Kala ni hujan turun mencurah-curah kat luar…rasa lapar la pulak! Korek2 dalam drawer ada seketul kloud9, hmmm ini pun jadilah…
Semalam aku sharp keluar ofis 5.30…sebabnya MrCho mc so cepat la dia ambik aku kt ofis. Plan hari ni nak g potong rambut. Rambut panjang asyik gugur je, pastu kalau dua hari tak syampu mula la gatal2…kali ni aku potong pendek, cakap kt amoi tu potong macam lelaki! Senang nak urus…hehehe…Masa aku kat salon, MrCho g kedai aksesori pasang tv kecik tuh dalam kete….tak paham aku aihh!!! Untuk anak3 katanya….baik laaaa, kata aku….
Biasa kan , kami balik lewat. Paling awal pun MrCho ambik aku kat ofis kul 8…lepas ambik anak segala, dah dekat kul 9, jadi kami makan ala kadar kat kedai biasa dekat area rumah. Pelanggan tetap dah kiranya kami kat situ. Isnin – jumaat aku memang tak masak. Tak kan nak masak kot, sampai rumah dah pukul 9, pastu masak ngan layan kerenah anak3 mahu pukul 12 baru blh makan. Kalau tak makan kat kedai pun kami akan tapau. Eh, apa sebenar aku nak cerita ni…oh, begini….tetiap hari aku kat ofis sementara tunggu MrCho, akan pikir nanti nak makan apa sebab aku sebenarnya dah muak makan yang sama dan tempat yang sama. Aku ada la jugak rasa nak makan luar dr puchong….tapiiii balik2 puchong, balik2 puchong....kerana kata MrCho makan kat mana2 pun sama je…sedihhhh…! Paling jauh pun dia bawa kami g makan kat shah alam, restoran cina muslim kat seksyen berapa tah! Aku pernah buat n3 pasal tu dulu…
Ok, balik kepada cerita asal, bila balik kerja awal aku sentiasa berharapan MrCho bawak kami makan jauh sikit la drp puchong atau tempat kami tu…tapi sadis, kat situ juga laa….sebenarnya aku teringin nak makan ayam golek kat pantai dalam tu tapi aku segan nak cakap kat dia. Aku akan sentap kalau ayat dia “hah? buat apa nak kena sampai sana nak makan ayam?” huhu…dia ialah anti jam! Hmm, tak apa la aku faham…
Sekarang ni hujan pulak, alamatnya makan tapau la kami…harap2 semua ni untuk beberapa bulan je lagi…lepas bulan 7 doakan hidup aku kembali normal, ya…balik 5.30 sharp, ambik anak, balik rumah, masak2 tunggu MrCho balik, makan…
Sekian, terima kasih <kat luar ada kilat, guruh, petir segala…aku takutt>
No comments:
Post a Comment