Tuesday, December 27, 2011

Permintaan Anak


Lately aku macam perasan si abang semakin manja. Adik rampas barang pon dia akan menangis berjejeh-jejeh air mata. Baiknya dia tak melawan, tak balas balik apa adik2 dia buat kat dia…Alhamdulillah, sayang adik dia ni!

Perampas paling bahaya ialah kakak. Semua benda kat tangan abang atau adik, mesti dia nak. Dia tak ada minta-minta, rampas terus. Adik jenis melawan, rebut balik barang barang dia tapi abang tak. Dia akan naik sofa, menangis dengan air mata berjurai tapi tak ada bunyi…kita yang nengok alahai kesiannya…Risau pulak, begitu gayanya kat sekolah nanti kena buli, dia tak melawan…

Malam tadi masa nak tidokan diaorg, abang cakap ngan aku,
“Mama, esok mama kerja ke?”
Ha’ah, esok mama kerja, abang g rumah mama lili (pengasuh), ya…”
Mama, mama cuti la esok, tak payah la g kerja. Mama duduk rumah la jaga abang, adik kakak ngan adik eyin…”
Tak boleh, esok mama kena kerja, kan dah tiga hari mama tak kerja, kat rumah jaga abang?”
“Mama, mama tak payah la g kerja esok…” (masa ni dia dah nangis, air mata berjurai-jurai sambil kepala letak kat bahu aku, cakap pun tersekat2 dah…huhu, sedih pulak aku)
“Tak apalah, esok abang g rumah mama lili, ninggu depan mama cuti panjang lagi”
“huhuhuhu….mama, mama cuti la esok…”
“Emmm, macam ni, esok mama g kerja, mama cakap ngan bos mama, mama nak cuti, boleh?”

Dia angguk. Lega aku sementara. Pastu bila dia dah tertido, aku ingat balik. Air mata aku plak keluar. Ikut hati nak je aku cuti tapi memikirkan minggu depan aku nak cuti lagi sebab nak hantar dia ke sekolah, aku kena kuatkan hati. Kerja dengan orang macam ni, la. Tak boleh sesuka hati nak cuti. Menjadi golongan kais pagi makan pagi juga memaksa hati jadi cekal dengan permintaan anak2.

Bukan sekali ni, banyak kali dah dia ngan kakak asyik suruh aku jangan g kerja, biar papa je kerja.
Tak boleh anak, kita belum boleh harapkan papa seorang, mama perlu bantu papa…

Pagi ni masa kejutkan dia bangun, nasib baik tak meragam ke apa. Tapi masa kat rumah pengasuh tu dia ingatkan aku supaya beritahu bos aku nak cuti! Aku iyakan saja walaupun dalam hati tak mahu ajar anak3 berbohong. Aku tak ada pilihan…

Pastu aku tercerita pada ofismate aku, dia reply aku, “tak takut jadi apa-apa, ke?”
Terus tersentak hati aku. Sepanjang hari ni aku rasa cuak jerr….
Semoga buah hati-buah hati aku dilindungi daripada malapetaka….ameennn…

No comments:

Klik Me

Klik! Klik!