Saturday, July 30, 2011

Aku dengan Kenangan Ramadan

Cepat sungguh masa berlalu. Ramadan datang lagi. 4 tahun dah umur abang, (anak ramadan) setahun umur adik(anak ramadan juga)…peristiwa melahirkan mereka seolah semalam baru berlaku…huhu..

4 tahun yang lalu, Ramadan aku kantoi sebab lahirkan abang. Ramadan ke-4 abang lahir. Aku sempat puasa dua hari. Hari ke-3 aku dah masuk hospital, hari ke-4 abang lahir! Dan sepanjang Ramadan aku dikecualikan berpuasa. Sesudahnya, jenuh aku mengganti puasa.

Abang lahir 2007, kemudian 2008 puasa aku juga tidak sempurna sebabnya mengandungkan kakak pula. Dua atau tiga bulan kot masa tu. Aku tak boleh lapar. Asal lapar sikit, aku gigil dan nak muntah. Taim mengandung kakak, kul 11 je aku mesti lapar tahap gigil, camana nak puasa..huhuhu, maka berbelas2 hari aku kena ganti puasa!

2009, puasa aku sempurna kecuali tercedera beberapa hari. Hehehehe…

2010, sekali lagi puasa aku kantoi sebab lahirkan adik pula. Adik lahir Ramadan ke-8. Mengandungkan adik pun sama, cepat lapar tahap gigil. Maka ganti puasa le aku lagi sekali tahun ni dengan gigihnya.

Dua anak aku lahir Ramadan, sorang lagi mengandung taim Ramadan.

Berpantang masa Ramadan sungguh tidak sempurna. Orang lain puasa takkan aku nak makan beria pulak. Aku pantang di kampung, jadi kasihan pulak bonda nak menjaga aku, jaga anak aku, berpuasa lagi…alih2 siang hari aku minum milo je, malam baru makan nasi, itu pun selepas ahli rumah selesai buka puasa, solat maghrib. Anehnya, tak juga kurus aku! Huhu…

Tahun ni, Alhamdulillah puasa tahun ni aku ‘free’ (dikecualikan tika uzur, ya!)…muahahaha…semoga puasa tahun ini akan lebih diberkati.

Oh, ya! Hari ni aku berjaya lunaskan hutang puasa aku tahun lepas. Seb baik sempat. 30 hari aku ganti, beb! Sikit2 last2 langsai…syukurrr…

Meh kita bercerita tentang puasa masa kecik2 dulu. Dulu aku tinggal ngan nenek aku taim sekolah rendah. Seingat aku tiap kali bulan puasa adalah musim kemarau. Jadi korang paham2 lah, hausnya macam mana. Pergi balik sekolah jalan kaki lebih kurang 20 minit juga kot…jadi manalah tahan tengah hari balik sekolah. Korang tahu aku buat apa? Hahaha, masa mandi tu kan, aku curi2 togok air. Masa tu kat kampung aku bukan air paip tapi air telaga. Dahaga punya pasal, air telaga pun air telaga lah aku belasah minum sambil jirus air ke kepala. Keji kan? Pastu lawaknya, bila dah hilang dahaga tu mula la aku menyesal…huhuhu, bila atuk aku nenek aku tanya, aku kata aku puasa. Ngehngehngeh….

Pastu ada juga aku tak tahan godaan tengok kuih macam sedap je..dulu2 tak ada la beli2 ni. Pasar Ramadan pun tak ada. Tempat aku la, tempat korang tak tahu la pulak zaman awal 80-an dulu. Jadinya kuih untuk berbuka nenek aku akan buat sendiri setiap petang. Aku jadi la pembantu dia. Hehe, kekejian aku ialah apabila nenek aku buat kuih sedap, mula la aku curik peluang. Asal nenek aku tak  ada kt dapur je, aku curi sebijik, ngap masuk mulut! Bila ingat balik rasa nak lempang diri sendiri. Taim tu aku kecik lagi, darjah 1 @ 2 macam tu…tapi bukanlah tiap2 hari aku buat perkara keji tu, sekali sekala je masa dah tahan tahan sangat tu…

Pastu masuk sekolah menengah aku tinggal dengan mak cik aku plak. Mak cik aku ni ramai anak laki. Taim bulan puasa, masa aku tak boleh puasa tu, punya la susah nak makan. Susah tu bukan apa, susah sebab aku malu dan takut kantoi. Sudahnya, aku sanggup tahan lapar macam orang berpuasa. Paling2 pun aku togok juga air paip taim mandi! Zaman aku dulu2 kalau period, Tuhan je tahu macam mana malu kalau orang lain tahu lebih2 lagi lelaki! Aduyaiii…kalau tak boleh puasa tu lagi la malu, taim buka puasa, aku pun pura2 buka puasa juga..muahaha…zaman sekarang ni ada lagi ke remaja2 yang malu kalau tak boleh puasa?

Banyak sebenarnya kenangan berpuasa masa kecik2 dulu, tapi malangnya aku ni pelupa orangnya. Jadilah n3 aku ni tak berapa indah….huhu.

Pengakhir kepada cerita malam ni, aku nak ucapkan kepada kalian semua, SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADAN AL-MUBARAK DAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA.
    
 Gambar: Google

Friday, July 29, 2011

Jom Dinner!!!

Hari ni balik awal, jadi sempat le aku memasak...
Beli ikan bawal sekor, kailan, kacang panjang.

Sampai2 rumah terus singsing tgn baju...pung pang pung pang kat dapur maka terhasil la juadah ni utk dinner...sedap tak sedap belakang kira, yg penting tak payah makan kat luar yg asyik menu sama...


Kari ikan bawal, kailan goreng sos tiram, telur dadar, sambal, ulam kacang panjang...

Kalau korang perasan, telur dadar aku dh tinggal separuh...hahaha, abang tak sabar makan nasi dgn telur plus kicap. Penat katanya sbb jalan kaki dr rumah pengasuh balik rumah...siap mengadu dgn papanya dia penat jalan kaki jauh...

Hari2 jalan kaki macam ni konfem kurus aku...

posted from Bloggeroid

Thursday, July 28, 2011

Mesia vs Spore

Tengah tengok bola mesia lawan spore..berdebar2! Taim ni mesia dh 1, spore 0..hahhh, spore dh gol, 1 sama....ni aku malas tgk ni...

Aku stress, tak boleh tulis dah...bola oh bola!!

posted from Bloggeroid

Mama Chop Papa Grill

Malam tadi MrCho bawa kami g makan kt tajuk kat atas tu...best juga la rasanya...

 Harga promosi

 Tiap2 malam mesti dapat 1 kereta, kalau tak ko takleh makan dengan aman...


Aku dan MrCho punya. Chiken Cheese. Asalnya MrCho order chiken black pepper, tapi org tu dah salah, buat dua chiken cheese dan 1 chiken black pepper. MrCho dgn baik hatinya suruh tapau chiken black pepper bawa balik.

Kelakar pulak aku rasa nama kedai ni...mama chop papa grill...muahahaha...

G c4 sebenarnya, banyak barang dapur dh habis. Sempat aku merembat shawl kt luar c4 tu...murah, tapi cantik pada mata aku...lupa pulak nk ambik gambar shawl tu, dh cuci, dh jemur pun...sempat kering esok blh pakai..hehehe..

Minggu depan dah start puasa. Alhamdulillah tahun ni tak tewas puasa kecuali yg bulanan je...kalau tak jenuh ler aku ganti puasa sebulan. Yang tahun lepas pun ada sehari lagi ni..uhuhuh, sabtu ni aku akan habiskan...muahahaa

Tuesday, July 26, 2011

Dua Hari yang Berlalu...

Ofis masih belum ada line tpon, internet pun yilekkk...kt rumah aku malas nk hapdet belog!

Masih lg mode ofis baru, terasa mcm staff baru lak...kt ofis ni rasa mcm mewah je, byk benda ada, kecuali internet je, tp nanti2 ada...

Yg syok, nk mkn blh order, free delivery, tak payah keluar2 dh...muahahaha, aku suka!

Dah dua hari balik awal, tumpang kolik, tapiiii dua2 hari tu aku lupa ambik kunci...jadinya merempat juga aku ngan abg tggu MrCho...huhuhu

Esok, aku berazam: mulakan hidup baru dgn pengalaman baru, moga aku tabah!
Tiada org lain blh tolong sempurnakan hidup kita kecuali kita sendiri.

posted from Bloggeroid

Sunday, July 24, 2011

Bermula di Ofis Baru

Semalam di ofis baru...saturday kena datang...hohoho

Ada meting, ada makan2 tapi bukan di ofis tapi di Bangi Kopitiam area PJCC nun....
Aku harap ada la perubahan di new place ni, maksud aku hubungan sesama staff. Sebelum ni situasi di ofis aku macam dalam gua, sunyi sepi sebab hubungan sesama staff tak mesra alam. Memasing dengan dunia masing2, jaga kepentingan masing2 dan ego masing2...tak faham sungguh haku...sudahnya aku terkepit sebabnya aku cakap dgn semua orang....macam kanak2 kan....

Semalam ada la perubahan aku nampak walaupun ada segelintir yang masih "peduli apa haku"...tak matang aku rasa!


 Sambil makan korang boleh menjahit!




 Food yang berbaki tu aku punya...bad habit!


Semalam juga ada staff baru - designer. Katanya tinggal area tempat aku. "Dik, akak tumpang taim balik, boleh? Nanti akak bagi ler duit minyak, bulan puasa je...hehehe...

Friday, July 22, 2011

Meksis? Celkom? DG?

Hari ni masuk ofis petang. 1st day kat ofis baru katanya. Kat rumah aku ni..hoho, boring juga tak tahu nak buat apa..nak kemas, malam tadi dah gotong royong kemas dgn MrCho...

Tetiba blank plak tak tahu nk update apa..haihhh selalu masalah otak tepu tiba2...faktor penuaan kah?

Semalam mr boss bagitahu kat ofis baru belum ada line tepon. Itu aku tak kisah, tp kalau tak ada line tepon maknanya internet pun ngakkk ada...adoiii, tak blh dah la nak menghapdet blog atau ber fb kat ofis. Harap2 meksis ok la kt sana utk aku guna ipad...kalau tiba2 aku jarang2 update tu, korang harap maklum la, ya...aku kalau kt rumah malas sikit nak on laptop. Bukan apa, asal aku on je, ada la kanak2 yg mengaku tu laptop dia, mama tak leh guna...haha, comel kamu anak...

Kata mr boss, kalau nak guna internet, sementara ni guna la brokben. Aku tak ada brokben, kat rumah guna streamyx. Hmm, apa yang ok, ek? meksis aku tak percaya. Celkom? DG?

Eh, dah la aku nak jemur baju dulu...breakfast pun belum aku ni.

Lap Kamu Sayang Kamu

Kamuuu, terima kasih kerana belikan i ini....i suka...lap u, lap u....


Tapikan kamu, tiba2 kamu balik bawakan i ini, i dah nampak tua, ya? huuwaaaa..i dah tua...
Tak apa i akan pakai ini, harap2 selepas 14 hari i akan kelihatan muda walaupun tak jelita macam gong li...muahahaha...apa pun i suka...terima kasih kerana memahami...hiksss

Sakit Kepala

Hari yang penuh terisi...
Pagi g ofis seperti biasa. Hari ni barang2 akan diangkut ke ofis baru. Kami kena dtg utk pantau barang yg diangkut ke dalam lori. Kasihan tgk bdk2 warehouse angkat meja, drawer, kabinet, buku ke dlm lori...selain bdk2 warehouse, ada dua org myammar diupah utk angkut brg. Kasihan aku tgk diaorg ni semua. Demi mencari rezeki, sanggup membuat kerja2 berat.


Ofis yang dah hampir kosong...

Dalam kul 11.30 kami blk. G mkn kt selekoh pastu blk. Aku naik teksi, kena rm20...hampeh punya teksi..

Blk rumah imgat nk kemas rumah seblm keluar dgn yong. Huhu...sekali aku tertido. Terjaga 2.30, nasib baik. Janji ngan yong 2.40...projek ke salon kami, buat rambut, rebonding...hoho...

Aduh, ngantuknya, tak blh nk teruskan dh..esok2 la aku sambung...ni tgh menaip ni pun asyik jatuh je hp aku...aku guna mrhtc update blog.

Kepala sakit sbb rambut asyik kena mata ke kenapa ni?? Hmmm, dh la aku nk zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

posted from Bloggeroid

Tuesday, July 19, 2011

Cerita Tanpa Gambar

Hari aku cuti. Sesaja cuti sebab aku kena habiskan cuti sebelum bulan 9. Masih berbaki 10 hari setengah. 4 hari setengah boleh carry forward, selebihnya kena habiskan atau burn begitu sajork! Huhh, daripada terbakar begitu saja, baik aku habiskan...seminggu sekali cuti.

Cuti hari ni penuh terisi, bermula seawal pagi seperti nak pergi kerja juga adanya. Bangun pagi pung pang pung pang seperti biasa. Hantar abang ke rumah pengasuh seperti biasa sebab aku ada plan baik punya...hari ni adalah hari aku lepaking dgn kawan baik aku, yong. Banyak cerita kami hari ni...ada cerita gembira, ada cerita sedih, sedih hingga mengalirkan air mata...kebetulan kami memang ratu air mata...hahaha..kan yong kan??

Sempat juga tadi pergi survey sekolah utk abang utk tahun depan...hmmm macam ok. Aku cadang nak hantar abang ngan kakak sekali. Kat situ ada day care sekali...lil Eyin je hantar rumah pengasuh tu...

Petang dah tak tahu nak pergi mana, yong bawa aku ke rumah dia, sembang lagi, bercerita lagi...banyak yg dapat aku pelajari dari orang yang lebih berpengalaman...sekali dgn yong nak ambik anak dia kt sekolah, dia hantar aku, sebelum tu ambik abang kat rumah pengasuh....

Berakhirlah sehari cuti aku yang penuh terisi....

Eh, terbeli baju juga aku tadi...

Friday, July 15, 2011

Gagal Mencapai Matlamat

Hari ni ntah kenapa ntah tetiba aku rasa macam nak kembali ke zaman bujang dulu. Bangun pagi ikut giliran masuk bilik air. Sesapa tak leh solat, ko tunggu dulu, bagi orang yang nak solat dulu. Dah siap2 semua buat air milo@nescafe semug minum sambil sembang ngan kawan. Dah siap semua, keluar ke tempat kerja masing2...dulu aku g kerja naik bas metro, pastu tukar tempat kerja naik lrt plak. Stesen universiti tu. Memang best la taim tu...pastu kat ofis plak ofismates semua sekepala, boleh bergelak ketawa sama2...serius weh, macam nak keluar air mata teringat zaman tu...

Pastu pagi td juga taim beli breakfast kat kedai tu aku nampak sekumpulan adik2 semua blm kawen aku syak, tengah breakfast sambil bergelak ketawa...huhuhu, lg syahdu aku rasa....

Inilah yang masih akrab hingga sekarang. Yong, Kz, tahun berapa dah ni? Eh, yong, aku ambik dr FB ko ni...halal, ya...ngeeee~~~

Hari ni seharian lagi operasi mengemas ofis...banyak barang nak buang, banyak juga yang perlu dibawa ke ofis baru. Kena pilih...aku siap bersila depan kabinet! Ponat...seb baik hari ni aku tak pose.

Lunch tadi aku keluar g makan tempat biasa. Kekonon hari ni aku ngan kolik aku ni nak makan kaw2 la sbb hari ni last day friday kat usj...minggu depan lunch kat ofis baru dah...sekali matlamat tak tercapai, lauk kat kedai tu ala2 je...biasa berjenis2 lauk ada...huhu..ada insiden plak aku kat sini. Tengah aku makan2 tu tetiba mata aku ternampak sekor kucing comot2 kaler hitam, bulu macam basah2...aku kalau makan nampak kucing mata mula la mengawasi. Aku penggeli. Tak suka kucing datang dekat meja taim aku makan. Tapi kucing tu tak datang tempat aku pun, dann..dannn huhu aku nampak sesuatu kat bontot kucing tu..aku tak tahu nak describe mcm mna. macam ada benda kaler merah keluar dari bontot dia...benda tu panjang macam..macam...hotdog! Eh, korang ampun, ya! aku tak tahu nak explain rupa benda tu, yg terlintas kat kepala aku adalah hotdog! apa tu..apa tu??? Bila nampak tu aku dendiam je tak bagitahu kawan aku takut dia pula hilang selera. Bila aku nampak keadaan kucing tu, terus aku tolak pinggan ke tepi. Nasi banyak lagi. Bila kawan aku tanya aku cakap kenyang plak lagipun lauk pauk tak memenuhi matlamat! Eh, sian plak kucing tu....

Lepas makan g soping kat mymedin jap, otw balik aku beli bihun sup(kedai lain), kekonon takut lapar ptg nanti...buruk lantak betol la...
Lepas 5.30, org lain dah balik aku makan bihun sup. Tak sedap, macam makan bihun letak air sejuk saja...huhh, gagallll!!! Tak sampai separuh aku makan...
Erkkkk, nasib baik taim makan bihun sup tu aku terlupa kucing hitam tu, lepas makan baru teringat semula...hohhhh!
Pesal adik aku nih, call tak jawab, call tak jawab....haissshhh...kang dah kena naik lrt, naik bas...tak ada idea dh aih...

Thursday, July 14, 2011

Phistachio Cookies

Malam tadi tengok dibo ngan abang...katun ni aku layan gak la sbb ada masak2 mcm buat cookies, muffin, kek dsbnya...best plak, comel jerrr...jadinya malam tadi watak annie dlm dibo tu buat cookies, nmpk cantik dan sedap...
Tiba2 abang cakap, "mama, buat la biskut mcm dibo tu buat, abang nak makan..." hehe
Aku pun utk tak hampakan permintaan anak bujang, terus check bahan2 nak buat cookies. Sebenarnya sebelum ni pun aku ada rasa nak buat cookies tp sebab puasa memalam dh penat, aku pun biar je la dulu...
Bila abang dh request, aku pun on kan projek cookies. Bahan asas semua ada kecuali chocolate cips ngan hazelnut tak ada...
Hahaha, korang tahu apa aku letak? Haha, ada balen phistachio, betul ke eja ntah, aku kopek, panggang dlm microwave, ketuk2 masuk dlm adunan...lazatttt, korang cuba la...muahahaha...resipi asal nama dia chocolate cips cookies, tapi aku tukar phistachio cookies...muahaha. Resipi asal aku lupa dh drp sapa, rasanya aku dpt dr kongsi resipi...hahaha, ni la dia...

Sebelum masuk oven

Sedang di bakar...

Sejurus keluar dari oven...

Ni ler resipinya...aku malas nak taip kat sini....

Tu resipi asal, yang aku buat dah mengalami penderhakaan. Oh, ya cookies aku ni macam keras sikit mungkin sebab tebal sgt kot...ataupun.....tak tahu la aku, semua sukatan aku ikut yg dia bagi, kecuali gula aku kurangkan sikit takut manis sgt....aku bakar pun 30 minit, 15 minit, cookies aku tak masak...
Ada lg resipi cookies drp org lain plak. Nanti aku cuba mana lebih ummpphhhh! Haippp, yg kat atas tu pun sedap juga tauu, cuma keras sikitttt jerrr...hahaha...

posted from Bloggeroid

Lepas Ni Kurus Slim Laaaa...


Ofismate bagi...nak harap aku beli, hurmmmm mungkin tak la kot!

Tadi kemas2 ofis, dia keluarkan bendalah ni, kalau tak ada org nak dia nak buang. Eh, sayang la beli mahal2 nak buang macam tu..dia tak nak bawa balik katanya suaminya tak tahu dia beli bendalah ni...jadi dia bg aku, kalau ada sesapa nak minum...
Terima kasih la kpd ofismate aku tu...moga2 murah rezeki...
Mahal juga kan sekotak benda ni?

posted from Bloggeroid

Wednesday, July 13, 2011

Maafkan Saya



Hehe, ni malam tadi punya hal. Dia main games ps3, tak tahu macam mana dia salah tekan, tertekan delete. Dah la itu games yg dia paling suka. Pastu papa dia kalut2 nk selamatkan games tu sambil cakap, "kenapa abang delete? Habis dah la, tak ada dah la games car...papa kena install balik, rm20 abang 1 games ni...." dan reaksi dia adalah spt kat atas, muka bersalah, takut, hampa semua bergabung....sian pulak aku tgk...padahal aku suka je, tak ada la asyik menghadap ps3 je....
Hmmmm...tapi kalau dh nama MrCho tu, aku yakin 100% MrCho akan install semula....

posted from Bloggeroid

Tuesday, July 12, 2011

Anak3 Aku Lagi....

Nak membebel apa ntah hari ni. Macam otak tepu je...
Minggu depan dah pindah ofis baru, macam mana plak workstation aku nanti...harap2 macam sekarang lorrr, selesa...

Dah dua minit aku renung monitor ni, tak tahu nak tulis apa....kerana puasa kah? hahahaha...tak masuk akal!

Hmm, daripada tak ada apa baik aku tempek gambar putera puteri aku, gambar masa cuti aku balik kampung mggu lepas...


 Ni apa gaya ntah...xcited naik ketapi kot!

 Dah start layan games...

 Ni sebelum lelapkan mata...tido tak sampai sejam, bangun terus tak mau tido sampai 3.30 pagi baru tido...huhu, ngantuk aku layan dia pot pet pot pet...

 Bangun tido, terus cari makanan, lapar katanya...seb baik ada bekalan naget kfc yang dibeli oleh MrCho...

 Anak dara aku, terkejut, terkesima memula nampak kami....

 Menunjuk mainan baru pd adik2...habis reta aku diaorang kerjakan lepas tu...nangesss...

 Anak dara aku juga, nanges adik memula aku ambik. Kejap je, dah kiss kiss terus ketawa, nak aku je...hehe

 Suka dapat baju baru...

 Adik lagi....kakak, sikit punya susah nak tangkap gambar dia...

 Dah nak balik KL...abang xcited lagi...@stesen ketapi p.mas...

Tak boleh duduk diam, kalau tak asyik tanya bila ketapi nak sampai ni....


Monday, July 11, 2011

Buka Puasa dengan Hasil Air Tangan Sendiri Sangatlah Nikmat....



Alhamdulillah, hari ni sempat masak dan berbuka kat rumah. Walaupun sempoi je masak tapi puas makan.

Masa dh hujung2 makan abang muntah. Kenyang sgt makan. Terus terbantut selera aku, nasib baik dh tinggal bbrpa suap je...punyalah aku tahan, last2 masa nak buang muntah dia aku ter'uuwweekkk' juga sudahnya...huhuhu...

Esok pun aku akan gigih puasa lagi. Best pulak puasa berterusan mcm ni, rasa ringan je badan...

posted from Bloggeroid

Gigih Ganti Puasa

Hari ni dapat balik awal harapnya. MrCho mc...

Aku puasa ni...ada lagi 10 hari...gigih...gigih. Ramadan lepas aku sempat puasa LIMA HARI saja, pastu aku lahirkan lil Eyin...dulu abang pun lahir bulan puasa, awal puasa juga...gigih aku ganti puasa. Kata MrCho diaorang nak collect duit raya...muahahaaa...

Awal2 hari tu tak nak puasa, sekarang hari2 kena puasa.

Berfikir2 dan cari mood nak makan apa...huhu, rasanya alang2 balik awal baik aku masak kt rumah...kalau masak, nak masak apa, ekkk???

Teringat2 dan terasa2 di tekak keenakan bendalah ni....aku saja letak kat bawahhhh nak bagi adik2 aku saspen! huahuahua...








































Yang ni memang masuk tekak aku...lazat sampai terbayang2 dua tiga hari......

Sunday, July 10, 2011

Balik

Haiiii, aku dah balik pagi tadi...huhhh, penat campur mengantuk sbb tak leh tido. Naik ketapi sepanjang2 perjalanan ekon rosak, panas gilak. Abang sampai basah lencun, kejap2 kena lap kejap2 kena lap...sian dia...nak tido pun tak selesa...

Sampai2 KL Sentral, macam lengang je, ingatkan kena serang garuda, tapi mungkin sebab pagi minggu kot, orang tak ramai keluar lagi..hehe. Memula risau juga sebab semalam sebelum bertolak MrCho cakap KL Sentral ada rusuhan ke apa, ada bom gas la apa la. Dia suruh aku confirm dgn KTM KL Sentral tutup ke apa ke. Tapi aku segan plak nk call kang x pasal2 aku kena gelak. So aku tawakal je la....

Balik rumah kemas2 mandi semua aku zzzz...abang plak layan ps3! Oh, kaki aku bengkak macam org pregnant plak! Mungkin lama duduk tak bangun2 dlm ketapi kot....sekarang abang tido plak, aku dh lapar. Kat rumah tak ada apa pun...huhu MrCho nak tunggu abang bangun dulu...adessss...

Wednesday, July 6, 2011

Jom, Ikut Aku Balik Naik Kereta Lipan dan Selamat Mencuci!


Sepatutnya hari ni WW, tapi aku nak bercuti panjang, so tak mau la buat WW...kihkihkih...

Hmmm, korang…aku nak balik kampung ni, nak keluar dari negeri sesak ni barang dua tiga hari. Korang yang kat sini (negeri sesak) berhati2 la ya sehari dua ni. Kalau boleh jangan la g memana sabtu ni…tapi kalau nak g BERSIH tu tak pe..opssss!!! hehe, aku terlatah laa…

Aku balik kampung sebab nak jenguk dua puteri aku kat kampung tu. Sepatutnya bulan ni diaorang dah balik sini tapi atas sebab2 yang tak dapat dielakkan, aku terpaksa tinggalkan diaorang kat kampung sehingga raya. sob!sob!sob! Maka kerana itulah aku pulang ke kampung bagi melepas rindu pada dua puteriku dan ayah bonda juga adanya….(sengih2 sebab dapat makan sedap2, pure dr kampung! Sila jeles adik2ku! muahaha)

Aku balik berdua dengan anak bujangku je ni, MrCho keje, cuti dia simpan utk raya…tak pe, papa keje kuat2, dapat duit banyak, mama suka hati! Huhh, dasar kannn…korang pun suka kan, suami dapat duit banyak, pastu bagi kat korang pun banyak…suka kan..kan..sama ler kita…

Okay ler, aku dah nak gerak ni, naik ketapi…nak bagi anak bujang aku merasa naik ketapi…hahaha..harap2 dia tak meragam la nanti nak papa ke apa…tatas..

B.A.B.I Lagiiii....

Sekarang ni tak tahu apa dah yang diyakini boleh makan, selain masak sendiri kat rumah. Masak sendiri pun bahan2 yang digunakan belum tentu 100% halal. Pagi tadi dapat emel pasal produk ni yang dikatakan ada DNA babi. Hishhh, menatang niii, bila nak pupus tah, menyusahkan orang saja!


Nasib baik tak pernah guna brand ni, tapi aku perasan banyak je jual kt pasaraya2.

Apa yang sedap sangat menatang tu (read: babi) tak tahu la....hohoho...

MIL aku yang cina tu pun tak makan menatang ni, busuk dan gatal2 katanya...hahaha...menatang ni memang haram masuk rumah dia...kahkahkah...goodddd my MIL...

Kalau korang nak tahu lanjut tentang ni korang baca sini, ya...

Tulis n3 pepagi tak ada apa aku nak bebel...hehe, kalau sempat aku bebel lagi ptg nanti, kalau tak sempat korang tunggu la sampai isnin baru aku buat stori baru...ekekeke....bye...

Eh, belum! Ada lagi nak cakap sikit ni, semalam ramai yg tanya (korang tolong la jgn percaya, ya...aku saja je ferasan fofular), kenapa semalam tak ada n3? Haaa, semalam aku tak larat sungguh2 sbb aku puasa. Sebelum ni ok je, nape tah semalam nak angkat tangan pun tak larat....emmm, dah la, bye...

Monday, July 4, 2011

Kenangan

Semalam masa ber'LRT', tiba di stesen universiti, rasa rindu membuak2...sungguh menggamit kenangan...
Lapan tahun di situ, banyak kenangan suka, duka, pahit, manis dan akhirnya sungguh manis apabila menjadi memori...




Bangunan masih sama, cuma sedikit berubah wajah...nampak bersih banding dulu...katanya kawasan sekitar dah banyak berubah, gerai2 yang menjadi dapur kami pun dah lama tak ada....blok aku yang warna biru gambar no.2 kat atas tu...dulu kaler macam yang depan ni, sekarang dah jadi biru...siapatah yang tinggal rumah tu sekarang. Hari tu ada terplan dgn ex-housmates nak reunion tapi sampai skrg senyap je...huhu...

Ini Saja Aku Nak Cerita...Silalah Baca~~~~

Sabtu punya stori….

Lepas Mrcho keluar g kerja, tengok abang sedap je tido aku pun terpikir best ni kalo layan mata ni, awal lagi ni untuk kami dua beranak kat rumah ni…aku pun ikut la kata hati, baring2 sebelah abang. Tapi asyik la aku terganggu dengan bunyi-bunyian yang pernah aku cerita dulu tu…(bunyi pintu tu betul2 macam bunyi pintu dlm rumah aku tau..haishhh).
Hahaha, dalam duk pejam celik pejam celik, layan bunyi-bunyian tu, terlena gak la aku! Terjaga bila abang kejut aku ajak tido kat luar…

Baring kat sofa kejap, my BFF call tanya aku ada tak nak tukar ic kea pa ke kat JPN. Dia nak g ambik adik dia kerja kt JPN shah alam kat plaza masalam tu…aku terus setuju sebab ic aku mmg problem, cip rosak ke hapa ntah, keturunan pun tak ada dalam ic aku tu. Yong bg aku masa setengah jam siap, dia datang ambik aku kat rumah. Kelam kabut mandi, siap semua, kejut abang sbb dia sambung tido kt sofa. Siap2 abang, turun bawah, elok yong sampai…hehe, seb baik, tak payah sesapa menunggu lama…

Lepas buat ic, melepak jap kat mamak kt plaza masalam tu sementara adik yong habis kerja. Lagipun masa keluar rumah tadi aku tak sempat breakfast, so ni kira breakfast la, aku makan megi goreng, yong makan rojak…Pastu balik, terus ke ioi jap, adik yong nak ambik tiket wayang dia kt ioi. Makan lagi kat ioi, nasi ayam plak!

 hepii je dapat jalan2...seb baik ada kawan mama...tq, auntie bawak abang jalan2..

Balik rumah dah petang, penat dowhh…angkat baju, lipat baju, vacuum, mop lantai, masak untuk makan malam pulak. Masak simple je, kami dua beranak je makan. MrCho g dinner company dia….

Dah habis stori sabtu.

Ahad pulak pagi sampai petang duk rumah je, petang dlm kul 3 baru MrCho ajak keluar, g tengok ofis baru aku. Konon nak survey jalan tapi mula2 tak jumpa. Pusing2 tak tahu mana, GPS pun tak membantu..huhu, MrCho macam dah tension, asyik pusing2 depan rumah orang je…hahaha, nak tergelak pun ada tapi tahan kang tak pasal2 orang tua merajuk! Last2 macam dah hujung2 pencarian tu baru la jumpa. Kahkahkah…kalau suruh aku tunjuk jalan, konfem sesat lagi sekali sebab dah pusing2 sampai mana tah…

Settle perihal ofis baru, tak berapa syok sebab ofis dekat kawasan perumahan, banyak mat2 motor jenis tak pakai helmet, jalan sibuk kereta keluar masuk…macam mana aku nak drive ni…:-(

Lepas tu g KL Sentral plak, beli tiket KTM, aku nak balik kampung mggu ni. Jumpa princess aku kat kampung. Kekonon sebulan je diaorang kat sana, tapi atas masalah2 tertentu terpaksa tangguh sehingga RAYA!!! Sungguh menyeksa jiwa raga aku…nangess..Pergi KL Sentral naik LRT ambik kat kelana jaya. Abang macam biasa, kalau benda dia tak biasa mesti takut2...













 

Balik singgah giant, tak tahu apa tujuan tah singgah giant jalan2 tak masuk dalam giant pun, tawaf kat luar je…

Friday, July 1, 2011

Doakan Dia Cepat Sembuh!

Okay, hari ni aku nak share dengan korang tentang kisah duka ni. Kata orang dulu-dulu, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kisah ni aku baca dari blog .aku.filla.nie. Korang baca dan hayati la ya kisah ni dari blog filla ni, aku tak mahu tulis sebab kalau aku tulis aku menangis lagi. Masa baca kisah ni dekat blog filla pun aku dah menangis tak ingat jadi aku tak mahu mata merah time MrCho ambik aku nanti...huhu..

Sedih dan kasihan uuu...mungkin mereka antara orang yang kuat, tabah, sebab tu lah Allah uji mereka. Kalau aku??? Tak dapat bayangkan...Siang malam, berdoa moga Allah panjangkan usia aku supaya aku dapat membesarkan anak3 aku sehingga mereka berjaya dan boleh berdikari. Oh, sungguh sedih andai aku pergi sebelum anak3 aku mengenal ragam dunia, sebelum anak3 puas menikmati kasih sayang aku! Dan sebagai ibu, aku tak akan puas memberi kasih sayang kepada anak3 (sekarang 3 anak, aku letak 'anak3', nanti kalau ada rezeki lagi tambah lagi aku tambah lagi angka kat belakang 'anak' tu..haha)!

Sebenarnya dah lama aku mahu bercerita tentang ini, cuma tak tahu nak mula macam mana. Aku selalu berfikir, selalu terfikir, macam manalah kalau aku ditakdirkan usia tak panjang, pergi tatkala anak3 masih kecil, masih perlu belaian kasih sayang aku. Kalau terjadi, memang kita kena reda dengan takdir. Sekarang aku tak mahu fikir tentang takdir, aku mahu fikir nasib anak3 aku. Ya, papa mereka ada. Tapi itu papa, mampukah papa memberi kasih sayang seorang ibu kepada anak3? Tak kan? Kasih sayang papa lain, kasih sayang ibu lain...Now pun aku perhatikan anak3 aku, kalau sakit ke, lapar ke, nak tidur ke, nak g toilet ke, tak ada mereka nak cari papa, mama jugak yang mereka cari...itu anak3 aku. Mereka cuma cari papa bila nak bermain, nak ajak keluar...

Pernah juga aku luahkan kebimbangan aku ni pada MrCho, siap dengan linangan air mata..huhu, sudahnya aku kena marah kerana asyik fikir bukan2...tsk!

Hati aku mudah tersentuh, lebih2 lagi melibatkan anak2, mudah benar air mata keluar...Andaikanlah aku pergi dulu, aku rasa macam aku tak rela orang lain mengambil alih tugas membesarkan anak3 aku. (i mean ibu tiri..ohh, tidakkk!). Aku lebih rela keluargaku yang membesarkan mereka, aku lebih percayakan kasih sayang mereka daripada orang lain! sob!

Satu lagi aku aku selalu fikirkan yang bukan2 seperti kehilangan tanpa diduga, kemalangan tanpa dijangka. Semua itu aku tahu kerja Allah, semuanya ada hikmah (kalau berlaku) tapi untuk menghadapinya, aku tak tahu macam mana. Aku selalu bayangkan kami keluar pergi shopping mall dan tiba2 anak hilang, selalu juga aku bayangkan anak panjat balkoni dan jatuh. Dannn korang tahu aku tak pernah suka2 buka gril di balkoni kecuali mahu jemur kain saja dengan anak3 semua dalam rumah, aku kasi diaorang laptop, tv cerita kartun dan lain2 entertaimen yang boleh melekakan mereka. Kadang2 aku marah diri aku sebab selalu berfikiran negatif hingga menakutkan diri sendiri dan membantutkan keriangan bersama anak3...Banyak lagi fikiran2 negatif aku yang kadang2 menstresskan aku sendiri....huhu! aku tak suka sebenarnya.

Berbalik kepada kisah yang mula2 tadi, aku tak dapat bayangkan kesedihan mereka, anak masih kecil, baru menikmati alam rumah tangga, terpaksa pula berhadapan dengan penderitaan. Urusan Allah, hanya Dia yang tahu...Semoga dia cepat sembuh untuk membesarkan si anak yang masih kecil....amin..


si kecil aku, walaupun comot2 tetap menjadi pujaan hati aku!!

Dari Bilik ke Luar



Gigih walaupun dah pukul 12 lebih...pukul berapa ntah nak tido ni...haihh..

posted from Bloggeroid

Klik Me

Klik! Klik!