Huiiii, lamanya rasa tak ada cerita! Kuikuikui....
Jadi hari ni aku nak buat cerita basi. Harap2 dapat la lebih daripada 350 patah perkataan.
Meh kita mulakan dengan hari jumaat yang kelaka. Ok, mula2 tak kelakar, tapi daripada tak kelakar tu terus membawa aku ke kejadian kelakar. Cerita dah xpired so tak berapa nak kelakar. Kat ofis memula, taim ni dah petang dedekat nak balik dah. Tetiba amoi designer ni kecoh2 datang tempat aku tanya bila aku boleh bagi dline buku xx ni. Siap mendesak2 ni. Aku plak terpinga2 sebab buku ni bukan aku yg handle. Tapiiii, memang ada kat tangan aku. Sebabnya editor ni tak leh siap buku ni, so mr. boss suruh cari freelancer buat sebab dline dah dekat.
Pastu mr.boss cadangkan bg kat aku if dia tak dapat cari freelancer lain. Aku pon ok la, sanggup buat sebab dline januari. Aku dapat buku tu kamis petang. Sebab consider freelancer, dah tentu aku akan buat kat rumah. Kat ofis aku buat kerja aku je la. Aku plak buku tu jumaat baru nak bawa balik, plan nak buat weekend. Alih2, petang jumaat dia dah kecoh2 tanya aku bila boleh siap, dan minta aku bagi tarikh sebab big big boss nak isnin. Aku plak macam blur sebab tanya aku bila aku boleh siap, isnin bos dah nak. Sah2 sabtu ahad cuti dan aku tak datang ofis!
Nak tak nak isnin baru aku kasi la...lagi dia desak aku, aku pon hangin la, dah la tak kemas lagi, dah dekat 5.30, aku plak tumpang orang, orang aku tumpang tu plak nak cepat nak g ambik geran kete dia yg dia tinggal untuk renew roadtax kat pejabat pos. Dalam keadaan separa sedar kiranya aku telah meninggikan suara pada dia la. Bengang juga la, bukan projek aku, aku cuma menolong tapi semuanya dah terhempap atas kepala aku dah! Last2 aku yang stress. Menyesal pon ada...sudahnya aku balik ngan jiwa tak tenteram...
Balik singgah tesco. Alang2 dah kat tesco aku pon membeli la barang2 dapo kat situ. Jiwa masih kacau-bilau ni. Jumpa BFF aku, hilang kejap kacau-bilau. Lepas BFF aku chow, aku pusing2 lagi kat dalam tu sementara kawan yang aku tumpang tadi selesai urusannya.
Dah habis mengambil barang aku masa ni tapi teringat plak bawang putih kehabisan kat rumah. Sekali lagi tolak troli ke bahagian sayur2, bawang semua tu. Ramai pula orang kat bawang2 tu. Troli tak boleh tolak masuk jadinya aku letak je kat tepi sayur2 tu. Ambik dua paket bawang putih. Letak dalam troli tapi macam banyak plak dua paket. Ambik balik satu paket, pergi letakkan kat tempat dia tadi. Kembali ke troli, tolak keluar dari tempat sayur2, bawang2 tu..eh...eh...alamak, lain benar barang2 dalam troli aku ni. Aku mimpikah???? Blur sekejap. Baru sekejap ambik bawang tapi tak ada, dan dalam troli aku sepatutnya ada makanan kenit3, sayur, ikan, ayam dan lain2 barang rumah. Tapi kenapa troli yang aku tolak sekarang ada buku latihan, sepeket pensel, dan 2 botol dynamo??? Konpius!
Huwaaaaa, aku terambil troli orang lain! Toleh kiri kanan, tak ada plak apa2 yang mencurigakan. Dilema sekejap. Nak tolak ke tempat bawang tadi atau nak tinggal je kat situ. Jahat plak rasanya. Aku pun dengan harapan tak ada orang perasan dan tuan troli pun tak perasan, tolak semula ke arah bawang tadi. Pada masa sama terasa plak macam tuan troli tengah pandang aku bawa lari troli dia pastu dia tengah gelak sakan kat aku. Ah, malas la! Masa tu dah dekat2 dah tempat bawang tadi, nampak troli aku ada kat situ. Aku pun apalagi, pura2 tengok sayur kat situ sambil jeling2 kot ada orang datang ambik troli dia yang aku dah parking kat situ. Buat satu pusingan, capai troli aku tolak keluar buat tak ada apa2 berlaku! sebelum tu sempat juga aku toleh lagi sekali troli yang aku terambik tadi. Masih lagi kat situ...agaknya tuan dia dah cari kat mana-mana tah! Huahuahua...kelaka plus malu!
MrCho pun tergelak bila aku ceritakan pada dia....
Oh, ya! amoi yang aku marah tu dah pon aku minta maaf pagi tadi walaupun aku tetap kata aku tak salah, aku mangsa situasi tapi oleh kerana amoi tu lagi tua dari aku jadi aku baik hati minta maaf!
No comments:
Post a Comment