Hari ni mood macam rasa lain macam jer…semalam lil Eyin demam, badan panas sejak pagi. Pastu bila tidur, asyik la batuk2…Petang bawa g klinik nasib baik malam badan dia dah tak panas. Itu pun aku dah lap2 badan dia dengan air asam jawa campur seketul ais (petua my mom). Pagi ni dah ok…harap2 seharian ni dia tak demam…
Pagi ni pulak, badan kakak pula macam panas…aih, risau eh! Tapi hantar juga ke rumah pengasuh…minggu lepas, isnin aku dah el, tak plak minggu ni pun nak el lagi walaupun kat ofis tak banyak kerja sekarang ni…
Malam tadi, abang, kakak kena marah ngan papa. Huuhhuu, aku plak yang emo masa ni…aku marah anak3 takpe, orang lain marah aku sentap, walaupun papa diaorang sendiri yang marah, sebab…sebab…aku yang mengandungkan mereka, aku yang kesakitan melahirkan mereka….badan kakak panas pagi ni sebab kena marah malam tadi ke kakak? Hmmm, tu la…kakak jangan la hyper sangat dan asyik nangis je….Si abang plak, keluar dari bilik air, tak lap kaki dah lari2, sekali haaa, jatuh terkena meja ke kerusi ntah, aku tak tengok, lebam tepi pipi kanan…haaa, apalagi naik angin la MrCho dengan kakak pulak yang panjat sana, panjat sini…sekali dua2 kena…lil Eyin pun nangis bila tengok abang, kakak nangis…aku hangkut tiga2 masuk bilik, pujuk2 tido semua sampai pagi….pagi2 bangun kakak ngadu kat aku, “papa wat…”. Hahaha ingat tu…
Harapnya anak2 mama tak demam…risaunyaaaa….
No comments:
Post a Comment