Tuesday, April 12, 2011

Ingatan untuk Aku Sekali Lagi

Malam tadi kan, adusss nak tulis ni pun aku rasa macam rasa bersalah…kalau boleh tak mahu ingat pun tapi sebagai kenangan dan pengajaran, aku tulis juga la… ….huhu, nanges dulu…malam tadi aku bagi lil Eyin ubat. Dia kan demam dan batuk…aku suap, papa dia pangku dia…ubat pertama ok, ubat kedua ntah macam mana aku tekan agak kuat bendalah syringe tu sampai dia tersedak…muka jadi merah pastu sekitar kening dan hidung jadi biru…aku mula jadi tak tentu hala dah…huhuhhuhuuu…aku tepuk2 belakang dia, papa dia gosok2 dada, hembus2 kat kepala, barulah dia batuk2…fuhhhh lega tapi muka dia merah2 lagi, nampak dia macam tak selesa. Aku bawa dia ke sinki, sapu2 air kat muka, kat kepala…papa dia agah2 dia senyum…muka pun dah tak merah…legaaaa sesangat, syukur alhamdulillah, tak jadi apa2, kalau tak tak tahu nak cakap…sepanjang hidup aku akan rasa bersalah….sepanjang malam tu pulak aku tak lena tido asyik terjaga g jenguk dia….haishhh perasaan, jahat sungguh!


Kanak-kanak demam


Hujung minggu ni besday kakak…baru 2 tahun umurnya tapi kakak sangat berdikari Cuma satu saja, kakak suka sgt nangis, merajuk, mengamuk…huhu..pssttt, kakak dah umo 2 tahun ni jadi kakak yang baik ek, tak mo gaduh ngan adik, ngan abang, tak mo nangis2, guling2 lagi ek…kakak kan dh janji ngan mama malam tu…J Mama kan dah cakap, mama sayang kakak sama macam mama sayang abang & adik. Mama marah kakak sebab kakak selalu buat perangai….abang atau adik, kalau nakal mama marah juga..mama marah anak2 mama supaya apabila besar nanti jadi anak-anak yang baik kepada mama dan papa dan kepada agama juga….nanti besday kakak mama beli cheese cake stoberi ya, kakak kan suka stoberi…mama suka cheese…kihkihkih…papa ngan abang tak suka, biarkan diaorg…adik eyin kecik lagi, dia makan bubur nasi…hehe

Petang semalam, aku kan nak makan macam2….nak makan ciken.cop atau ayam golek, memalam susah la sikit. Nak makan mihun tomyam plak, ada anak kecik ni susah kalau makan skali ngan diaorang. Makanan tu kan pedas, diaorang tak leh tahan, jadi terpaksa makan nasi macam biasa…huhu…malam2 diaorang ni makan sikit saja pun tapi tu lah tak sampai hati plak diaorang tengok je mak paknya makan. Diaorg dah makan rumah pengasuh, makan pun sekadar makan main2 je sbb tu tak order untuk diaorang. Bila makan nasi, kami order dua nasi dgn dua pinggan kosong..kihkih…


No comments:

Klik Me

Klik! Klik!