Thursday, April 28, 2011

Accident

Nak tanya kan, bila korang nampak ada accident kat jalan raya kan, apa korang buat? Adakah korang akan berhenti dan tolong mangsa? Atau korang berhenti dan tengok saja? Atau korang tengok dari dalam kenderaan korang sambil berlalu? Aku..? Aku jatuh dalam kategori ketiga...huhu. Sebabnya, pertama bukan aku yang drive dan kedua aku jenis pengeri...

Biasanya bila aku nampak accident aku dah menggigil, aku akan diam tak boleh cakap...MrCho selalu tak bagi aku tengok, suh tengok tempat lain, tapi aku jeling2 gak...

Ada satu accident yg sangat terkesan dalam hati aku, sampai sekarang tau! Masa tu aku otw dr kg nak balik Puchong. Sebelum tu ada dua kereta ni asyik berlumba2, potong memotong ikut laluan bertentangan. (Sesapa pernah ke kelantan tahu la jalan ikut gua musang tu macam mana) Aku ngan MrCho bercakap2 la pasal kereta ni asyik menyelit je bila ada kereta dr arah bertentangan. Then dua kereta ni dah lepas ke depan..lepas beberapa kilometer tak tahu la aku, tetiba macam jalan jam...eh, apahal kan? bukan time raya nak jam macam tu...kereta gerak pelahan je...bila dah ke depan ke depan sikit aku nampak satu lori panjang melintang jalan...ada la laluan sikit dr arah bertentangan tu..rupa2nya aku nampak dua kereta yang berlumba2 tadi dah kena dengan lori tu...lori tu dari arah bertentangan..aku agak masa kereta tu nak memotong tetiba lori muncul, lagipun jalan tu berbukit...satu kereta tak teruk sangat, satu kereta lagi sedih aku tengok..terperosok ke kepala lori! Dan aku nampak pemandu kat dalam tu tersepit antara stereng tu...oh, tak dapat aku bayangkan...kami tengok dari dalam kereta je, tak berhenti...takut, kawasan bukit, time maghrib plak tu...tapi ramai la orang lain yang berhenti..tak jauh dari tempat kejadian tu kawasan R&R gua musang, MrCho berhenti kat situ dan lama juga la kat situ..aku gigil...Esoknya aku baca paper ada berita accident tu dan dua meninggal, aku syak salah seorgnya pemandu tu la....huhu

Banyak lagi la kemalangan sama ada maut atau tak maut aku nampak sejak menjadi pengguna jalan raya tegar ni...

Semoga dijauhkan daripada segala musibah yang tak diingini tersebut...Aminnnn...

Wednesday, April 27, 2011

Mai Pekena Laksa!

Tak suka tau updated blog tak dok gambar nak letak...
Semua ni gara-gara mrhtc yang yang masuk wad lagi, katanya dah ok cuma tak berkesempatan nak g jemput dia! Tunggu jumaat aku cuti baru g ambik...duk la ko kt wad tu lelama..sapa suruh asyik rosak!
skrg aku guna henpon nokia zaman jepon, tapi ada kamera u! Masalah aku kalo henpon lama ni aku tak reti plak nk transfer gambar..henpon canggih2 baru aku pandai...uwekkkkk..

Sebenarnya aku nak cerita petang tadi aku makan laksa segera yg packing mcm megi cup tuh! Rendam dalam air panas selama 3 minit...tapi aku rendam dkt 10 minit kot pasal laksa dia tak mau lembut. Pestaim aku jumpa benda ni, so aku beli. Tadi aku makan rasa dia...rasa dia...macamm..macam....tak sedap kat tekak aku lor!!!
Lenkali aku letak gambar. Laksa ni kalo aku g Korea baru aku selera makan kot...pelik je laksa segera ni...pesal laksa dia berkeping bkn bulat mcm mi tu..aku ingatkan bila rendam air panas dia bertukar jadi bulat, rupanya tak..muahaahaaa...

                                                    ni gambar aku google...laksa versi sedap!

                                                        TQ tuan punya gambar..

Lapar...Lapar...Lapar....

Hari ni mood nak bekerja masih tak ada…aku tak suka mood macam ni..ni gara-gara stress semalam la ni…adoiiii..
Walaupun tak ada mood kerja tetap kena datang! Aku kuli, tak boleh sesuka hati nak datang tak nak datang, kalau kampeni sendiri dah lama lingkup ni!!!! huahuahua..

Perut pulak tak selesa, sakit2, pedih2 rasanya. Mungkin sebab malam tadi tak makan kot!
Aku makan nasi tengah hari semalam, pastu tak makan apa2 dah..hoho, tahap kebulur dah ni…sebabnya?? sebabnya….malam tadi MrCho ambik aku lambat, lagi 2 minit kul 9 malam okeyyy, kat ofis sesorang! stress aku berganda jadinya..

Then dia kata lepas ambik anak3 nak g umah mak dia jap, tengok mak dia katanya kena air panas melecur tangan…aku dalam hati, alamak aku lapar ni, macam mana? Disebabkan aku stress berganda so aku jd malas nak cakap aku lapar, dia tanya aku cakap aku blm lapar…huhu, padahal…

Ke rumah popoo la malam tadi, sampai sana dah dekat kul 10…lepak2 sana kejap, MrCho siap makan semua then balik, 10.45 rasanya…aku dah kebulur ni + sentap juga!

Dia kata nak belikan aku nasi goreng, ok la…pegi ke satu kedai ni, order tapi tunggu punya la lama, dah 11 lebih dh. Lil Eyin dah mengamuk nak tido, susu tak ada…last2 kami blah tak tunggu pun nasi goreng. Aku cakap tak payah la, tapi abang plak mengamuk nak nasi goreng..nak nasi goreng…

Pusing2 flat dekat area puchong perdana tu ada la satu gerai ni, so tapau nasi goreng utk abang…sampai rumah, bagi abang ngan kakak makan, aku gigit2 je bilis dalam nasi goreng tuh! Siap mandi semua terus semua orang masuk tido…dannn pagi ni aku masih sentap + stress tak abis2…+ now perut x selesa…

                                                                  Gambar: google

Pagi tadi aku hanya tapau teh tarik ngan nasi utk lunch….huhuhuhu sadis!



Tuesday, April 26, 2011

Stressssss

 Zon Stress...



                                                              Gambar: Google

Rasa sangat2 stress hari ni....
Kenapa??????
Tak tahu nak jawab...tapi stress la....rasa tension...
Aku tak leh fokus kerja...masa pun rasa sangat perlahan bergerak...

                                                          Gambar: Google
Apa nak buat????

Mrhtc masuk wad lagi.....

Saturday, April 23, 2011

Mihun Tomyamkacangpanjang

Semalam
Hari jumaat, aku g mydin subang sementara menunggu MrCho..
Masuk mydin, ambik2 barang, siap, pergi kaunter, bayar, siap..
Perut macam lapar, aih, pekena mihun tomyam best gak ni..
Tolak troli sampai sakit kaki tangan, g food court..cari masakan thai, order mihun tomyam
Tolak troli lagi g beli air, settle, cari tempat duduk then mihun tomyam siap...berasap
Nak tengok???



Perasan tak? Ke aku yang rasa luar biasa? Mihun tomyam ada kacang panjang!
1st time wei jumpa mihun tomyam ada kacang panjang..patut la harga RM6.50..
Nasib baik rasa ok walaupun mihun keras sikit...sedap banding mihun tomyam oldtownwhitecoffee, bagi aku ler..huhu...

sambung nanti lah..haishh, budak2 ni....

Thursday, April 21, 2011

Mana Masa Aku Pergi???

Gian nak menulis..nak menulis..nak menulis.....dan nak menulis..
Tapi tak ada masa...tak ada masa...dan tak ada masa....

Tiba-tiba macam datang mood nak ubah suai perabot dalam rumah pulak
Macam2 la ko bila bukan berada dalam rumah....huhu..

 Hari ni aku lepak kat sini
Best, banyak petua dan resipi...dan pengalaman juga...tq Kak Nani!

Mimpi


Malam tadi aku mimpi…menakutkan je…
bukan mimpi hantu tapi mimpikan abang. 
Aku macam ingat2 lupa mimpi tu…
tapi yang jelas mimpi tu ada satu kejadian tu aku buka balutan kain pada kaki abang sebab dia nak jalan, 
aku tengok kaki dia aku tak pasti kaki kiri ke kanan tumbuh satu lagi kaki kat buku lali tu…
masa dia jalan, aku tengok selesa je dia jalan dgn tiga kaki tuh…takuit..takuit..takuit…
pastu, orang lain plak asyik pandang2 la kan tgk kepelikan kaki abang…dan…dan…dan…
aku lupa dh apa…huhu! Aku betul2 takut la bayangkan mimpi malam tadi tu….
pagi ni tengok kaki abang ok je…
hahaha, karut betul la mimpi tu..

Wednesday, April 20, 2011

Rutin Mana Hujung Mana Pangkal

Kala ni hujan turun mencurah-curah kat luar…rasa lapar la pulak! Korek2 dalam drawer ada seketul kloud9, hmmm ini pun jadilah…

Semalam aku sharp keluar ofis 5.30…sebabnya MrCho mc so cepat la dia ambik aku kt ofis. Plan hari ni nak g potong rambut. Rambut panjang asyik gugur je, pastu kalau dua hari tak syampu mula la gatal2…kali ni aku potong pendek, cakap kt amoi tu potong macam lelaki! Senang nak urus…hehehe…Masa aku kat salon, MrCho g kedai aksesori pasang tv kecik tuh dalam kete….tak paham aku aihh!!! Untuk anak3 katanya….baik laaaa, kata aku….

Biasa kan, kami balik lewat. Paling awal pun MrCho ambik aku kat ofis kul 8…lepas ambik anak segala, dah dekat kul 9, jadi kami makan ala kadar kat kedai biasa dekat area rumah. Pelanggan tetap dah kiranya kami kat situ. Isnin – jumaat aku memang tak masak. Tak kan nak masak kot, sampai rumah dah pukul 9, pastu masak ngan layan kerenah anak3 mahu pukul 12 baru blh makan. Kalau tak makan kat kedai pun kami akan tapau. Eh, apa sebenar aku nak cerita ni…oh, begini….tetiap hari aku kat ofis sementara tunggu MrCho, akan pikir nanti nak makan apa sebab aku sebenarnya dah muak makan yang sama dan tempat yang sama. Aku ada la jugak rasa nak makan luar dr puchong….tapiiii balik2 puchong, balik2 puchong....kerana kata MrCho makan kat mana2 pun sama je…sedihhhh…! Paling jauh pun dia bawa kami g makan kat shah alam, restoran cina muslim kat seksyen berapa tah! Aku pernah buat n3 pasal tu dulu…
Ok, balik kepada cerita asal, bila balik kerja awal aku sentiasa berharapan MrCho bawak kami makan jauh sikit la drp puchong atau tempat kami tu…tapi sadis, kat situ juga laa….sebenarnya aku teringin nak makan ayam golek kat pantai dalam tu tapi aku segan nak cakap kat dia. Aku akan sentap kalau ayat dia “hah? buat apa nak kena sampai sana nak makan ayam?” huhu…dia ialah anti jam! Hmm, tak apa la aku faham…

Sekarang ni hujan pulak, alamatnya makan tapau la kami…harap2 semua ni untuk beberapa bulan je lagi…lepas bulan 7 doakan hidup aku kembali normal, ya…balik 5.30 sharp, ambik anak, balik rumah, masak2 tunggu MrCho balik, makan…

Sekian, terima kasih <kat luar ada kilat, guruh, petir segala…aku takutt>

Monday, April 18, 2011

3 in 1

Banyak kejadian tiga hari ni...tapiii aku malas nak tulis, boleh?? Suka hati la kan??? Semalam besday kakak yang ke-2...story nya aku citer tahun depan la ya bulan april, kalau umur panjang...


Hepiii Besday to Kakak....

Malam tadi lil Eyin praktis merangkak. Tapi yang aku sedihnya, dia bangun praktis tu pukul 2 pagi, okeyyyy....kejap2 sondol aku, kejap2 sondol aku...pekehalnya anak? Dekat sejam jugak kot aku layan dia angkat2 bontot, sondol2 aku...huhu, pastu kakak plak nangis tengah2 tido tu...haru sungguh. Aku pujuk2 tak jalan, last2 aku biar dia nangis...sudahnya sendiri lena...hai anakkkk...macam2 peel...yang lil Eyin plak, aku dah tak tahan, aku buat susu bagi minum, barulah nak tido (eh, ke dia sondol2 aku tu sebab nak susu?)...mama salah faham ke?

praktis jalan...abaikan kawasan sekeliling
 Abang Najmi tak ada hal punya...cuma masalah nak yak je dia ni. Tiap kali dia nak yak, aku pula yang cemas...Dah boleh jadi kawan bercakap aku dah ni...kalau nak susu selalu cakap, "mama, boleh tolong buatkan nenen untuk abang?" sejuk je rasa hati dengar ayat dia...
Kartun2 yang kat channel 613 tu semua dia dah hafal dah, siap hafal lagu lagi...paling dia suka agent oso, animal mechanical, word world, dibo dan apatah lagi...


Abang...apsal serabai je ni??
 Hari sabtu, aku masak dalca daging...muahahaha....gambar aku lupa nak snap...rasa dia macam ok juga la kat tekak aku...aku je pun makannya, MrCho bo layan kari2 cenggini. Jadi terpaksa la aku masak lain utk dia dan anak2...hehe sup sayur je pun tp meriah la ngan sayur2nya dan sotong bagai...eh, satu lagi menu, ayam goreng kunyit...tp apasal ayam goreng kunyit aku macam kurang rangup je? Tak pe, lain kali buat lagi...

Ayam goreng kunyit yang tak berapa nak rangup tapi sedap...:)

Sekarang ni ayam golek sedang menggoda tekak aku...teringin...teringin...teringin!!!!

Ayam golek - gambar ehsan google : bulatperfect.blogspot.com

Friday, April 15, 2011

Dan Lagi...Lagi...

MrCho baru call, jam dekat 1U...adehh, kul berapa ntah blh sampai ofis aku ni??? Skrg dah 7.45...segan dengan pengasuh kalau ambik anak lebih dr kul 8 walaupun tetiap bulan aku bayar dekat 1k utk 3 kanak2 aku tu...huhuhu....

Lil Eyin dah beberapa hari batuk, agak teruk terutama masa tidur...kasihan aku dengar...cadangnya malam ni nak bawak g klinik tapi kalau dah MrCho lambat, macam mana??? Tetiba aku rasa macam, eh, kenapa aku tulis MrCho, ek??? bunyi macam orang lain plak...nak tukar la...hohhh!

Esok cuti, rasa macam nak masak daging dalca sebab semalam aku tengok dapur MG masak daging dalca..hope menjadi laa...MG halal ya, resipi tu...selalu ke dapur MG tengok2 dan curi2 resipi, tapi aku tak pernah tinggal jejak...i pemalu..huhu..tapi i berdaftar ya, MG...

Thursday, April 14, 2011

Minggu Minggu Sendu....

Lagi sebulan lebih aku nak hantar anak3 balik kg selama sebulan….sekarang aku dah start sendu…sob..sob..sob…guwe terpaksa, terpaksa hantar diaorang ke sana utk sebulan sebab pengasuh minta cuti untuk buat preparation anak dia nak kawen…ok, itu no hal aku faham dan pengasuh tu tak salah pun…kalau kita pun macam tu, perlu masa untuk buat persiapan nak renovate rumah, nak beli barang, nak hias2 rumah etc…nasib baik sebulan kalau dua bulan mahu aku yang kejung menderita kerinduan! Dan untuk mengubat kesenduan aku ni mula la aku fikir2 hal2 yang aku boleh buat bila anak tak ada…macam..macam g soping2 kat jln TAR, keluar ngan kengkawan, tgk wayang, tido siang(x blh blah), dan semua2 yang aku tak berpeluang buat masa diaorang ada…walaupun itu dalam fikiran aku je, belum tentu jadi, tapi blh la mengubat kesenduan aku kala ni (sori ye aku suka guna ptaan ‘kala’)..Bila aku teringat nak hantar diaorg, haishh air mata mesti nak bergenang, lebih2 lagi lil Eyin. Sejak lahir aku takk pernah tinggal dia (kecuali kerja lerr) okeyyyy….sendu..sendu…dan sendu lagiii. Abang ngan kakak aku dah biasa tinggal kat kg..tsk..tsk…
p/s: sayang2 mama, nanti jgn rindu2 mama tau, mama rindu korang tak pe sbb mama dah dewasa…mama boleh je alihkan tumpuan, tapi kalau sayang2 mama ni rindu mama, mesti nangis pastu cari mama, kan???? Kelantan jauh, mama tak boleh balik tetiap minggu lagipun papa kerja susah nak cuti…

Hmmm…kalau ada bibik kat rumah kan senang. Bukan aku tak mahu tapi belum jumpa. MrCho sangat cerewet, tak mo fr indo yang ambik melalui agensi tu…aku pun kalau boleh mahu tempatan punya orang tapi sekarang mana ada orang tempatan nak kerja rumah orang…baik diaorang kerja kilang..enjoyyy!!!
Oleh sebab bukan sgt2 keperluan, maka kami pun tak beria mencari…tapi bila ada kes mcm ni, mcm, eh, kenapa laa aku tak ada bibik ni?...dush2 kat aku! kalau aku ada bibik pun, aku bukannya nak dia kerjakan seluruh rumah aku…yang penting aku nak dia jaga anak3 aku kt rumah je, yg lain2 tu mcm sambil2 je..masak utk aku & MrCho pun tak payah…bibik ni juga aku tak mo la yang kita kena ajar segala, pandai2 la nak buat apa…aku paling tak suka&tak boleh nak arah orang!!

Belum decide pun lagi nak buat apa besday kakak nanti…L !!

Wednesday, April 13, 2011

Terima Kasih, Sahabat!

Semalam jumpa kawan aku ni dekat oldtownwhitecoffee kat Puchong Bandar Puteri nun….sebenarnya salah, macam ni, kawan aku, Yong datang ambik aku kat ofis then kami ke Bandar Puteri ni. Lepak kat oldtownwhitecoffee kekonon kat situ ada wi-5 free tapi nann hadooo, lembsss sesangat…so projek kitaorg tak jalan, sembang je sudahnya. Penat je aku hangkut laptop gabak aku tu…huhu…hujan plak time ni…lepas tu masuk giant kejap g guardian. Kejap je kat situ, yong hantar aku ke mamak kat tempat aku, tengok2 MrCho dah sampai dulu kat situ. Kitaorg minum kejap pastu blah sebab dah 9.15 nak ambik anak3…yong pun balik…Tq my fren sebab belanja mihun tomyam. Satu drp list keinginan aku terlaksana! hehhhehhh…
My fren - yong....habis mihun tomyam aku balun


Malam tadi terlewat sikit ambil anak3..muka pengasuh pun semacam je, terus cakap kat aku esok (hari ni) suh aku cepat sikit sbb malamnya kul 8 dia ada miting. Maksudnya kami kena sampai sana sebelum kul 8. Biasanya paling2 awal MrCho sampai ofis aku pukul 8 kemudian sampai rumah pengasuh dalam pukul 8.15…orang kuat taman nih! Aku pun macam…hemmmm….terpaksalah pikir cara mcm mana nak balik awal….Cakap pasal pengasuh ni mcm2 hal, tapi aku bernasib baik tak pernah tukar pengasuh, start ngan abang umur 10 bulan, sampai sekarang umur abang hampir 4 tahun, kemudian kakak dan skrg adik ngan pengasuh seorang ni je la…so far ok la, Cuma kdg2 tu ada juga la yang tak puas hati…oleh sebab aku pegang pada kata2 manusia tiada yang sempurna dan untuk memuaskan semua orang adalah mustahil…so aku reda je laa..

Ada ke, MrCho cadangkan aku balik dgn teksi pastu g ambil anak3 then g mana2 kedai makan tunggu dia kat situ….adesss, sakit kepala haku…cemana la aku nak jaga adik ngan kakak kat kedai makan tu…cemana plak aku nak terhegeh2 buka stroller adik (stroller tetiap pagi tinggal umah pengasuh…tengok betapa baik hatinya kami utk mudahkan pengasuh…) kalau aku dah pegang adik, cemana plak aku nak buka stroller tu? Aku tak pernah buka or tutup stroller tu hokeyyyy sejak guna stroller tu 4 thn lalu..tu semua kerja MrCho, aku pandai tolak je…Kalau aku ambil teksi terus balik rumah, risau plak aku masa nak naik lif tu…black banyak kt apartment aku…black2 ni sukaaaa usha bebudak ni, nak salam la, tegur2 la, haishhh takut aku…pastu pulak aku terpikir aku blm sempat masuk lif, abang atau kakak ke dah masuk dulu pastu pintu lif tertutup….huhu, haru…ohhhh tidakkkkkk!!!!!! Tak mao bayangkan………!!!
Last2 aku jawab pada MrCho, tengok la dulu, esok baru pikir..

Dan pagi ni, nasib baik pengasuh tu cakap kalau lambat dalam pukul 8.15 or 8.30 tu tak apa laa sbb suami dia ada, Cuma suami dia ni tak pandai jaga budak…Aku bagitahu  MrCho then dia kata kalau macam tu aku tunggu dia je lah….legaaaaaa!!!!



### Kakak demam, pagi tadi pukul 4 pagi bangun nangis pastu minta nak keluar tengok TV….dugaan….nasib baik pagi ni badan dia dah tak panas….suam2 je…


Asal nampak kamera



Budak hepi bila naik walker

Tuesday, April 12, 2011

Ingatan untuk Aku Sekali Lagi

Malam tadi kan, adusss nak tulis ni pun aku rasa macam rasa bersalah…kalau boleh tak mahu ingat pun tapi sebagai kenangan dan pengajaran, aku tulis juga la… ….huhu, nanges dulu…malam tadi aku bagi lil Eyin ubat. Dia kan demam dan batuk…aku suap, papa dia pangku dia…ubat pertama ok, ubat kedua ntah macam mana aku tekan agak kuat bendalah syringe tu sampai dia tersedak…muka jadi merah pastu sekitar kening dan hidung jadi biru…aku mula jadi tak tentu hala dah…huhuhhuhuuu…aku tepuk2 belakang dia, papa dia gosok2 dada, hembus2 kat kepala, barulah dia batuk2…fuhhhh lega tapi muka dia merah2 lagi, nampak dia macam tak selesa. Aku bawa dia ke sinki, sapu2 air kat muka, kat kepala…papa dia agah2 dia senyum…muka pun dah tak merah…legaaaa sesangat, syukur alhamdulillah, tak jadi apa2, kalau tak tak tahu nak cakap…sepanjang hidup aku akan rasa bersalah….sepanjang malam tu pulak aku tak lena tido asyik terjaga g jenguk dia….haishhh perasaan, jahat sungguh!


Kanak-kanak demam


Hujung minggu ni besday kakak…baru 2 tahun umurnya tapi kakak sangat berdikari Cuma satu saja, kakak suka sgt nangis, merajuk, mengamuk…huhu..pssttt, kakak dah umo 2 tahun ni jadi kakak yang baik ek, tak mo gaduh ngan adik, ngan abang, tak mo nangis2, guling2 lagi ek…kakak kan dh janji ngan mama malam tu…J Mama kan dah cakap, mama sayang kakak sama macam mama sayang abang & adik. Mama marah kakak sebab kakak selalu buat perangai….abang atau adik, kalau nakal mama marah juga..mama marah anak2 mama supaya apabila besar nanti jadi anak-anak yang baik kepada mama dan papa dan kepada agama juga….nanti besday kakak mama beli cheese cake stoberi ya, kakak kan suka stoberi…mama suka cheese…kihkihkih…papa ngan abang tak suka, biarkan diaorg…adik eyin kecik lagi, dia makan bubur nasi…hehe

Petang semalam, aku kan nak makan macam2….nak makan ciken.cop atau ayam golek, memalam susah la sikit. Nak makan mihun tomyam plak, ada anak kecik ni susah kalau makan skali ngan diaorang. Makanan tu kan pedas, diaorang tak leh tahan, jadi terpaksa makan nasi macam biasa…huhu…malam2 diaorang ni makan sikit saja pun tapi tu lah tak sampai hati plak diaorang tengok je mak paknya makan. Diaorg dah makan rumah pengasuh, makan pun sekadar makan main2 je sbb tu tak order untuk diaorang. Bila makan nasi, kami order dua nasi dgn dua pinggan kosong..kihkih…


Monday, April 11, 2011

Kala Lapar

Kala ini aku rasa2 macam nak makan:
1) mihun tomyam
2) ciken.cop
3) ayampenyetsamit
4) ayam golek
5) aku tengah lapar macam2 aku rasa nak makan

Semua item yang aku senarai kt atas tu bukanlah aku nak makan sekali hadap ye..ecece...satu satu laa...eh, baru aku perasan semua yg aku tingin nak makan tu berasaskan ayam....kenapa tah petang ni aku rasa sangat lapar...sebelum aku tulis n3 ni aku dah ngap 2 bungkus biskut l.e.x.u.s cheese cream...adoyaiii. Dan sekarang pun perut aku masih lagi krokk..krokkk..krokkkk...

Anak Demam :-(

Hari ni mood macam rasa lain macam jer…semalam lil Eyin demam, badan panas sejak pagi. Pastu bila tidur, asyik la batuk2…Petang bawa g klinik nasib baik malam badan dia dah tak panas. Itu pun aku dah lap2 badan dia dengan air asam jawa campur seketul ais (petua my mom). Pagi ni dah ok…harap2 seharian ni dia tak demam…

Pagi ni pulak, badan kakak pula macam panas…aih, risau eh! Tapi hantar juga ke rumah pengasuh…minggu lepas, isnin aku dah el, tak plak minggu ni pun nak el lagi walaupun kat ofis tak banyak kerja sekarang ni…

Malam tadi, abang, kakak kena marah ngan papa. Huuhhuu, aku plak yang emo masa ni…aku marah anak3 takpe, orang lain marah aku sentap, walaupun papa diaorang sendiri yang marah, sebab…sebab…aku yang mengandungkan mereka, aku yang kesakitan melahirkan mereka….badan kakak panas pagi ni sebab kena marah malam tadi ke kakak? Hmmm, tu la…kakak jangan la hyper sangat dan asyik nangis je….Si abang plak, keluar dari bilik air, tak lap kaki dah lari2, sekali haaa, jatuh terkena meja ke kerusi ntah, aku tak tengok, lebam tepi pipi kanan…haaa, apalagi naik angin la MrCho dengan kakak pulak yang panjat sana, panjat sini…sekali dua2 kena…lil Eyin pun nangis bila tengok abang, kakak nangis…aku hangkut tiga2 masuk bilik, pujuk2 tido semua sampai pagi….pagi2 bangun kakak ngadu kat aku, “papa wat…”. Hahaha ingat tu…

Harapnya anak2 mama tak demam…risaunyaaaa….
Nota aku: Copy daripada:
ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA
Tuhan mempunyai cara tersendiri untuk membalas setiap perbuatan jahat orang sekeliling pada anda. Sebagai contoh, mungkin Tuhan akan buat rezekinya disempitkan, hidupnya disusahkan, usahanya digagalkan. Anda tak akan dapat kawal jumlah orang yang berbuat jahat pada anda. Anda tidak akan dapat elak orang yang ingin buat jahat pada anda. Soal balas-membalas perbuatan jahat orang pada anda, itu urusan Tuhan.

Sunday, April 10, 2011

Penat Kala Ini

Seharian menguruskan rumah dan anak3....penatttt...
Sempat buat puding jagung tapi terlembik sikit....huhu...tapi enak je di tekak aku....

puding jagung terlebih air
Hari ni buat tauhu kukus sos tiram tapi terlupa ambik gambar....aku tak makan pun, MrCho je makan...ayam goreng kunyit tak jadi buat...ayam tak ada, habis kat kedai masa aku nak beli malam tadi....

Friday, April 8, 2011

Rutin

Masih menunggu MrCho...hmmm rutin...

Esok sabtu pastu ahad....dan masalah aku bila cuti ialah apa aku nak masak esok, apa nak masak lusa....pening...jap lagi nak kena g beli bahan2 untuk masak esok dan lusa, haihh, nak beli apa ni?? hari ni aku cam blur2 so otak agak lembsss, tak leh pikir! Semalam aku ada print out resipi, boleh la kot masak yg tu....TAUHU KUKUS SOS TIRAM & AYAM GORENG KUNYIT...ekeke...
Nak tau, aku ni suka masak2 tapi tak ada plak orang suka makan2, tensi eh! naper ek? tak sedap ke papa? huahuahua.....setakat ni kakak je suka makan, apa aku masak dia makan, bagus kakak, bagi sokongan pada mama....

Baru kejap MrCho call, jam kt 1U...lambat lagi le balik nih! Sian anak2 aku, balik rumah main2 kejap dah nak tido, kejap sangat masa ngan kami...begitu lah rutin ibu bapa bekerja. tak kerja plak nak makan apa weh! lagi 3 perut kecik nak kena isi tuuu...
Harapnya anak3 mama faham situasi ni...mama papa keluar cari rezeki untuk kehidupan kita. walaupun tak mewah, tapi kita tak pernah lapar....aku selesa saja dengan apa yang ada sekarang..eh, 1 lagi aku nak tapi belum dapat....sekarang biar rahsia, dah dapat baru ambik gambar letak sini...ngeeeee

Apa lagi nak merapu ni? idea ada tapi tak tahu macam mana nak terjemahkan dalam tulisan. aku kagum siot bila baca blog orang, besttt je bahasa diaorg gunakan, perkataan diaorg gunakan pun macam straight to the point, tak meleret...huhu, aku kan budak baru lahir, dah lama tak menulis, mengarang bagai so otak pun agak lembsss la sikit...dah la dulu, aku nak g baca blog orang lain plak...
Ni kat sini aku tempekkan salah satu masakan aku...saja aku letak gambar sebab macam dah lama blog aku tak bergambar. Mrhtc dah sembuh, pasni setiap n3 aku boleh letak gambar...harap maklum eh!



bawal masak masam manis
Ikan bawal ni kegemaran MrCho....:-)

Peringatan untuk aku: Jangan lupa beli tauhu. Kang nanti tak pasal nak masak tauhu sos tiram tapi tauhu lupa beli...

15 Minit

Salam….

Pagi ni lewat masuk ofis sebab pergi menjemput Mrhtc pulang ke pangkuan aku….yeayyy!!! Gumbira…
Bila lewat masuk ofis, 15 minit je pun lewatnya, tapi aku rasa aku buat salah besar plak…haishhh! Ah, malas nak pikir pasal ofis lor….bukan selalu pun!

Eh, kenapa hari rasa macam blur blur je ni????

Thursday, April 7, 2011

Berjaya Walaupun Terpisat-pisat

Salam & Morning…….

Kesinambungan daripada n3 semalam, pagi ni aku berjaya bangun pukul 6….well done, untuk diri sendiri! Sebenarnya, sebelum 5.30 lil Eyin dah bangun (malam tadi dia tido awal), so aku pun pejam2 celik, pejam2 celik…lil Eyin bercakap sorang2…good, anak mama tak nangis pun…then, pukul 6 paksa diri bangun untuk melaksanakan tugas sebagai aku, isteri, ibu dan pekerja…muahahaha…
Masa nak ke bilik air, aku cakap ngan lil Eyin, “adik jangan nangis ek, mama mandi jap….,” Lil Eyin senyum pandang aku sambil aku belai2 rambut dia....
Keluar2 bilik air, aku jenguk dia, tengok2 dah tido balik…tetiba rasa kasihan pulak kat anak mama ni…huhu

Oleh sebab hari ni awal, aku masih guna taktik yang sama untuk kakak bagi dia tak mengamuk pagi2…kejut dia bangun pastu buka kartun channel 613 LITTLE EINSTEIN tu bagi dia tengok…berjaya, dia ketawa2 tengok kartun tu. Bila semua dah siap ready nak keluar, abang pagi ni elok je, bangun tak mengada2 nak suruh papa dukung bagai, pulakkkkk kakak tak nak keluar, tak bagi aku off tv sebab dia dah tahu lepas ni ada ANGELINA BALLERINA pulak…adessss..pujuk2, dukung…settle..

Dan pagi ni awal aku sampai ofis…7.50 dah on pc…..:-) Nasib MrCho belum tahu, semoga selamat la meredah Kuala Lumpur Darul Jammmm itu….

Eh, kata MrCho Mrhtc aku dah pulih, tapi dia belum ada masa nak g ambik…hmmmmm…

Wednesday, April 6, 2011

Azam yang Terlewat

MrCho selalu cakap dia lewat sampai tempat kerja...tiap2 hari suruh aku awal sikit pepagi...tapi tu la, selalu aku terbabas. Semalam dia dah mengamuk2 pasal lambat ni. Dan aku dengan kecik hati dan segala bagai ni berazam la, start esok bangun kul 6 pg...huhu
Malamnya, sebelum tido aku set jam 5.30...haaa ambik ko, 5.30 pg...maka tido la aku dengan bismillah dan segala niat termasuk niat nak bangun awal....muahahaha...
-
-
-
-
-
-
-

5.30 pagi...tet...tet....tet...jam hp aku bunyik. aku off dengan niat dalam hati pejam mata 15 30 minit je, pukul 6 bangun...sekaliiiiii, hambikkk ko, kul 6.35 aku terjaga...so, jadi la kelam kabutssss seperti dulu...semua jadi ala kadar...tapi nasib baik sempat keluar rumah sebelum 7.45 dengan anak2 tak meragam...eh, dah dua pagi aku umpan kakak ngan kartun LITTLE EINSTENS(tatau betul ke tak aku eja) kt channel 613, so bgn pagi dia hepi dan tak mengamuk! Satu lagi citer feberet dia ANGELINA BALLERINA, yg tikus menari ballet tuh. Tapi citer tu 7.30, so tak sempat tengok...memalam dia mmg layan la citer tuh!

Balik pada citer asal, selepas tergopoh-gapah semua, aku sampai ofis 8.05 minit dan MrCho berlalu la ke tempat kerja dia plak....kul 9 lebih macam tu aku sms dia tanya sampai kul berapa...dia reply sms aku kul 10.30 (nangis)....tak la, dia sampai 8.50...hehehe nasib baik sempat, ada masa lagi 10 minit...kalau tak pot pet pot pet lagi la.....adessss...hari ni berazam lagi, esok pagi nak bangun pukul 6 pagi....

Perihal Anak Kedua

Bila dia menyanyi, ketawa, bercerita, aduh sejuk seperti dijirus salji rasa hati aku…tapi apabila dia menangis, mengamuk, merajuk, perasaan aku macam eeeeee geramnyaaaa….pernah terjadi aku yang merajuk kerana peelnya yang melampau. Sikit2 nangis, sikit nangis walaupun puncanya sangat kecil. Nak meramal moodnya pun susah. Jangan la perkataan “jangan”, “tak boleh” dan seumpamanya ditujukan pada dia…sakan ler dia mengamuk! Itulah kesayangan aku yang kedua….Macam nama sekali pun perangai anak2, kasih sayang tetap sama…Abang, kakak, adik tetap nombor 1 dalam hati mama….(papa jangan merajuk, eh)

Bercerita tentang anak nombor dua, aku ada baca beberapa artikel tentang anak nombor dua ni….anak nombor dua memang special. Sensitifnya, hadoiiii kena banyak tahan sabar dan Alhamdulillah aku dikurniakan kesabaran melayan karenah anak nombor dua ni….walaupun kakak ni sangat sensitif tapi bila mood dia ok, kakak sangat sweet…hohoho

Sekarang aku tengah belajar nak mengadjustkan perangai sensitif dia tu…asal tegur sikit, menangis. Kalau dia mintak sesuatu dan kita cakap, “kejap mama ambik..” kat situuuu juga dia guling2 nangis….kadang2 tercubit juga kalau dah penat sangat….sori kakak..ekekeke~~~~ Kalau hari cuti dan kita org kt rumah, lagi la banyak perangai dia..kejap2 nangis, kejap2 nangis sampai kadang2 aku risau jer ada orang datang ketuk pintu sebab ingat aku dera anak! Tak…tak…walaupun perangai kakak yang ala2 manja tu sangat menguji kesabaran tapi tak pernah pun dia kena dengan aku. Kekadang ambik juga rotan pukul ala2 manja kat tangan sebagai memberi pengajaran….tapi setakat ni nan hadoonya dia nak takut ngan rotan tuh!

Lagi satu sekarang nih, ciri2 ketara dia suka membuli abang ngan adik…eh, ada juga kadang2 adik rampas barang kt tangan dia, dia nangis tak hengat….hhahaha kelakar pulak dia orang nih! Penyeri sungguh! Agaknya kalau kakak tak ada kt rumah, mesti sunyi rumah kami. Abang dah tentunya ralit ngan games dia, adik plak tak tahu lagi macam mana karektornya…setakat ni Alhamdulillah, adik tak banyak karenah…aku boleh je bagi tumpuan lebih pada kakak…

Tak sabar rasanya tunggu dia orang ni besar…diaorang bertiga hampir sebaya..hehe mesti best tengok dia orang g skul sama2, main sama2, kongsi cerita sama2….Semoga Allah memberi kesihatan yang baik dan dipanjangkan umurku untuk menikmati keindahan yang dianugerahkan ini…amin….

Sedikit info yang aku peroleh hasil ‘google’lan…info dari Dr. HM Tuah Iskandar:

Anak Kedua Lebih Fleksibel

-
Dr HM Tuah Iskandar -Pakar Motivasi Three Extra Training & Solutions.

“Terdapat tiga kategori anak iaitu anak sulung, tengah dan bongsu. Anak kedua jatuh dalam kategori anak tengah. Melalui kajian psikologi yang dijalankan mendapati mereka yang berada dalam kumpulan ini merupakan seorang yang fleksibel, pandai membawa diri dan lebih berdikari. Bukan itu sahaja mereka juga mempunyai kepercayaan diri yang tinggi dan keyakinan diri terutamanya ketika membuat keputusan.

Namun di sebaliknya anak kedua ini seorang yang cepat terasa. Dapat dilihat, kebanyakan ibu bapa akan membeli pakaian yang serba baru kepada anak sulung sementara anak kedua akan memakai pakaian yang telah digunakan oleh abang atau kakaknya. Perlakuan ini secara tidak langsung akan membuatkan anak kedua ini berasa tersisih dan terabai.

Sikap
‘sedar diri’ ini membuatkan mereka mudah mengalah. Berbeza anak pertama, mereka adalah individu yang berwawasan, bertanggungjawab tetapi ego. Sikap ini secara tidak langsung boleh mempengaruhi anak kedua menjadikan anak kedua ini lebih degil namun ia masih lagi boleh dikawal.

Percaya atau tidak, persekitaran ini menyebabkan anak dari kelompok tengah ini gemar membuli adik yang lebih muda daripadanya,” jelas Dr HM Tuah Iskandar Pakar Motivasi Three Extra Training & Solutions.
Berdikari dan degil

Sambungnya di sebaliknya itu, kekuatan anak kelompok tengah ini ialah mereka boleh berada dalam pelbagai situasi kerana suasana telah mendidiknya untuk menyesuaikan diri. Malah melalui kajian yang diadakan menunjukkan ramai anak kedua ini lebih berjaya kerana sikap mereka yang fl eksibel.

Sikap berdikari dan kedegilan yang ada dalam diri mereka semenjak kecil dibawa sehingga memasuki alam pekerjaan menjadi faktor kepada kejayaan mereka menunjukkan sikap yang sering dipandang negatif oleh masyarakat ini juga membawa kesan positif. Manusia lahir dengan pelbagai karakter.

Misalnya mereka yang lain pada bulan Mac seorang yang mudah terasa, sensitif dan penyedih. Oleh itu, jika ibu bapa boleh memahami, mereka tidak akan mengeluarkan kata-kata keras kepada anak-anak walaupun tujuannya untuk mendidik. Ini menunjukkan kajian psikologi boleh membantu ibu bapa dalam memudahkan mereka memahami anak-anak.

Selain itu, biar bagaimana berbezanya karakter anak-anak; degil, keras kepala dan sebagainya, terima anak anda seadanya kerana setiap anak yang dikurniakan itu mempunyai keistimewaan ter tentu. Secara logiknya juga, setiap manusia akan berubah mengikut tahap perkembangan usia.

Nama baru kakak kt rumah pengasuh ialah Sakura…hahaha, kelakar jer aku dengar nama tuh…eh, nama kakak dalam bahasa Jepun pun maksud dia ‘bunga’…sesuai ler tu…apa2 ler kakak!

p/s: bukan semua anak nombor dua seperti ciri2 kat atas kot!


Merindui Mrhtc….bila mau pulang ke pangkuan aku ni???

Tuesday, April 5, 2011

Banyak Benda Aku Nak Tapi Hampa

Semalam aku EL, sebabnya MrCho mc..aku pun ambik kesempatan…muahaahahmuahaaa…..
Katanya mc. Apabila mc mestilah tak sihat kan..kan..tapi kami ke hulu ke hilir  menyetelkan beberapa hal. Memula lepas hantar anak ke rumah pengasuh, kami ke Shah Alam, mencari klinik untuk Mrhtc ku yang demam. Dah sampai sana, doktor kt sana suruh hantar ke klinik kt Bandar Puteri, Puchong, bergegas ke sana pulak kami. Dah settle hal Mrhtc dan kena masuk wad dlm 3 hari kot! Kemudian kami ke Putrajaya pula sebab nak ambik surat beranak Najmi…eh, baru buat surat beranak ke? Dah umur 4 tahun dah? Huahuahua…ada sebabnya nanti lain kali kalau ingat aku cerita, kalau tak n3 jadi panjang sampai merah mata baca.

Gambar tak dop sebab Mrhtc yang masuk wad kekdahnya…Dah penat menguap2 aku kt JPN tu, kami ke Maju Junction plak, kt situ pegi collect MyKid Hanna & Eyin. Sebabnya pun akan cerita lenkali…walaupun aku dok sebelah tapi penat hokehh…Lepas dah settle kt maju junction, aku dgn harapan MrCho ajak aku jenjalan kt Maju Junction tu tapi alangkah malang nasib haku, MrCho masuk kereta terus hala ke pangkal jalan >>>>>PUCHONG.

Aku dah bayangkan makan nasi campur kat food court Maju Junction maklum la perut dah minta diisi…last2 aku terpaksa memanjakan perut ku dengan makan nasi putih ngan asam pedas + sawi sos tiram kt ASSAM HOUSE (kalau tak salah) kat IOI MALL…sadis! Lepas makan MrCho ajak ke SengQ, dah cuci2 mata kt situ,  terus balik…hampa lagi…i nak pegi Jusco..
Dalam perjalanan balik, fikir2 nak pegi mana ni, baru kul 3, ambik anak3 kul 6 lebih…huahuahua dasar!

“Eh, pa, pampers ngan susu anak dah nak abis, kita g Car4, nak?”
“Ha? Sekarang nak g ke? Ingat nak balik kemas umah sikit….”
“Emmm, tak pe la…beli je la kt kedai xyz tu….,” huhuhu….nangess..
“Ok gak kita g car4…boleh papa survey set home theatre kat situ…”

Adusss, aku nak beli pampers ngan susu je la….dia plak lelebih dan aku nak ke car4 sebenarnya nak usha tudung kat situ, tapi aku tak berjaya pun beli tudung sebab MrCho perasan aku baru beli 2 tudung online…sekali lagi nangesss…

Malam ni aku masak, makan kat rumah anak beranak…heaven!!!!

Dan malamnya aku mengantuk sungguh2….

Klik Me

Klik! Klik!