Saturday, July 30, 2011

Aku dengan Kenangan Ramadan

Cepat sungguh masa berlalu. Ramadan datang lagi. 4 tahun dah umur abang, (anak ramadan) setahun umur adik(anak ramadan juga)…peristiwa melahirkan mereka seolah semalam baru berlaku…huhu..

4 tahun yang lalu, Ramadan aku kantoi sebab lahirkan abang. Ramadan ke-4 abang lahir. Aku sempat puasa dua hari. Hari ke-3 aku dah masuk hospital, hari ke-4 abang lahir! Dan sepanjang Ramadan aku dikecualikan berpuasa. Sesudahnya, jenuh aku mengganti puasa.

Abang lahir 2007, kemudian 2008 puasa aku juga tidak sempurna sebabnya mengandungkan kakak pula. Dua atau tiga bulan kot masa tu. Aku tak boleh lapar. Asal lapar sikit, aku gigil dan nak muntah. Taim mengandung kakak, kul 11 je aku mesti lapar tahap gigil, camana nak puasa..huhuhu, maka berbelas2 hari aku kena ganti puasa!

2009, puasa aku sempurna kecuali tercedera beberapa hari. Hehehehe…

2010, sekali lagi puasa aku kantoi sebab lahirkan adik pula. Adik lahir Ramadan ke-8. Mengandungkan adik pun sama, cepat lapar tahap gigil. Maka ganti puasa le aku lagi sekali tahun ni dengan gigihnya.

Dua anak aku lahir Ramadan, sorang lagi mengandung taim Ramadan.

Berpantang masa Ramadan sungguh tidak sempurna. Orang lain puasa takkan aku nak makan beria pulak. Aku pantang di kampung, jadi kasihan pulak bonda nak menjaga aku, jaga anak aku, berpuasa lagi…alih2 siang hari aku minum milo je, malam baru makan nasi, itu pun selepas ahli rumah selesai buka puasa, solat maghrib. Anehnya, tak juga kurus aku! Huhu…

Tahun ni, Alhamdulillah puasa tahun ni aku ‘free’ (dikecualikan tika uzur, ya!)…muahahaha…semoga puasa tahun ini akan lebih diberkati.

Oh, ya! Hari ni aku berjaya lunaskan hutang puasa aku tahun lepas. Seb baik sempat. 30 hari aku ganti, beb! Sikit2 last2 langsai…syukurrr…

Meh kita bercerita tentang puasa masa kecik2 dulu. Dulu aku tinggal ngan nenek aku taim sekolah rendah. Seingat aku tiap kali bulan puasa adalah musim kemarau. Jadi korang paham2 lah, hausnya macam mana. Pergi balik sekolah jalan kaki lebih kurang 20 minit juga kot…jadi manalah tahan tengah hari balik sekolah. Korang tahu aku buat apa? Hahaha, masa mandi tu kan, aku curi2 togok air. Masa tu kat kampung aku bukan air paip tapi air telaga. Dahaga punya pasal, air telaga pun air telaga lah aku belasah minum sambil jirus air ke kepala. Keji kan? Pastu lawaknya, bila dah hilang dahaga tu mula la aku menyesal…huhuhu, bila atuk aku nenek aku tanya, aku kata aku puasa. Ngehngehngeh….

Pastu ada juga aku tak tahan godaan tengok kuih macam sedap je..dulu2 tak ada la beli2 ni. Pasar Ramadan pun tak ada. Tempat aku la, tempat korang tak tahu la pulak zaman awal 80-an dulu. Jadinya kuih untuk berbuka nenek aku akan buat sendiri setiap petang. Aku jadi la pembantu dia. Hehe, kekejian aku ialah apabila nenek aku buat kuih sedap, mula la aku curik peluang. Asal nenek aku tak  ada kt dapur je, aku curi sebijik, ngap masuk mulut! Bila ingat balik rasa nak lempang diri sendiri. Taim tu aku kecik lagi, darjah 1 @ 2 macam tu…tapi bukanlah tiap2 hari aku buat perkara keji tu, sekali sekala je masa dah tahan tahan sangat tu…

Pastu masuk sekolah menengah aku tinggal dengan mak cik aku plak. Mak cik aku ni ramai anak laki. Taim bulan puasa, masa aku tak boleh puasa tu, punya la susah nak makan. Susah tu bukan apa, susah sebab aku malu dan takut kantoi. Sudahnya, aku sanggup tahan lapar macam orang berpuasa. Paling2 pun aku togok juga air paip taim mandi! Zaman aku dulu2 kalau period, Tuhan je tahu macam mana malu kalau orang lain tahu lebih2 lagi lelaki! Aduyaiii…kalau tak boleh puasa tu lagi la malu, taim buka puasa, aku pun pura2 buka puasa juga..muahaha…zaman sekarang ni ada lagi ke remaja2 yang malu kalau tak boleh puasa?

Banyak sebenarnya kenangan berpuasa masa kecik2 dulu, tapi malangnya aku ni pelupa orangnya. Jadilah n3 aku ni tak berapa indah….huhu.

Pengakhir kepada cerita malam ni, aku nak ucapkan kepada kalian semua, SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADAN AL-MUBARAK DAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA.
    
 Gambar: Google

No comments:

Klik Me

Klik! Klik!