Friday, July 15, 2011

Gagal Mencapai Matlamat

Hari ni ntah kenapa ntah tetiba aku rasa macam nak kembali ke zaman bujang dulu. Bangun pagi ikut giliran masuk bilik air. Sesapa tak leh solat, ko tunggu dulu, bagi orang yang nak solat dulu. Dah siap2 semua buat air milo@nescafe semug minum sambil sembang ngan kawan. Dah siap semua, keluar ke tempat kerja masing2...dulu aku g kerja naik bas metro, pastu tukar tempat kerja naik lrt plak. Stesen universiti tu. Memang best la taim tu...pastu kat ofis plak ofismates semua sekepala, boleh bergelak ketawa sama2...serius weh, macam nak keluar air mata teringat zaman tu...

Pastu pagi td juga taim beli breakfast kat kedai tu aku nampak sekumpulan adik2 semua blm kawen aku syak, tengah breakfast sambil bergelak ketawa...huhuhu, lg syahdu aku rasa....

Inilah yang masih akrab hingga sekarang. Yong, Kz, tahun berapa dah ni? Eh, yong, aku ambik dr FB ko ni...halal, ya...ngeeee~~~

Hari ni seharian lagi operasi mengemas ofis...banyak barang nak buang, banyak juga yang perlu dibawa ke ofis baru. Kena pilih...aku siap bersila depan kabinet! Ponat...seb baik hari ni aku tak pose.

Lunch tadi aku keluar g makan tempat biasa. Kekonon hari ni aku ngan kolik aku ni nak makan kaw2 la sbb hari ni last day friday kat usj...minggu depan lunch kat ofis baru dah...sekali matlamat tak tercapai, lauk kat kedai tu ala2 je...biasa berjenis2 lauk ada...huhu..ada insiden plak aku kat sini. Tengah aku makan2 tu tetiba mata aku ternampak sekor kucing comot2 kaler hitam, bulu macam basah2...aku kalau makan nampak kucing mata mula la mengawasi. Aku penggeli. Tak suka kucing datang dekat meja taim aku makan. Tapi kucing tu tak datang tempat aku pun, dann..dannn huhu aku nampak sesuatu kat bontot kucing tu..aku tak tahu nak describe mcm mna. macam ada benda kaler merah keluar dari bontot dia...benda tu panjang macam..macam...hotdog! Eh, korang ampun, ya! aku tak tahu nak explain rupa benda tu, yg terlintas kat kepala aku adalah hotdog! apa tu..apa tu??? Bila nampak tu aku dendiam je tak bagitahu kawan aku takut dia pula hilang selera. Bila aku nampak keadaan kucing tu, terus aku tolak pinggan ke tepi. Nasi banyak lagi. Bila kawan aku tanya aku cakap kenyang plak lagipun lauk pauk tak memenuhi matlamat! Eh, sian plak kucing tu....

Lepas makan g soping kat mymedin jap, otw balik aku beli bihun sup(kedai lain), kekonon takut lapar ptg nanti...buruk lantak betol la...
Lepas 5.30, org lain dah balik aku makan bihun sup. Tak sedap, macam makan bihun letak air sejuk saja...huhh, gagallll!!! Tak sampai separuh aku makan...
Erkkkk, nasib baik taim makan bihun sup tu aku terlupa kucing hitam tu, lepas makan baru teringat semula...hohhhh!
Pesal adik aku nih, call tak jawab, call tak jawab....haissshhh...kang dah kena naik lrt, naik bas...tak ada idea dh aih...

No comments:

Klik Me

Klik! Klik!