Bila dia menyanyi, ketawa, bercerita, aduh sejuk seperti dijirus salji rasa hati aku…tapi apabila dia menangis, mengamuk, merajuk, perasaan aku macam eeeeee geramnyaaaa….pernah terjadi aku yang merajuk kerana peelnya yang melampau. Sikit2 nangis, sikit nangis walaupun puncanya sangat kecil. Nak meramal moodnya pun susah. Jangan la perkataan “jangan”, “tak boleh” dan seumpamanya ditujukan pada dia…sakan ler dia mengamuk! Itulah kesayangan aku yang kedua….Macam nama sekali pun perangai anak2, kasih sayang tetap sama…Abang, kakak, adik tetap nombor 1 dalam hati mama….(papa jangan merajuk, eh)
Bercerita tentang anak nombor dua, aku ada baca beberapa artikel tentang anak nombor dua ni….anak nombor dua memang special. Sensitifnya, hadoiiii kena banyak tahan sabar dan Alhamdulillah aku dikurniakan kesabaran melayan karenah anak nombor dua ni….walaupun kakak ni sangat sensitif tapi bila mood dia ok, kakak sangat sweet…hohoho
Sekarang aku tengah belajar nak mengadjustkan perangai sensitif dia tu…asal tegur sikit, menangis. Kalau dia mintak sesuatu dan kita cakap, “kejap mama ambik..” kat situuuu juga dia guling2 nangis….kadang2 tercubit juga kalau dah penat sangat….sori kakak..ekekeke~~~~ Kalau hari cuti dan kita org kt rumah, lagi la banyak perangai dia..kejap2 nangis, kejap2 nangis sampai kadang2 aku risau jer ada orang datang ketuk pintu sebab ingat aku dera anak! Tak…tak…walaupun perangai kakak yang ala2 manja tu sangat menguji kesabaran tapi tak pernah pun dia kena dengan aku. Kekadang ambik juga rotan pukul ala2 manja kat tangan sebagai memberi pengajaran….tapi setakat ni nan hadoonya dia nak takut ngan rotan tuh!
Lagi satu sekarang nih, ciri2 ketara dia suka membuli abang ngan adik…eh, ada juga kadang2 adik rampas barang kt tangan dia, dia nangis tak hengat….hhahaha kelakar pulak dia orang nih! Penyeri sungguh! Agaknya kalau kakak tak ada kt rumah, mesti sunyi rumah kami. Abang dah tentunya ralit ngan games dia, adik plak tak tahu lagi macam mana karektornya…setakat ni Alhamdulillah, adik tak banyak karenah…aku boleh je bagi tumpuan lebih pada kakak…
Tak sabar rasanya tunggu dia orang ni besar…diaorang bertiga hampir sebaya..hehe mesti best tengok dia orang g skul sama2, main sama2, kongsi cerita sama2….Semoga Allah memberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan umurku untuk menikmati keindahan yang dianugerahkan ini…amin….
Sedikit info yang aku peroleh hasil ‘google’lan…info dari Dr. HM Tuah Iskandar:
Anak Kedua Lebih Fleksibel
- Dr HM Tuah Iskandar -Pakar Motivasi Three Extra Training & Solutions.
“Terdapat tiga kategori anak iaitu anak sulung, tengah dan bongsu. Anak kedua jatuh dalam kategori anak tengah. Melalui kajian psikologi yang dijalankan mendapati mereka yang berada dalam kumpulan ini merupakan seorang yang fleksibel, pandai membawa diri dan lebih berdikari. Bukan itu sahaja mereka juga mempunyai kepercayaan diri yang tinggi dan keyakinan diri terutamanya ketika membuat keputusan.
Namun di sebaliknya anak kedua ini seorang yang cepat terasa. Dapat dilihat, kebanyakan ibu bapa akan membeli pakaian yang serba baru kepada anak sulung sementara anak kedua akan memakai pakaian yang telah digunakan oleh abang atau kakaknya. Perlakuan ini secara tidak langsung akan membuatkan anak kedua ini berasa tersisih dan terabai.
Sikap ‘sedar diri’ ini membuatkan mereka mudah mengalah. Berbeza anak pertama, mereka adalah individu yang berwawasan, bertanggungjawab tetapi ego. Sikap ini secara tidak langsung boleh mempengaruhi anak kedua menjadikan anak kedua ini lebih degil namun ia masih lagi boleh dikawal.
Percaya atau tidak, persekitaran ini menyebabkan anak dari kelompok tengah ini gemar membuli adik yang lebih muda daripadanya,” jelas Dr HM Tuah Iskandar Pakar Motivasi Three Extra Training & Solutions.
Berdikari dan degil
Sambungnya di sebaliknya itu, kekuatan anak kelompok tengah ini ialah mereka boleh berada dalam pelbagai situasi kerana suasana telah mendidiknya untuk menyesuaikan diri. Malah melalui kajian yang diadakan menunjukkan ramai anak kedua ini lebih berjaya kerana sikap mereka yang fl eksibel.
Sikap berdikari dan kedegilan yang ada dalam diri mereka semenjak kecil dibawa sehingga memasuki alam pekerjaan menjadi faktor kepada kejayaan mereka menunjukkan sikap yang sering dipandang negatif oleh masyarakat ini juga membawa kesan positif. Manusia lahir dengan pelbagai karakter.
Misalnya mereka yang lain pada bulan Mac seorang yang mudah terasa, sensitif dan penyedih. Oleh itu, jika ibu bapa boleh memahami, mereka tidak akan mengeluarkan kata-kata keras kepada anak-anak walaupun tujuannya untuk mendidik. Ini menunjukkan kajian psikologi boleh membantu ibu bapa dalam memudahkan mereka memahami anak-anak.
Selain itu, biar bagaimana berbezanya karakter anak-anak; degil, keras kepala dan sebagainya, terima anak anda seadanya kerana setiap anak yang dikurniakan itu mempunyai keistimewaan ter tentu. Secara logiknya juga, setiap manusia akan berubah mengikut tahap perkembangan usia.

Nama baru kakak kt rumah pengasuh ialah Sakura…hahaha, kelakar jer aku dengar nama tuh…eh, nama kakak dalam bahasa Jepun pun maksud dia ‘bunga’…sesuai ler tu…apa2 ler kakak!
p/s: bukan semua anak nombor dua seperti ciri2 kat atas kot!
Merindui Mrhtc….bila mau pulang ke pangkuan aku ni???
No comments:
Post a Comment