Sabtu yang Indah…
Sehari sebelumnya, jumpa dengan aku punya BFF lepak kat
mekdi. Syok sebab aku kehujanan lalu aku kesejukan lalu aku kelaparan maka aku
mengenyangkan perut dengan sebiji berger yang sangat lazat hingga aku terlupa
akan kesejukan aku dek kehujanan tadi.
Ok, merapu.
Jumpa yong, sembang2 sambil tunggu MrCho. Antara topik adalah
tentang kenduri di rumah k’zie (sorang lagi BFF) esok (sabtu). Kesimpulannya
tak pergi sebab aku tak ada driver dan yong tak pergi kalau aku tak pergi. sad…oh, ya, k'zie buat kenduri sempena berkhatan anak bujangnya...dah besar kamu, lukman hakim!
Rezeki kata orang, pagi sabtu yang indah, kazen aku sms kata
nak datang menjenguk kakandanya yang dah lama tak dijenguknya…hahaha, so aku
apalagi, idea terus toing! Huhahuha, apalagi, ajak dia pergi la. Terus call k’jun
(sorang lagi BFF) tanya k’jun pergi ke tak. kata k’jun dia pergi petang. aku
terus cakap aku mau follow sebab aku tak tahu jalan ke rumah k’zie kat klang sana. so ok..call yong
plak cakap aku jadi pergi rumah k’zie dan kebetulan dia masa tu memang ada
klang, so on…
Lepas zuhur, gerak ke rumah k’jun dan dari sana ke rumah k’zie. kenit3 aku semua bawa
dan nasib baik semua ok terutama kakak tak moody tak tentu pasal. Kakak sangat
baik hari tu, duduk menempek je ngan aku sambil makan ayam yang katanya pedas
sikit2, takpe kakak kuat…chumel!
Melayan ayam masak rendang ke apa k'zie? shedap! Adik asyik jalan sana sini..
K'zie, ayam tu sedap, gambar ni buktinya...
Dah namanya pergi ke tempat kenduri so takleh sembang gelak2
sebab kena kontrol orang ramai taim tu. nak tangkap gambar pun malu2 almaklum
la semuanya mak2 orang. kejap je kitaorang kat sana pastu dah gerak balik. terus balik rumah
sebab kazen aku nak balik shah alam plak lepas tu. lagipun adik pun zzzzzzz
dalam kereta!
Mak2 orang...gambar gelap sebab malu nak tukar kedudukan, orang ramai!
Abang dan anak bujang k'jun...danish. Tak tahu bila plak skil dia bergambar kenyit mata! Kat atas tu ngan anak yong..stephanie aka baby...wah, rocknya kamu!
K'zie, terima kasih daun keladi, kenduri lagi jemput lagi...makanan sedap! Menyesal tak ambik laksa!!