Tuesday, May 31, 2011

Betul ke Aku Berani????

Hoh, lega!! Settle masalah...nyaris aku mengamuk2..(kunun je la nk mengamuk!). Tapi tu la, tadi x terkontrol perasaan tu...

Begini, aku kan nak balik kampung...dah plan lamaaaaaaaaa dah ngan MrCho. Dan dia pun dah sebulan rasa aku apply cuti. Maklum le orang utama kena standby awal kalau nak cuti lebih 1 hari...aku pun dah apply cuti minggu lepas, dah lepas pun cuti aku...aku (kami) dah lama benar tak balik kampung, last balik hari tu masa CNY, jadi sekarang aku amat tidak sabar nak balik, dah terbayang2 rupa ma dan abah aku doh! Walaupun balik kali ni aku bakal meninggalkan cinonet3 aku selama sebulan kat kg (sedih di sini) tapi aku tetap tak sabar nak balik....

Tapiiii, tetiba tadi MrCho sms aku katanya bos dia tak approved cuti dia, dapat 1 hari je...aku apa lagi terus berapi, berangin, bergas segala...frust ko...kata MrCho dia dapat cuti isnin je, maknanya jumaat dia kena keje, maknanya lagi sabtu baru balik...mana boleh, kepala aku dah set jumaat balik, sabtu kazen aku kawin. Meroyan aku kejap ngan bos MrCho..hahaha, bengong aku! Siap ugut MrCho nak call bos dia, nak gaduh ngan bos dia...kahkahkah...izza..izza...

Yang aku hangin, MrCho sgt komited ngan kerja dia, tapi bos dia ni macam pentingkan diri je...seingat aku MrCho cuti lebih dari 1 hari masa aku bersalinkan lil Eyin. Lepas tu ni baru MrCho minta cuti, dua hari je pon! Sabtu ahad tak kira sebab memang dah cuti...Sebagai orang, pikir la logik sikit..haihhh, tak tahu dah aku nak cakap apa...mati ler macam ni kerja susah nak cuti. Terabai kami anak beranak tauu!

To Mr.D****, i tau u tak pandai handle kastemer kalo MrCho tak ada, kan? kan? dan2 u takut dua hari MrCho tak ada, konpem bisnes tak jalan, kan? kan?

Lepas aku mengamuk2 sms ngan MrCho, tetiba MrCho bagitahu bigboss dari Korea dah approved cuti dia..alhamdulillah. Bigboss siap bagi angpau utk holiday lagi...see..see, Mr.D****....

Membazir je air mata aku keluar tadi dek kerana frust!

Aku Sangat Kecewa Dengan Berita Tadi!!

Aku rasa sangat kecewa...hampa sungguh kala ini.
Kamu rasa apa harus aku buat?










No mood>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>semua dah ke laut!!!

Air mata, tolong jangan keluar.....

Monday, May 30, 2011

Anniversary

Wahhh, hari ni berjalan2 ke 'rumah' sahabat handai dan di fb, banyak benar yang ber'anniversary'! Alhamdulillah, semoga dipanjangkan jodoh semuanya...aminn..

Sambil2 tu aku terpikir pula, kenapakah? Macam berpakat2 pulak. Eh, apa taknya, kan time bulan 5, bulan 6 tu kan cuti sekolah, banyak la orang kawin...macam meriah je bulan tu dengan wedding..hikhikhik..ada yang sambut anniversary ke2, ada yang ke3, ada yang ke5, ke6, ke9 dan ke..ke..lagi la...
Zaman mak2 kita dulu tak ada pun nak beranniversary bagai..mak aku ler..Cu tanya bila tarikh kawin, mesti tak ingatnya....

Zaman sekarang semua nak jd anniversary, hari kenal, hari declare, hari tunang, hari kawin, hariiii....eh, aku bukan kata orang, aku merefer diri sendiri...walaupun anniversary aku tak ler meriah mcm org lain, tapi ucapan ciput2 tu ada gak la....muahahaha...

Best je bila aku baca status kawan2 kat fb, yang tujukan anniversary kepada pasangan masing2...aku? aku malu la weyyy nak buat ucapan2 cinta ni...nak harapkan pasangan aku, lagi la..huhhhh! Bila aku baca status diaorg pun aku termalu2 seorg...bengong! aku ler...

Jadi, sempena tajuk n3 aku petang ni, aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut anniversary kepada sahabat, rakan, kenalan dan sesiapa sahaja yang beranniversary pd bulan mei/jun ni...dengan ucapan semoga jodoh kalian berpanjangan hingga ke syurga...

syyyyy, korang semua, jangan lupa wish dan doakan aku juga, ya...hikhikhik...ANNIVERSARY AKU 3 JUN NANTI, YA...jangan lupa, tauuu...


Impian aku dah jadi kenyataan...nanti aku buat n3 lain, ya..khas untuk tu....:-)

Friday, May 27, 2011

Sunyi Sepi

Ofis hari ni sangat sunyi.
Ada yang cuti, ada yang ambik half day...
Yang tinggal beberapa kerat je....

Seorang tengah berkemas, next week cuti maternity 2 bulan...semua barang masuk kotak nanti senang org angkut ke ofis baru...

Nota kaki untuk bos: Bosss, bila nak balik ni, bos? Aku dah penat berpura2 ni....




*Baru dapat sms dari pengasuh, badan abang panas....aduh, lagi takleh buat keje aku ni....Call MrCho, katanya akan cuba balik awal....
Risau...risau...riasauuu..dah lama abang tak demam ni...tsk! tsk!

Thursday, May 26, 2011

Sabar Saja Laaaaa....

Aku ni sedang menunggu, dan perasaan aku kala ini adalah sangat tak sabar!
                                      
6428447421 - Detailed Report

Date Time Location Service Area Checkpoint Details



May 26, 2011   10:12   Szb - SZB   Processed for clearance - Szb - SZB
May 26, 2011   07:43   Szb - SZB   Clearance delay - Szb - SZB
May 26, 2011   02:01   Hhp - HHP   Clearance processing complete - Hhp - HHP
May 26, 2011   01:36   Szx - SZX   Departed from facility - Szx - SZX
May 26, 2011   01:29   Szx - SZX   Processed - Szx - SZX
May 25, 2011   21:54   Szx - SZX   Shipment picked up - Szx - SZX


Korang pernah tengok bendalah macam kat atas tu? Pernah? Ok, kalau korang pernah, korang tahu la apabendanya, kalau korang tak pernah tengok, nanti esok2 aku cerita...sekarang tak boleh...ajal maut di tangan Tuhan, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan...maafkan aku, heh!
(Hoi, izza, blah la lu, orang dah biasa laa dgn benda macam tu, ko je yang baru jumpa!! Ok2, aku mengaku aku baru 1st time kenal benda macam ni...)...hehhehheh...

Satu lagi aku tak sabar ialah, minggu depan aku cuti nak balik kampung...balik kampung adalah perkara yang aku tak sabar, tapi aku balik kali ni aku kena tinggalkan busyuk3 aku tiga orang tu kat sana sebulan...lama tuu...waaaaaaaaaa....Jangan la kutuk gua kerana tinggalkan anak3 pada orang tua, gua terpaksa, weiiii...TERPAKSA....Now, aku dah start beritahu diaorg yang aku akan hantar diaorg ke kampung. Abang ngan kakak nakkkk je, aku bila aku tanya nak duk ngan tok ma tak? Lil Eyin, kelip2 pandang aku, tak paham apa! Oh, tak sabar nak ambik diaorang bulan 7 nanti....

Eh, kenapa nak hantar diaorg ke kampung? huhu, begini, pengasuh diaorang ni nak buat majlis walimatul urus anak sulung dia. Jadinya dia minta cuti, sebab banyak benda nak uruskan, nak renovate rumah bagai, dan amatlah tak sesuai bila ada budak2...aku pun faham tentang tu. Nak buat kenduri bukan sehari dua, berbulan2 dah kena start dah! Betul tak??? Kenduri pengasuh tu 25 Jun, sekarang pun kakak tu dah sibuk ke sana sini menjemput....

Dannn, tak sabar juga nak pindah ofis baru....ya, ofis aku bakal berpindah ke bangunan sendiri...ikut perancangannya Julai. Aku mahu mulakan sesuatu yang baru di sini.

Semalam aku emo pasal kes bapa terlupa dan tinggal anak dalam kereta hingga kanak2 tersebut meninggal. Aku emo pasal diaorg kata bapa kanak2 tersebut akan didakwa kerana kecuaiannya hingga menyebabkan kematian. Aku tak setuju kerana....ah, malas juga nak tulis sebab nanti aku emo lagi dan n3 akan berjela2 panjang! Nak tahu cerita, korang baca blog ni (aku suka baca blog brader ni) dan aku ada komen kat situ...pasal terlalu emo sampai aku pun mengomen kat situ...haihhh..

Ok la, aku choww dulu, nak ngemas, kang MrCho sampai aku terhegeh2...tatap la gambar di bawah ni sebab aku tatau nak letak gambar apa....ni gambar ala2 versi tak stabil ketika aku ngan cik beNaNa...kahkahkah..

Wednesday, May 25, 2011

Aku Rabun Aiii Tiiiii........

Kenapa ekk, bila aku buka blog aku guna IE tak boleh dia keluar ni >>>>>>

why??why???why????

Bila buka guna firefox punnnn samaaa tak boleh>>>>>



Haihhhh, seb baik aku install safari hari tu, cuba buka ngan safari boleh pulakkk....apasal ekk dua2 kat atas tak boleh. Aku ni rabun IT...ke semua orang x boleh? Ke aku je??? Kalau aku je, apa masalah pc aku ni???


Ni sesaja nak bagi meriah sket suasana blog aku yang malap nih, aku buh gambar kejadian pagi semalam ngan malam tadi...:))



 Ni MrCho makan malam tadi....cikencop>>> dia makan sorang tak pelawa aku..hampeh!


 Dua kanak2 perempuan aku yang comot dan serabai baru bangun tido....tunggu aku bersiap pagi semalam

 Sup perut aku makan malam tadi...

 Sambal belacan

 Eh, anak2 dara aku lagi!

 Nasi aku - tak habis pun aku makan

 Paprik ayam- tak rasa paprik pun! Aku mintak paprik campur sebenarnya....reda..

Tuesday, May 24, 2011

Sedang Sibuk Bekerja

Sedang menarah bukit....

Fokus...fokus...fokus....


Gambar: Google

kahkahkahkah...

Monday, May 23, 2011

Kek Selepas Hujan

Petang semalam, kala aku duduk2 melepaskan lelah tetiba abang aka anak bujang aku tanya.
  
    Mama, hari ni tak buat kek, ke?
   Abang nak makan kek, ke?
   Nakkkk....

Maka aku tak sampai hati nak menghampakan permintaan kanak2 susah makan ni, lalu bergegas la ke dapur...dan ini la hasilnya....(sila jangan gelak, walaupun buruk tapi rasanya, korang tak rasa, mana korang tahu....muahahaha..)

                                                   kahkahkah...ni ler rhuper kek selepas hujan


Haaaa....korang tengok, pemakannya...sampai pejam2 mata menikmati keenakannya....

Sila abaikan jejaka sheksi tersebut, dia tiada kena mengena dengan cerita kek di atas....

Dannn, tukang request kek, tertidur hingga pagi selepas makan sepotong kek...

Sunday, May 22, 2011

Sakit

Dah bertahun tak rasa sakit tekak, bgn2 pg tadi peritnya rasa tekak bila telan air liur...semalam panas, tekak asyik haus aku bantai 2 gelas coke...mungkin sebab tu tekak ni perit2...

Eh, sakitnya rasa mcm lain mcm je..bila telan makanan je sakit rasa sampai telinga..huhu, hilang nikmat makan.

Harap2 cpt la baiknya...

Friday, May 20, 2011

Peristiwa Memanaskan Badan


Ni cerita malam tadi punya hal…kelakar pun ada…masa MrCho ambik aku kat ofis, hujan sampailah masa g ambik anak3, hujan masih lagi tapi tak ada la lebat, tapi kalau ko berdiri kat luar tu tanpa payung, basah la juga. Jadi, MrCho cadangkan beli mekdi je la utk makan malam ni sebab leceh la hujan2 nak bawa anak segala. Huhu, punah harapan aku sebab sebelum tu aku dah bayangkan ikan bawal sweet sour! Tak pe la, lenkali….

Ok, drive thru le kami untuk dinner malam tadi….MrCho tanya aku nak makan apa, aku geleng je sebab aku tekak melayu sejati, tak leh terima fast2 ni…dalam kepala dh plan nak beli bihun sup kat depan tu, tak sedap pun tak pe daripada aku makan berger mekdi tu…MrCho order la melalui mesin tu (sori, aku tak tahu nak panggil apa tempat order mekdi yg drive thru). Suara perempuan yg ambik order, tersekat2 suara dia…MrCho ternampak gelas, alaaa yang mekdi sekarang promosi gelas yg macam tin air coke tu…MrCho tanya, dan suara order tu tanya nak ke, MrCho jawab ok…so siap order yg lain2 kami ke tingkap depan bayar dank e tingkap seterusnya ambik makanan…settle…tetiba aku tanya MrCho, mana gelas tadi? Eh, tak ada ke? aku selongkar2 dalam paper bag tu, tak ada…MrCho patah balik ke tingkap ambik makanan tu, tanya gelas dia, then jawab budak yang ambik order tadi, encik, kalau nak gelas kena tambah aiskrim…aku pun buat muka ??????? Korang faham tak?

Meh aku terangkan, dah tadi masa order, MrCho tanya pasal gelas tu dia kata valid lagi, boleh beli then dia tanya nak ke…MrCho pun dah kata nak. Dia pun tak cakap masa tu kalau nak gelas kena tambah aiskrim, tapi ko faham la kan, kalau dah orang nak gelas tu dan ko pakejkan gelas tu bersama2 aiskrim so otometik la aiskrim pun nak…takkan la MrCho nak cakap, OK KAMI NAK GELAS BERSAMA2 AISKRIM YANG PIHAK TUAN SEDIAKAN (aku nak tergelak pulak)…lain la kalau gelas ko jual tak pakej….lembap kan???

Ni le gelas yang aku maksudkan...itu dinner MrCho malam tadi (belah kiri) tapi sebab tak order aiskrim dia tu, x dpt la gelas free tu....Eh, tapi gambar kat atas tu bukan aku punya, aku dapat drp Encik Google...terima kasih Encik Google kerana tak macam budak mekdi yang ambik order aku malam tadi!

Aku kat sebelah dah standby MrCho nak mengamuk ke apa dgn budak mekdi tu tapi seb baik, dia cakap, hmmm tak pe la macam tu, then kami blah…seb baik gelas tu tak la dia hingin sangat macam gelas masa world cup dulu. Tiap2 minggu g mekdi semata2 nak gelas tu…dh cukup 6 warna kalau tak silap, tak guna pun gelas2 tu elok je berabuk kt almari…Lepas tu aku gelak tak ingat mengenangkan nasib diri….Aku tak jadi beli bihun sup sebab aku ternampak nasi kukus ayam goreng, so itu le dinner aku malam tadi….

Ni plak kejadian pagi tadi, pasal cari makan jugak! Semalam aku beli nasi kerabu kt kakak ni, alaa yang buka gerai utk pagi je tepi jalan tu…sebelum ni pun dah biasa beli, dah kenal pun. Pagi semalam, MrCho yang keluar kereta g beli, diorang sembang2…lepas tu aku tanya MrCho, sembang apa, dia kata dia tanya kakak tu kenapa sebelum ni selalu datang tak ada, kakak tu kata beberapa minggu lepas dia cuti sebab keguguran…tapi setiap hari isnin pun dia cuti. Ok la tang tu…tapiiiii pagi tadi kami pergi tak ada punnnn!!!!! Musnah harapan aku nak makan nasi kerabu tengah hari ni. Terpaksa la tapau nasiputihkariayam lagi…uhuhuhukkk..MrCho dah hangin, membebel2 lain kali tak mahu beli dah, nyusahkan orang dan hampakan orang je…aku pon memikir2, hari ni jumaat, bukan isnin. Semalam dia kata cuti isnin je…haihhhhh…
Selalu sangat jadi macam ni, bila kita dah suka beli kat dia, mula la sekejap ada, sekejap tak ada, sesuka hati…boleh tak kalau nak berniaga, berniaga betul2? Aku fedap sungguh! ampunkan aku kalau kakak ni betul2 ada hal yg tak dapat dielakkan….tapi ni bukan pertama kali la, selalu jgak macam ni..hari ni ada, esok ada, lusa tak ada, tulat ada, tuling tak ada pulak…MrCho ni pulak jenis yang kalau kat situ, kat situ je la dia beli, tak ada dah nak cari kat tempat lain…
Gambar nasiputihkariayam tak payah letak la nanti korang sedih plak tengok lunch aku hampir hari2 itu ler….kahkahkah, padahal tak dek sapa nak simpati pon!

Ni pulak kejadian kat jalan raya otw ke ofis tadi…kat highway, lane laju, tapiiiiii apasal korang bawa kereta macam nak bersiar2? Orang nak g keje la weiii, tolong la laju sikit, tak pun masauk la lane slow. Jarak dgn kereta depan 2 buah lori balak blh masuk! Padan muka kena hon bertalu2 ngan MrCho. Tengok2 rupanya amoi tengah berangan bawa kereta….#$#$$$###!!

Dan akhirnya aku sampai juga ke ofis sebelum 8.30 selepas menapau nasiputihkariayam + paru yang aku korek di bawah timbunan tempe yang digoreng! Aku tak makan tempe sebab aku melayu belah2 siam bukan melayu belah2 jawa…tak faham kenapa kawan aku kt universiti panggil aku izza jawa! Mungkin dapat aura drp kawan2 aku yang kebanyakannya jawa…muahahaahaaa…

Wednesday, May 18, 2011

Dari Lensa Mrhtc






......
Tengok dari kejauhan, menarik kan? Tapi cuba kamu masuk ke air atau bersiar2 di sekitarnya, pasti kamu dapat rasa kepanasan air kolam, daun2 kering di permukaan air atau serpihan kaca di dasar kolam atau pun gagak2 hitam yang berkeliaran...tak selesa, bukan?

Walaupun pada mulanya dijanjikan dengan keindahan tapi akhirnya palsu belaka!

Cuti Hari Wesak yang...................

Semalam cuti hari wesak, kan (biasa la aku cerita semalam tapi hari ni baru buat story, itu semalam, ada juga yang berhari2 baru buat story...hahaha, anak ramai begini la...)

Pagi2 aku dah pung pang pung pang kat dapur. Akhirnya siap la lunch yang tak seberapa. Sup ayam, kangkung belacan, pak coi sos tiram dan belen2 lauk malam tadi…dan juga bubur lil Eyin yang kakak pun ngap sama. (gambar masakan harap maklum ya..)

Tapi semua tak mahu makan lagi, so sejuk la lauk2 tu..ah, lantak la janji makanan dah ada atas meja…dan terjadi la peristiwa cuti hari wesak yang………….

Eh, dalam pada tu adik aku cik benana ni tetiba sesak nafas! Aduh..aku dah panik sebab dia nafas tersekat2 ngan gigil2…aku suruh MrCho bawa g klinik tapi dia suruh cool dulu, nafas perlahan2, jangan ikut perasaan gelabah…adoiiiii, aku dah tak blh tahan, aku gesa juga…last2 bawa g klinik, settle…haihhh, menakutkan aku je…

Kejadian semalam juga kemas2 rumah, ubah2 perabot sikit, itu je…huhu…

Ni aksi2 tiga orang si kenit di rumah:














 Kat tepi tu bukan botol susu abang, lil eyin punya...hehehe


 Yang lain2 aku malas nak letak caption....


 Ada sesiapa percaya zodiak tak? Aku, mana yang kena dgn aku aku percaya, mana yang tak kena dengan aku, aku tak percaya..huahuahua…zodiak aku TAURUS…korang plak zodiak apa? Hari tu aku ternampak zodiak aku ni so aku tempekkan kat sini utk suka2 je…nasib baik blm lepas tarikhnya….


Taurus (4/20-5/20)
 
You know what feeling you haven't felt in an awfully long time? Nervousness! It's been nice sitting in such a secure position, but you thrive on stimulation and your brain needs a challenge right now. Today you need to face a fear, take a chance and put yourself out there. Give your senses an electrical charge and step out of your comfort zone -- and like diving into a cool, refreshing lake, it's best to just jump right in. Don't waste time testing the waters.

                                                            (hahahahahahaha)

Sekian untuk pagi ni…

Eh, nak bagitahu juga, hari ni aku bawa bekal untuk lunch…tak ada la makan nasiputihkariayam tengah hari ni….jemuuuuu!!!

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru

Hari ni adalah bersamaan Hari Guru....maka dengan itu aku mengucapkan selamat Hari Guru kepada semua insan yang bergelar pendidik, baik saudara mara, sahabat handai dan tentunya teristimewa kepada guru2 yang pernah mengajar aku sejak 1981 - 1999 (SK KELAR, SM PEREMPUAN, SM SULTAN IBRAHIM 1, ZA'BA, UM)..Terima kasih atas jasa kalian mengenalkan aku dengan huruf ABC dan nombor 123.

Masa sekolah adalah saat paling indah dalam hidup apabila dikenang semula...bermula dari darjah 1 (aku tak pernah ke tadika atau mana2 pra - terus masuk darjah 1). Banyak pengalaman dan kenangan.

Masa sekolah rendah aku adalah kategori murid pandai, dari darjah 1 - 6 tiap kali ujian atau peperiksaan mesti aku dapat nombor yang tak lebih dari 1-5. Dalam kelas, pesaing aku ialah zawawi omar, zawawi che hussin, sapa lagi, lupa, oh, natrah..hmm, antara kami selalu berlumba2 la....masa sekolah rendah juga aku agak nakal dan selalu gaduh ngan budak laki ni..jahat amat...masa sekolah rendah aku pengawas sebab tu la aku selalu kena ngan diaorang sebab selalu tulis nama diaorg bising dalam kelas, makan dalam kelas, macam2...
Ingat lagi aku kena denda dengan guru Bahasa Inggeris, Mr Lim dan Sir Mohd Tahir..aku benak bahasa inggeris, selalu tak pandai jawab...huhu, kena denda berdiri atas meja la, kena bersila atas meja sambil kaki letak atas peha (dpt bygkan?), kena rotan la, pukul tapak tangan dgn pembaris la....sadis betul kala tu. Bila diingat balik sekarang, terasa indahnya zaman tu...

Then, zaman sekolah menengah, tahap kepandaian aku makin kurang, turun naik kelas je kejenya...sekolah menengah aku sekolah kat pekan, budak2 pekan semuanya pandai2 so, aku jadi corot la..huahuahua...campur juga malas belajar sebab ramai kawan yang bukan comot2 dari kampung...masa sekolah menengah ada juga cikgu garang, ustaz kamaruzaman, dan cikgu noraini paling aku ingat. Suka cubit2 perut dua2 cikgu nih! Pun indah juga apabila dikenang...

Fasa kedua sekolah menengah ialah form 6. Masa ni aku sekolah lain plak, lagi banyak budak pandai. Dan kawan2 aku kat sekolah ni pun alhamdulillah jenis yang nak belajar. Kawan2 masa ni, rosliza, razani, azman, syikin, rohana, sapa lagi? lupa..lupa..lupa...dan cikgu plak cikgu mohd awang (ekonomi), cikgu daud@darma (sastera - friendlist dlm fb aku), cikgu fauziah (peng.am), cikgu karim ke kasim ke (bhs melayu) dan beberapa orang lagi, aku konfius...form 6 adalah zaman belajar, x ada main2 dh...misi adalah UNIVERSITI!

Dan aku akhirnya terpaksa repeat 1 tahun sebab dpt result 4P je masa STPM...so aku ke Za'ba. Masa ni belajar sungguh2 sbb best friend dh berjaya masuk universiti, aku je kantoi. Pulakkkk masa ni aku dah betul2 remaja, tersuka kat sorang mamat ni..giler punya suka tapi mamat ni tak tahu pun aku suka dia! (tapi aku syak dia perasan kot sebab dia malu2 gan aku)...Dan akhirnya aku berjaya ke universiti dengan 5P....

Di universiti (UM), aku malas belajar, tapi tak pernah fail. Lecturer semua gigih mengajar kami. Paling ingat Dr Abu Hassan, Encik Salleh, Dr Hamidi, Puan Baiti, Datuk Latif, Encik Sidin(sekarang dh tukar status kot!) dan beberapa orang lagi...best sebab lecturer macam kawan2 walaupun aku x popular di jabatan aku...zaman ni pun sangat indah walaupun terpaksa bersekang mata menyiapkan assingment! hohohoho...

Buat semua yang mendidik aku, halalkan ilmu yang dicurah. Aku tak mampu membalasnya. Hanya doa semoga cikgu2 sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan kepada yang telah 'pergi', al-Fatihah semoga cikgu2 dicucuri rahmat...aminnn


SELAMAT HARI GURU ...... 16 MEI 2011

Aku suka bulan MEI sebab, besday aku bulan mei, hari ibu bulan mei, hari guru bulan mei. Bulan mei macam bulan untuk sayang2 saja....:))

Kakak dan Imaginasinya


Ni kejadian pada suatu malam yang aku dah lupa bila…

Kakak ajak aku baca buku. Terkedek2 datang kat aku sambil bawa buku dia. Biasanya dia akan buka buku dan tanya aku, “mama, ni apa?”, then aku jawab, pastu tanya lagi untuk gambar lain plak…begitu la seterusnya.

Jadi malam ni aku saja nak mengetest dia, tahap mana pencapaian dia…haha…Sebelum dia tunjuk gambar, aku dulu tanya, “kakak, ni apa?”, then dia jawab…so ok la, dia punya connected dengan sekeliling dia agak cemerlang la utk kanak2 umo 2 tahun…

Tapi gambar yang ni memang tahap connected dia sangattttt cemerlangggg….bagus kakak, mama sukaaa…kahkahkah….


 Yang ni bila aku tanya, dia jawab "air nak minum"...betul la tu sebab tiap kali g makan, papa dia akan mintak gelas macam ni untuk dia minum air...so tepat jawapan dia...


 Yang ni plak jawapan dia "tidur"...tepat juga sebab tiap kali nak tido dia akan masuk bilik dan tidur kat tilam...

Tapi yang ni aku paling tak leh tahan...jawapan dia sangat tepat, buat aku gelak sampai berair mata....hahaha...bila imaging sekarang tak ada la lawak benor, tp jawapan spontan dia tu yg buat aku tak tahan....

Aku tanya, "kakak, ni gambar siapa?" Ni gambarnya yang belah kiri tuh:


dan jawapan dia ialah "gambar papa sakit..." kahkahkahkah, aku gelak sebab xpresi muka dia yg dia yakin jawapan dia betul....

# Begini rupanya imaginasi dia apabila papa dia sakit....

Hari-hari Lepas Punya Story

Beberapa hari tak menulis rasa macam sesuatu tak lepas kat dada…Blogspot buat hal daaa...huhh, begitu sekali kaedahnya…

Now  keje2 ofis dah start membukit…sikit masa lagi kalau lambat tarahnya menggunung la jadinya…awal Jun nanti aku dah plan cuti 2 hari untuk balik kampung hantar cinonet3 aku tu…sayunya! Harap cuti aku approve la ya, Encik Bos. Aku dah plan dari awal tahun, harap tak ada la orang yang potong line atau selfish! I hate selfish! Orang yang selfish adalah orang yang tak cukup ilmu (bagi aku la…) Tapi bukanlah langsung tak boleh selfish tapi tengok situasi juga la…selfish secara sihat adalah dialu-alukan.

Adik aku ada kat rumah, cuti sampai esok. So hari sabtu aku tak adalah kelam kabut kerana ada tangan kanan untuk bantu urusan rumah. Dan hari sabtu juga aku bikin dua jenis kudapan…hahaha..pagi buat puding roti pisang utk kanak2 dan petang buat kek oren sebab oren bayak kat rumah. Rasanya, boleh la kot untuk sendiri makan. Gambar tak snap sebab kalau keluarkan kamera ke henpon ke, berebut pulak ngan anak2…tensi i!

Kejadian semalam pulak, seharian kami kat rumah so tak ada apa nak story, tapi petang tu kami dapat undangan daripada sahabat aku yang ni, katanya nak belanja kami kerana MrCho tolong dia buat laptop baru dia. Pertolongan tak seberapa, tapi kami dijamu dengan pelbagai lauk pauk. Walaupun bukan masak sendiri tapi tapi puas hati la..tomyam dia sedap kan yong? Kami makan dekat restoran KAWANMU (betul kan, yong) Yong belanja MrCho tapi aku menumpang sekaki..muahaha.. Kenyang aku malam tadi atas tajaan yong..Tapi tak boleh berlama-lamaan sebab lil Eyin tak selesa, panas… nak jimat letrik, kipas tak on semua pastu yg on pulak slow je…pastu abang, kakak, baby (anak yong) berlari ke depan, ke belakang, risau plak ganggu orang lain. Gambar juga adalah tak ada…huhu…masa ni aku memang tak terpikir pun nak ambik gambar…

Ambik buku yong tapi budak warehouse salah bagi pulak. Aku plak tak check sbb dah nak balik, dh bagi pd yong, tgk2 salah tahap pulak! Adess, kena ambik lain….

Nak bagi blog ni ada seri sikit, aku letak la gambar caca marba ni….walaupun tak indah sebab lokasinya terhad dan hanya guna Mrhtc tapi boleh la untuk kenangan aku pada masa depan dan untuk sesapa nak kutuk2 ke…hakhakhak…

Ni gambar aku ambik masa otw ke ofis...nampak langit macam dipenuhi air...cantik sangat..subhanallah. Guna Mrhtc, gambar tak la clear sgt..




Ni plak gambar2 caca marba anak3 kat rumah yang mcm tongkang pecah..hehhehheh...

                                              
habis buku kena keronyok!





Abang menyiapkan kerja 'sekolah', katanya






 Lil Eyin xcited naik zirafah


 Kakak gian naik walker..hakhakhak..


Abang layan ps3
Yong: Terima kasih daun keladi, ya....murah rezeki kami, belanja ko n family plak!


P/s: Hari ni abang kat rumah ngan cik noli dia. Kakak n adik je hantar rumah pengasuh...

Klik Me

Klik! Klik!