Sesi IQ Test
Nampaknya dia pun teruja nak masuk sekolah sesi januari 2012 nanti..asyik tanya bila abang boleh pergi sekolah.
Teacher tu buat IQ Test sebab kata teacher tu agak lewat umur 5 tahun masuk sekolah. Biasanya 3, 4 tahun kanak2 dah dihantar belajar. Syukurrrr dia cepat tangkap dan resultnya dia boleh ikut umur 5 tahun punya silibus. Hehe, bangga...bangga...MrCho lagi la sebab katanya tak sia2 dia bagi abang main game...huhhh! Game2 tu boleh ajar abang concentrate katanya...Tapi aku dah warning, dah sekolah game sekali sekala saja...
Tengah gigih buat test!
Tadika dia tu lebih kepada chinese school sebenarnya. Mula2 aku macam tak nak tapi MrCho kata survey dulu. Masa kitaorg sampai ada parents melayu pon datang daftar anak dia, rasa lega sikit. Aku tanya macam2 dah kat teacher tu. Setakat ni ok la dari segi food paling aku risau. Katanya banyak kanak2 melayu kat situ, makanan semua halal katanya, siap tunjukkan jadual menu Monday - Friday lagi...Kat tempat letak kasut pon dia letak nama masing2, ada beberapa orang nama melayu. Lega...
Bahasa pengantar kat sekolah tu bahasa inggeris, semalam teacher tanya abang dalam bahasa inggeris, dia suka komputer ke tak, dia jawab suka. Aku tak tahu dia faham bahasa inggeris atau dia dengar perkataan komputer buat dia faham, tapi dia jawab suka, so aku andai dia faham la ayat teacher tu. Sama jugak bahasa cina, kantonis la aku syak dia faham sikit2 cuma dia malu bila papa dia suruh sebut. Popo dia selalu tersalah cakap kantonis dgn dia, dia mcm faham apa popo dia cakap tapi dia malu nak cakap..
Bulan 12 nanti kena pergi collect uniform an segala bagai peralatan. Tak sabar aku! Hahaha, tu baru anak nak masuk tadika, belum lagi universiti. Orang lain anak masuk uni pon tak kecoh..ahh, biar la, orang..orang..aku..aku..nak ikut orang sampai bila pun aku tak akan jadi aku (falsampah ni weii!)...
Kakak pon teruja! Kakak sabar dulu, ya...
Adik mana? Adik tertidur dalam kereta. Gigih kat rumah tak nak tido sebab tahu nak keluar...pastu baru je keluar gate, terus zzzzzz......
No comments:
Post a Comment