Friday, November 11, 2011

Nilah Akibat Kalau Terlalu Celik IT!

Aku hari tu dah sorokkan ipad aku daripada kenit3 tu. Sebabnya aku tak mahu diaorang berebut nanti. Mahu pitam kalau berebut...

Ada juga abang tanya mana ipad, aku cakap bos mama ambik. So, ok dan lama2 dia lupa dah pasal ipad.

Kata orang, malang tak berbau, masa kat kampung hari tu, tengah isi2 barang dalam kereta nak blk kl, macam manatah, abang terbukak beg aku. Selama ni aku simpan ipad dalam handbag je dan tak pernah plak dia g bukak handbag aku. Apalagi beraya lah abang, siap panggil kakak tunjuk ipad...memula ok, tapi masa dalam kereta otw blk kl, dah start manja2 berebut, sebab sorang kat belakang, sorang kat depan. Tapi semuanya masih terkawal, aku suruh abang ke belakang tengok sama2. Aku seorang nak kawal 3 orang, bayangkan!

Last2 aku pening, loya nak muntah sebab nak kawal 3 orang kanak2 yang tak boleh duduk diam, dengan pasang video lagi, aku memang takleh membaca, tengok handphone, tgk tv lelama kalau dalam bas/kereta...pening haku..siap pegang plastik siap2 takut muntah! hahaha teringat zaman belajar dulu, tiap kali naik bas balik kampung aku mesti muntah dalam bas. Itu mula2 la, bila dah selalu naik bas, tak ada dah la muntah lagi...

Eh, apa aku nak cerita tadi? Oh, ya! pasal ipad.

Aku balik kl selasa sampai rumah dah kul 3 pagi. Semua dipaksa tido sebab esoknya, rabu aku kerja. Balik kerja hari rabu tu, abang terus ambik handbag aku ambik ipad. dia dah tahu mana aku sorok bendalah tu. Memula main ok lagi. Kakak la yang start, nak main sorang2, haru-biru rumah aku kejap...

Malamnya jadi lagi, berebut lagi. Abang asyik mengalah je, nasib baik tapi kasihan juga ngan abang, baru je pegang kakak dah minta...dialog dia...
"abang, nanti bagi tatak, ya..abang baittan?"
"okkk.." jawab si abang...

Tapi tak sampai 2 minit abang main, dia dah mula nak rampas, marah la abang...sana nangis, sini nangis...bila aku dah tak tahan, aku dukung kakak, bawa masuk bilik. Sian juga la ngan abang, tak boleh main langsung...dah masuk bilik, sekali dia menangis, meraung2. Aku pegang dia meronta-ronta, cengkam lengan aku dengan kuku dia pastu cubaan menggigit aku pulak...tak cukup tu dia terajang2 aku pulak...nak tergelak pun ada aku...adik juga yang cool main hphone aku tanpa gangguan dah!

Pastu, kan dia dah nangis gigil2 tu nak ipad, nak ipad, aku bawa dia keluar bilik. Abang tengok kakak nangis merah muka, air mata berjejeh2, terus bagi. Dapat je ipad, terus senyap bawa masuk bilik! geleng kepala aku tengok. Tak tahu nak marah ke nak gelak...MrCho pun tak terkata apa...


Main game sambil baring. Sampai tahap dia dah ngantuk sangat, tutup ipad letak sebelah bantal dia okehhh, aku ambik nak simpan pun tak bagi...

Malam tadi pun dia menangis gak mintak ipad tapi aku buat tak tahu. Sebab bendanya tak ada depan mata, so kejap je la nangis dan makan pujuk...

Kata MrCho, kita beli satu lagi la, mama...aku terlopong ngan mata bukak besar2....

No comments:

Klik Me

Klik! Klik!