Friday, December 16, 2011

Pagi-pagi Dah Naik Darah Aku!


Pagi-pagi sampai ofis terus hati mendidih. Hal-hal ofis ni macam tak syok plak cerita kat sini tapi kalau dah hati tak boleh tahan, cerita je la…
Selalunya aku suka monolog dalaman je kalau tak puas hati, nak marah ke apa, sejam dua lepas tu lega la….eh, kenapa hari ni lambat plak nak lega ni….

 Sumber: gugel

Dia ni sorang selalu je mengundang marah aku dan orang lain juga. Bukan aku sorang la, ramai staff lain pun tak suka dia. Bukan setakat tak suka malah tak bertegur sapa pun dengan dia ni. Makhluk selfish macam tu la. Aku je terbangang-bangang nak baik-baik dengan dia ni. Apa faedah pun aku tatau! Macam nak isytihar perang je ni…

Puncanya ofis lambat buka je. Dia terpaksa menunggu dalam kereta. Lama katanya. Sapa suruh ko lepas subuh terus datang ofis? Dah ofis buka 8.30 datang la kul 8 ke, 8.15 ke…
Tukang buka pintu cuti, jadi dia SYAK aku yang pegang kunci sebab aku selalu balik lambat. Tapi semalam ada yang lagi lambat so aku pass kunci pada dia, then hari ni yang pegang kunci tu datang lambat. Biasa pun macam tu, orang lain kunci ofis, orang lain buka ofis.

Ada lagi orang lain yang pegang kunci tapi hari ni semua lambat, lambat pun sebelum 8.30 kecuali dia je yang selalu awal. Nak bagi dia pegang kunci plak dia taim balik sangattttt sharp tak boleh lebih seminit! Kang semua orang kena tergopoh gapah plak balik semua tak boleh stay siapkan kerja sebab ikut taim dia. Huhh, panjang lebar plak aku cerita!

Yang aku pepagi hangin kat dia ni sebab dia sound dengan suara yang kuat, konon marah la tapi bukan direct tuju kat aku. Aku terasa sebab aku memang yakin dia ingat aku yang pegang kunci. Dan memang sebenarnya dia tuju ke aku! Elok je aku lalu belakang dia dari toilet, terus cakap, lain kali kalau pegang kunci pandai2 la datang awal… bla..bla…beberapa kali plak tu ulang ayat sama. Kalau dia cakap, izza, u pegang kunci datang la awal, i lama dalam kete bla..bla….macam tu tak la aku hangin. Dan ada peluang aku bela diri. Ni cakap tak pasti orang yang dituju (wpun aku tahu dia tuju ke aku) tak kan plak aku nak menyampuk tetiba eh, kak, bukan i yang pegang kunci….eh, korang faham ke tak ek aku cerita ni? Tak faham pon tak pe la, janji dapat luah perasaan……..huhuhu…

Pendekkan cerita, aku adalah mangsa. Aku tak bersalah tapi dijadikan orang salah tanpa aku boleh bela diri. Jadinya dalam pikiran dia dan staff lain telah jatuhkan aku sebagai pesalah! Tu yang aku hangin…Orang yang salah tak tahu menahu pasal kejadian ni sebab dia datang lambat dan keadaan dalam ofis dah tenang masa dia sampai.

Yang si selfish ni plak, dia pesen tak mahu dan tak akan bertolak ansur dengan orang tapiiiiiii orang wajib hormat dan kena sentiasa bertolak ansur dengan dia! GTH la luuu….

Lega rasa….

2 comments:

Izza - Jiejah said...

sound je dia balik iza ..ckp terang² bkn kita pegang kunci . ishhh kalau dpt kat akak mmg sedap akak bahasakan. errrkkk. sabarrrrrr.

Izza said...

Huhu, dia garang saya penakut...aiseyyy

Klik Me

Klik! Klik!