si bujang...
Itulah kejadian masak2 aku hari ni. Lain2 sepanjang hari ni aku melayan si bujang saja. Kain belum berlipat, malas!

Wednesday, August 10, 2011
Tuesday, August 9, 2011
Penat-Malas
Malasnya nak update belog hari ni. Aku penat lorr, td blk lambat akibatnya hari ni berbuka kat luar...
Tak best, berbuka kt rumah lg sedap wpun makanan simple...
Hari ni MrCho ambik aku kt ofis. Kawan yg aku tumpang tu halfday, terpaksa la aku paksa MrCho balik awal. Awal pun 6.45 bru smpai ofis aku...ambik abg cun2 waktu berbuka...
Aku penat, kesannya aku malas. Hari ni puasa sgt lapar...haihhh...

Monday, August 8, 2011
Penat
Malam ni aku penat, malas nak update belog...malas nak buat laporan puasa day 8...dh start malas dah ni.
Tapi percayalah, hari ni aku sangat penat...
Pagi tadi miting. Miting biasa2, bos suka bg motivasi kt staff. Aku suka miting time dia good mood sebab dia punya motivasi macam aku rasa nak angkat tangan, "bos, kita stop miting, i dah berkobar2 nak produktif bekerja ni..." Betul, bos aku mmg good bg motivasi kt staff...meh la kerja tempat aku!
Hari ni pun sama, semangat2 aku nak bekerja. Bos minta staff bagi 10% xtra terhadap kerja, tapi aku terlajak bagi 30% xtra...muahahaa, macam mana ni. Oleh sebab terlebih % la aku jadi penat hari ni....
Cittt, hari ni tak hujan pun jalan jem juga taim balik kerja!!
Dah la, aku dah penat sangat ni, taip pun main seret2 tangan tekan kibod. Terima kasih korang kerana baca cerita tak ada tujuan aku ni....

Sunday, August 7, 2011
Tiada yang Sempurna
Kadang2 apa yang mahu kita buat kita tak boleh buat. Okay la, aku tukar 'kita' kepada 'aku' sebab aku yang mengalaminya. Orang lain mungkin boleh saja buat apa yang dia nak buat. Selalu sangat aku nak buat sesuatu tapi aku terpaksa pikirkan orang lain, terpaksa jaga pula perasaan orang lain agar ada hati yang tidak terluka...ahakssss...
Contohnya..ni aku bagi contoh yang simple, ya supaya senang paham, katalah aku nak makan tomyam tapi MrCho tak suka makan tomyam, dia suka makan sup (sup tulang @ sup perut tetap dia tak suka, okeh!), jadinya aku terpaksa la ikut dia makan sup sebab kasihan plak dia makan nasi tak berkuah. Nak order@buat dua2 membazir pulak makan tak habis...jadinya kempunan la aku nak makan tomyam. Kalau makan kat luar dan aku order tomyam tak ada lah sampai dia terluka. Cumanya dia tak makan la tomyam tu, dan aku seorang mana habis dan bila tak habis aku kena bebel...sentap!! Jadi untuk mengharmonikan keadaan, aku mengalah dan order la sup setiap kali makan sebab aku boleh je makan sup. Tapi kalau itu je selalu, buhsannn le jugak! Ni aku rujuk lauk utama, ya. Tapi demi tittle isteri mithali, aku ikhlaskan jua...
Eh, ni dah kira merungut, aci ke aku kata aku ikhlaskan jua? heh..heh..heh...betul papa...takpe, i tak kisah pun sebenarnya makan apa. i tulis ni sebab i tak tahu nak tulis apa.
Cakap pasal makan ni, aku ngan MrCho memang berbeza bab2 makan. Tapi aku tahu dia pun memaksa diri makan makanan aku. Bagusnya dia jenis tak memilih sangat bab2 makan kecuali yang pedas. Kalau masak, dan aku masak makanan kegemaran aku yang kampung habis la kiranya, aku mesti masakkan dia satu kegemaran dia. Adil la,kan??
Aku tak tahu apa dah aku membebel ni...dah jauh sesat dah rasanya. okay la, stop la cerita bab makan. Poin lain tp tercerita juga pasal makan. haihhhh...
Satu lagi tentang kesilapan dalam membuat keputusan. Korang pun tentu pernah silap buat keputusan, kan? tak ada orang perfect, kan. setiap orang ada buat salah. Aku pernah, kerap kali sebenarnya...nak menyesal pun tak ada guna cuma mampu berdoa saja kerana aku percaya tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan.
Nak contoh? haahaaa, contohnya macam ni, aku nak beli baju. Ada dua baju, satu kaler hijau size L, satu lagi kaler merah size S. Oleh sebab aku suka merah, aku ambik merah walaupun dia size s tapi aku rasa muat je kat badan aku. Balik rumah baju size s langsung tak boleh masuk. Malangnya baju ni bila dah beli tak boleh tukar balik. Sudahnya aku menyesal kerana tak ambil size L yang sah2 muat cantik terletak je bila pakai. Haaaa, kang aku dah salah buat keputusan! last2 baju size s aku baling masuk gobok, nak bagi orang aku kedekut! muahaahaa...buleh dak aku bagi contoh macam tu? buleh la..buleh laa...
Aku berdua je ngan abang kat umah ni, MrCho kena kerja plak hari ni! Aku buhsaaannnnn ni tak ada apa nak buat. Dah masuk hari ketiga terkurung dalam rumah, korang bolehh??? aku bolehhh...sob!
Rumah dah kemas, vacum, mop bagai, kain dah cuci, dah jemur. Nak masak awal lagi...jadi, jom kita membuta kejap.....muahahaha...

Puasa Day 6
Wah, 3 n3 aku hari ni...tamak! Ah, pedulik aku, dah aku rajin ada idea anak tak kacau maka aku memblog la...MrCho layan cinemax citer pontianak, aku tak minat....hohh!!
Puasa hari ke6 dah hari ni..
Location: Rumah
Ptg tadi aku janji nak uar2kan apa jadi pada makhluk2 dalam esbok aku...ngegeee, akhirnya lala aku masak lak chi (laaa sangat, sebenarnya nama aku bagi, tak tau sama ke tak resipi dia..hahaha), bawal goreng sos tomyam, ayam goreng bodo. Ada tambahan iaitu sayur lemak sawi+kobis. Mari kita menengok gambar makanan aku.
Keseluruhan menu aku malam tadi - lala, sayur lemak sawi+kobis, ayam goreng bodo, bawal, kangkung malam semalam.
n3 ni aku taip kul 11 lebih, tapi kerana ada gangguan, jadilah ia meleret ke pukul 12 lebih, maka dikira hari lain...huhahuha...belasah!
Sepanjang 6 hari puasa ni aku asyik cerita pasal makanan je...boring, kan...korang tak boring? aku boring ni...tapi apa la sangat aku nak cerita kalau bukan pasal makan dan masak. hidup aku hari2 saat bangun pagi hingga saat lelapkan mata, itu lah saja, pergi kerja, balik kerja, singgah pasar juadah, balik masak nasi, duduk tengok tv sambil layan si bujang aku, makan...esok ulang balik benda sama..huhhh, boring!
Kang aku buat n3 ilmiah kang tak ada orang nak baca plak! muahahaha....
Esok (ahad) MrCho kena kerja...sangat tak suka! sob! Maka 3 hari aku ngan abang terkurung dalam rumah.

Bawal goreng sos tomyam
ikan bawal (aku buat separuh ikan bawal sbb besar sgt)
5 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci halia (agak2)
daun limau purut
serai
sos cili
pes tomyam
garam secukup rasa
minyak, air
tomato
Ikan bawal yg telah dilumur garam kunyit digoreng terlebih dahulu hingga garing. Ketepikan.
Bawang putih, bawang merah, halia cincang halus, tumis hingga naik bau. Masukkan sos cili, kacau, masukkan sedikit air. Biarkan sebentar. Masukkan daun limau purut dan serai yg telah diketuk. Masukkan pula pes tomyam, tomato. Kacau hingga mendidih. Masukkan garam secukup rasa. Biarkan sebentar hingga masak, kemudian tuang ke atas ikan yang telah digoreng tadi. siap!
Lala lak chi versi aku
lala - rendam supaya pasir2 keluar kdian cuci bersih
5 ulas bawang putih - cincang halus
1 inci halia - cincang halus
cili padi - potong kecik2 (ikut suka)
sos tiram
sos cili
cili boh
sos ikan
garam, gula, sedikit air
Tumis bawang, halia cili potong hingga naik bau. Masukkan cili boh, kacau sebentar.Masukkan sos tiram, sos cili dan sedikit air. Kacau sekejap, masukkan garam, gula. Kacau dan biarkan mendidih. Masukkan lala. Balik2kan lala hingga semua lala diresapi kuah tadi. Tutup kuali sebentar. Biarkan sekejap. Tutup api. Siap!
Keseluruhan menu aku malam tadi - lala, sayur lemak sawi+kobis, ayam goreng bodo, bawal, kangkung malam semalam.
n3 ni aku taip kul 11 lebih, tapi kerana ada gangguan, jadilah ia meleret ke pukul 12 lebih, maka dikira hari lain...huhahuha...belasah!
Sepanjang 6 hari puasa ni aku asyik cerita pasal makanan je...boring, kan...korang tak boring? aku boring ni...tapi apa la sangat aku nak cerita kalau bukan pasal makan dan masak. hidup aku hari2 saat bangun pagi hingga saat lelapkan mata, itu lah saja, pergi kerja, balik kerja, singgah pasar juadah, balik masak nasi, duduk tengok tv sambil layan si bujang aku, makan...esok ulang balik benda sama..huhhh, boring!
Kang aku buat n3 ilmiah kang tak ada orang nak baca plak! muahahaha....
Esok (ahad) MrCho kena kerja...sangat tak suka! sob! Maka 3 hari aku ngan abang terkurung dalam rumah.
Saturday, August 6, 2011
Mari Kita Masak untuk Buka Pose
Aku tengah nak cari resipi untuk masak berbuka petang ni. Sebelum tu aku nak update blog dulu! ngegeeee...
Kat esbok aku ada lala, ikan bawal dan ayam. Apa aku nak bikin dgn makhluk tu, ekk????
Oh, ya! semalam MrCho balik keje, siap bawa balik lauk2 mentah tu...
Hari ni tak payah buat kuih muih, semalam punya ada lagi. Aku sorang je makan, so kita belasah saja puding karamel semalam tuh!
Pagi tadi nyaris2 terlepas sahur lagi sekali...eh, alarm Mrhtc aku tak berbunyi ke pagi tadi? Aku terjaga kul 5.26, kalut2 bangun. Maka apa je yang sempat aku buat. Mula2 ingat nak masak mee utk MrCho tapi macam tak sempat je...aku ni kalau gelabah mula tak tahu nak mula kat mana..ambik periuk, eh letak balik sebab rasa macam ambik masa plk nak masak mee, simple je padahal masak mee utk MrCho. Panaskan air, masukkan mee , biarkan hingga lembut, buang air, gaul mee dgn perencah, itu je pon...tapi sebab gelabah aku simpan balik periuk. Capai mug bancuh nescafe o utk MrCho, milo utk aku. potong 3 slices kek gulung. Itu je. Lari2 kejut MrCho..hahaha gelabah punya pasal, aku tak lalu pun makan kek gulung tu. Dan nasib baik selesai minum sebelum imsak! Ngeeee...
Eh, berbalik pada cerita asal, apa aku bikin dengan makhluk2 kat esbok aku ni? Lala tu macam nak masak lala lak chi, bawal tu aku nak masak bawal goreng sos tomyam (nama aku bagi sendiri - resipi cipta sendiri. Aku pernah buat ni, sedap gak. ayam tu aku goreng je kot, abg suka gak ayam goreng.
Itu cadangan awal, jap lagi aku nak selongkar dapur2 blogger masak, mana tahu ada resipi lain blh aku cilok! hehehe...
okay, aku chow dulu nak cari resipi...malam nnt aku uar2kan apa jadi ngan makhluk2 tu, ya....hakhakhak...

Miss My Doters
Aku sangat rindu dua kanak2 ni....menghitung hari je nak balik ambik dua kenit ni...alhamdulillah, baik2 saja diaorang kat kampung. Lepas raya, rumah aku kembali bingit! hahaha...rindu..rindu...
Friday, August 5, 2011
Alamak Dah Subuh Laaa!!!
Adoii, macam mana ntah pagi tadi aku terjaga taim azan subuh. Kecewa sungguh. Aku okay je tak sahur, cuma kasihan MrCho. Kejut dia, terpisat-pisat bangun.
"Papa, sori, tertidur. Dah subuh, tak sempat sahur..." huhu, kata aku dengan rasa bersalah.
"Hah? Dah subuh?..hmmm, tak pe la...okay je...".
Sebenarnya jam aku bunyi kul 5, aku dah terjaga. Tapi ngantuk sangat, aku ingat nak pejam mata 5 minit, sekali hambikkk kooo...huhu pengajaran ni...seb baik MrCho okay je puasa hari ni...hehehe...

Puasa Day 5
Puasa hari ke-5
Location: Rumah
Jumaat dah hari ni, cepat sungguh. Jumaat pertama untuk ramadan tahun ini...alhamdulillah..
Hari ni aku cuti, misi habiskan sisa cuti yg masih ada beberapa hari lagi.
Maka di rumah la aku hari ngan si bujang aku ni...
Aaaaaa, sedih wooo, buka2 esbok tak ada apa pun nak masak, maksud aku ikan atau ayam. Nak keluar beli jauh plak. Nasib baik sayur semalam ada berbaki lagi - kangkung aku sengaja beli sebab aku suka kangkung buat ulam cicah sambal...sedap wooo kangkung mentah cicah sambal. Rangup2 gitu...cerita pasal kangkung ni, ada yang tak lalu makan kangkung. Aku tahu, mesti sebab lintah dalam batang kangkung, kan? Aku, kangkung ambik hujung2 bahagian pucuk je kalau buat ulam. Ishh, tak nak cerita pasal lintah dalam batang kangkung la, kang hilang satu lg nikmat makan aku!
Lama aku termenung depan esbok, last2 nampak telur. Pikir2 sambil seru selera makan, aku rasa nak buat telur masak lemak kuning. MrCho konpem tak makan, ah, biar! Dia punya aku fikir lain. Sup sayur semalam ada lagi, boleh la dia makan ngan ikan masin dan telur padi ayam dia tu. Korang tahu telur padi ayam (nama pada pembalut telur tulis macam tu)? Aku pun tak pernah tengok sebelum ni. Kata MrCho, itu telur jeruk versi cina tapi tak masin. Ntah betul ke tak dia tu. Telur tu ada je jual kat pasaraya.
Hehe, settle pasal nak masak apa. Pastu aku dok tengok2 blog orang nampak pulak puding karamel. Macam sedap je. Datang plak idea nak buat tuh...tengok bahan semua ada...ok, on!
Tengok jam baru kul 3, awal lagi. Jadi aku apa lagi, golek2 kat sofa hingga terlelap. Terkejut bila abg kejut tunjuk bibir dia berdarah..kul 4 lebih.
Kul 5 bermulalah operasi juadah berbuka aku. Memula bikin puding karamel dulu, pastu baru la masak telur ngan goreng kangkung. Masak nasi, siapppp...simple saja juadahnya...
uwaaaa....inilah hasilnya. kecewa, kan? sebenarnya dah cun dah tapi masa aku nak alih ke dalam pinggang entah macam mana puding aku patah...huhuhu. walaupun hancur macam tu rasa dia tetap uummpphhh!! muahahaha....silalah percaya...
Dulu aku pernah buat sekali. Ada aku tayangkan kat sini. tapi yang tu aku letak roti. yang ni tak.
Ni plak lauk pauk simple aku - telur lemak kuning, kangkung belacan, sambal mangga semalam, sambal bilis semalam. Telur padi ayam lupa nak snap. Eh, gambar kedua atas tu bukan lauk pauk ya! itu kebab semalam ngan puding tadi & air oren. Aku seorang makan untuk berbuka. Oh, ya aku berbuka setiap hari sorang2 jek...MrCho kul 8 baru sampai rumah. Dia balik terus makan nasi.
Panjang plak cerita aku malam ni. Cukup la dulu. MrCho sorang2 tengok tv, kang dia kata aku abaikan dia plak! muahaha...pc dia dah kena konker si bujang kami!
Korang dah settle ke baju raya semua? Aku belum lagi. Ahad ni MrCho kerja pulak. Nangisss...

Gambar: Google

Bahan2 sedia ada untuk puding karamel aku - susu cair, telur, gula, esen vanila dan perisa tambahan white coffee 3 in 1
uwaaaa....inilah hasilnya. kecewa, kan? sebenarnya dah cun dah tapi masa aku nak alih ke dalam pinggang entah macam mana puding aku patah...huhuhu. walaupun hancur macam tu rasa dia tetap uummpphhh!! muahahaha....silalah percaya...
Dulu aku pernah buat sekali. Ada aku tayangkan kat sini. tapi yang tu aku letak roti. yang ni tak.
Ni plak lauk pauk simple aku - telur lemak kuning, kangkung belacan, sambal mangga semalam, sambal bilis semalam. Telur padi ayam lupa nak snap. Eh, gambar kedua atas tu bukan lauk pauk ya! itu kebab semalam ngan puding tadi & air oren. Aku seorang makan untuk berbuka. Oh, ya aku berbuka setiap hari sorang2 jek...MrCho kul 8 baru sampai rumah. Dia balik terus makan nasi.
Panjang plak cerita aku malam ni. Cukup la dulu. MrCho sorang2 tengok tv, kang dia kata aku abaikan dia plak! muahaha...pc dia dah kena konker si bujang kami!
Korang dah settle ke baju raya semua? Aku belum lagi. Ahad ni MrCho kerja pulak. Nangisss...
Thursday, August 4, 2011
Puasa Day 4
Puasa pada hari ke-4..
Location: Pasar Juadah Puchong Perdana
Hari ni sepanjang hari mendung dan ujan je, kan...di kl dan sekitar la, tempat lain tak tahu plak..
Bila hujan dan mendung macam ni ada baik buruknya pada aku la...baiknyanya, tak rasa lapar atau haus langsung, sedar2 eh, dh nk balik sambil tgk jam komputer kul 5..
Tapi yang tak baiknya jalan akan jemmmmm teruk, makanya aku sampai lambat, nak membeli lagi. Pulak tu aku jenis bangsa yg tak suka bawa payung. Jadinya petang ni aku berhujan la lite lite...
Pas ambik abg, aku nk ambik teksi je, tapi nasib baik adik pengasuh tu nk hantar kami balik...hehehe, makasih maksu!
Hari ni sikit je aku beli kat pasar tu, malas nak round sbb hujan, dh lambat dan makanan kureng enak dowh...
Ikan percik sekor, buah melaka 5 biji, laksam...
Hehe, itu aje aku beli ptg ni. Otw ambik abg aku singgah pasar segar, beli sayur...hoho, baik aku bikin sup sayur sendirik!
Dh nak berbuka...selamat berbuka kamu2 semua, ya...alhamdulillah hari ke4 sudah...
update: lupa, ada satu lagi..kebab daging (tak makan pun lagi, masuk esbok!)

Wednesday, August 3, 2011
Puasa Day 3
Puasa hari ketiga...
Location: Pasar juadah puchong perdana
Hari ni jem agak heavy la wei, huhu lambat aku hari ni. Gesa2 beli juadah.
Haha, hari ni aku berjaya beli ayam golek..hoho, tak sabar nak ngap nih...tapikan, terkedu, terkelu aku dgn harganya. Ingat2 aku dulu sekor ayam golek dlm rm9-10 je, sekarang aka tadi, sebelah ayam golek yg aku beli rm10!!! Haaa, hambekkk ko!
Okay la aku nak tayang hasil aku tadi ni...
Ayam golek sebelah, mihun sup untuk aku, paprik campur. Itu je hari ni...nafsu makan belum mari.
Eh, ayam golek tu apa, izza? Bukan nafsu ke? Muahaha...tak2 itu keinginan tu, tak sama ngan nafsu..haih, apa2 laa...
Hari ni mcm nak hujan masa ambik abg, so aku ambik teksi balik. Kang jalan kaki kan tetiba hujan, sian anak bujang aku...teksi pun mahal, sejengkal tu pun rm6!!! Apa laa..
Okay la, selamat berbuka semua..hakkhakkhakk...

Tuesday, August 2, 2011
Puasa Day 2
Puasa hari kedua...
Location: Pasar Juadah Puchong Perdana
Jalan agak jem jadi sampai agak lewat dari hari biasa...huhuhu, tapi sempat juga aku ke pasar juadah...
Hari ni sempat survey juadah2 kat pasar tempat aku ni...jeng jjeng jjjeenngg jeng, aku nampak ayam golek sedang tergolek2 di atas pemanggang...hahaha, nanti ko ayam golek, tak esok, lusa dapat la aku bawa ko balik ke rumah! Tadi pergi ngan kawan, tak syok plak aku nak membeli beria...hehehe
Ni juadah aku untuk hari ni, simple sajork! Ni gaya2 membeli belum ikut nafsu ni...."insaf la weiii, membazir beli banyak2", kata hati nuraniku yang kudus....ok, baik la...
Sup tulang untuk kami, kari ikan aye untuk aku dan abang, pajeri terung untuk MrCho, laksam untuk aku, otak2 untuk MrCho.
Nasi dan sayur masak sendiri...beshhh!
Dah nak azan, selamat berbuka korang semua dengan juadah masing2..hehe
update: n3 ni berjaya di publish pada pukul 9.15pm..huhu, apa masalah ntah Mrhtc aku tuh, hari ni mogok plak, tak mau publish n3 aku!

Monday, August 1, 2011
Puasa Day 1
Puasa hari pertama, agak menguji mental waktu petang. Cerita penuh nanti malam ler...
Location: Pasar juadah bandar kinrara
Ni sementara tggu waktu berbuka, 7.30 aku upload dulu juadah berbuka aku ptg ni yg sempat aku rembat di pasar juadah...
2 bungkus nasi kerabu, kuih apa x tahu utk MrCho, kuih kemboja kalau x silap aku, untuk aku, bubur kacang untuk aku juga dan sambal kerang...
Air oren sunquick bancuh sendiri kt rumah..

Subscribe to:
Posts (Atom)