Sedih dan kasihan uuu...mungkin mereka antara orang yang kuat, tabah, sebab tu lah Allah uji mereka. Kalau aku??? Tak dapat bayangkan...Siang malam, berdoa moga Allah panjangkan usia aku supaya aku dapat membesarkan anak3 aku sehingga mereka berjaya dan boleh berdikari. Oh, sungguh sedih andai aku pergi sebelum anak3 aku mengenal ragam dunia, sebelum anak3 puas menikmati kasih sayang aku! Dan sebagai ibu, aku tak akan puas memberi kasih sayang kepada anak3 (sekarang 3 anak, aku letak 'anak3', nanti kalau ada rezeki lagi tambah lagi aku tambah lagi angka kat belakang 'anak' tu..haha)!
Sebenarnya dah lama aku mahu bercerita tentang ini, cuma tak tahu nak mula macam mana. Aku selalu berfikir, selalu terfikir, macam manalah kalau aku ditakdirkan usia tak panjang, pergi tatkala anak3 masih kecil, masih perlu belaian kasih sayang aku. Kalau terjadi, memang kita kena reda dengan takdir. Sekarang aku tak mahu fikir tentang takdir, aku mahu fikir nasib anak3 aku. Ya, papa mereka ada. Tapi itu papa, mampukah papa memberi kasih sayang seorang ibu kepada anak3? Tak kan? Kasih sayang papa lain, kasih sayang ibu lain...Now pun aku perhatikan anak3 aku, kalau sakit ke, lapar ke, nak tidur ke, nak g toilet ke, tak ada mereka nak cari papa, mama jugak yang mereka cari...itu anak3 aku. Mereka cuma cari papa bila nak bermain, nak ajak keluar...
Pernah juga aku luahkan kebimbangan aku ni pada MrCho, siap dengan linangan air mata..huhu, sudahnya aku kena marah kerana asyik fikir bukan2...tsk!
Hati aku mudah tersentuh, lebih2 lagi melibatkan anak2, mudah benar air mata keluar...Andaikanlah aku pergi dulu, aku rasa macam aku tak rela orang lain mengambil alih tugas membesarkan anak3 aku. (i mean ibu tiri..ohh, tidakkk!). Aku lebih rela keluargaku yang membesarkan mereka, aku lebih percayakan kasih sayang mereka daripada orang lain! sob!
Satu lagi aku aku selalu fikirkan yang bukan2 seperti kehilangan tanpa diduga, kemalangan tanpa dijangka. Semua itu aku tahu kerja Allah, semuanya ada hikmah (kalau berlaku) tapi untuk menghadapinya, aku tak tahu macam mana. Aku selalu bayangkan kami keluar pergi shopping mall dan tiba2 anak hilang, selalu juga aku bayangkan anak panjat balkoni dan jatuh. Dannn korang tahu aku tak pernah suka2 buka gril di balkoni kecuali mahu jemur kain saja dengan anak3 semua dalam rumah, aku kasi diaorang laptop, tv cerita kartun dan lain2 entertaimen yang boleh melekakan mereka. Kadang2 aku marah diri aku sebab selalu berfikiran negatif hingga menakutkan diri sendiri dan membantutkan keriangan bersama anak3...Banyak lagi fikiran2 negatif aku yang kadang2 menstresskan aku sendiri....huhu! aku tak suka sebenarnya.
Berbalik kepada kisah yang mula2 tadi, aku tak dapat bayangkan kesedihan mereka, anak masih kecil, baru menikmati alam rumah tangga, terpaksa pula berhadapan dengan penderitaan. Urusan Allah, hanya Dia yang tahu...Semoga dia cepat sembuh untuk membesarkan si anak yang masih kecil....amin..
si kecil aku, walaupun comot2 tetap menjadi pujaan hati aku!!
No comments:
Post a Comment