Friday, April 8, 2011

Rutin

Masih menunggu MrCho...hmmm rutin...

Esok sabtu pastu ahad....dan masalah aku bila cuti ialah apa aku nak masak esok, apa nak masak lusa....pening...jap lagi nak kena g beli bahan2 untuk masak esok dan lusa, haihh, nak beli apa ni?? hari ni aku cam blur2 so otak agak lembsss, tak leh pikir! Semalam aku ada print out resipi, boleh la kot masak yg tu....TAUHU KUKUS SOS TIRAM & AYAM GORENG KUNYIT...ekeke...
Nak tau, aku ni suka masak2 tapi tak ada plak orang suka makan2, tensi eh! naper ek? tak sedap ke papa? huahuahua.....setakat ni kakak je suka makan, apa aku masak dia makan, bagus kakak, bagi sokongan pada mama....

Baru kejap MrCho call, jam kt 1U...lambat lagi le balik nih! Sian anak2 aku, balik rumah main2 kejap dah nak tido, kejap sangat masa ngan kami...begitu lah rutin ibu bapa bekerja. tak kerja plak nak makan apa weh! lagi 3 perut kecik nak kena isi tuuu...
Harapnya anak3 mama faham situasi ni...mama papa keluar cari rezeki untuk kehidupan kita. walaupun tak mewah, tapi kita tak pernah lapar....aku selesa saja dengan apa yang ada sekarang..eh, 1 lagi aku nak tapi belum dapat....sekarang biar rahsia, dah dapat baru ambik gambar letak sini...ngeeeee

Apa lagi nak merapu ni? idea ada tapi tak tahu macam mana nak terjemahkan dalam tulisan. aku kagum siot bila baca blog orang, besttt je bahasa diaorg gunakan, perkataan diaorg gunakan pun macam straight to the point, tak meleret...huhu, aku kan budak baru lahir, dah lama tak menulis, mengarang bagai so otak pun agak lembsss la sikit...dah la dulu, aku nak g baca blog orang lain plak...
Ni kat sini aku tempekkan salah satu masakan aku...saja aku letak gambar sebab macam dah lama blog aku tak bergambar. Mrhtc dah sembuh, pasni setiap n3 aku boleh letak gambar...harap maklum eh!



bawal masak masam manis
Ikan bawal ni kegemaran MrCho....:-)

Peringatan untuk aku: Jangan lupa beli tauhu. Kang nanti tak pasal nak masak tauhu sos tiram tapi tauhu lupa beli...

No comments:

Klik Me

Klik! Klik!