Berhenti berharap maksudnya, sudah-sudah la mengharapkan apa-apa. Tak ada makna. Jalanilah kehidupan seperti biasa, seolah tiada apa-apa yang pernah berlaku dan tiada apa-apa impian.
Aku sudah penat sebenarnya mengharap. Apabila kita mengharapkan sesuatu dan rasa apa yang kita harapkan itu semakin menjauh, perasaan akan jatuh tersungkur, hati, jantung semua akan lerai satu-satu.
Begitulah yang aku rasa apabila impian aku lebur. Jadi demi aku menjalani hidup yg sempurna di samping keluarga tersayang baiklah aku lupakan sahaja impian yang telah aku bina. Kata orang menyerah bukan bererti kalah, mungkin belum tiba masanya untuk aku. Mungkin ada yang lebih baik yang telah Dia tuliskan untuk aku, mana tahukan. Apa pun insyaAllah....
Cuma sekarang aku mahu berhenti berharap. Senang bercakap. Sukar melaksanakan. Tapi di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Tahun baru masih belum lewat. Masih sempat untuk berazam baru. Apa-apa yang kedengaran atau kelihatan kurang enak, pekakkan saja telinga, butakan mata.
Walaupun nekad, kehampaan tetap juga menyaluti diri!
No comments:
Post a Comment