Thursday, November 24, 2011

Hari Selasa

Hari merelease tension kata kawan aku...

Gigih aku ambik cuti sebab nak keluar ngan BFF. Anak hantar juga ke rumah pengasuh.
Aktiviti bermula awal pagi. Lepas hantar kenit3, kawan aku ambik pastu kami g breakfast. Asalnya aku macam teringin nasi kerabu tapi tak ada plak kat kedai tu so makan je nasi lemak.


Lepas makan kami ke Cyberjaya. Lepak kat tasik. Giler weh, macamkan puchong tak ada tempat melepak...
Cuaca ok, so best je kami melepak kat jeti tasik cyberjaya.


Giler tak ada orang, kami jer kecuali pekerja2 kat situ.
Boleh tahan lamanya kat situ..nyaman...dasat ayat kawan2 aku...tak terkomen aku, tak pandai guna bahasa hiperbola, aku! huhu...tapi tu la, best kat situ tak ada gangguan.......


Ada la kami giler2 bergambar tapi segan aku nak tempek kat sini sebab buruk benar bila orang tua nak jadi remajew gitu..hakhakhak..aku ler, kawan aku ni cute je...




 
 

Dah lama kat situ, perut pun dah lapar balik, kami pun blah cari makan plak. Pergi giant equine park, lunch kat situ pastu jalan2 aku terbeli tudung.


 Lunch - tomyam, kailan ikan masin, paprik ayam

 Sangat surprise, jumpa kawan baru (ni untuk kz yang tak dapat join)....nak tengok? kahkahkah!!!
.
.
.
.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
v
v
v
v
v
v

Lepas dah tak tahu nak cari apa kt giant, kami balik, lepak rumah kawan aku ni plak sampai tertidur2. Teringat zaman dulu2..

Cerita malam plak. Ni dinner aku. Makan kat alissara (lagi!). Aku order bihun asam limau (kalau tak silap). OMG, tak sedapnya! Tak boleh habis, masam campur manis.


Kawan aku plak order nasi +ayam+kailan, pun tak sedap tak boleh habis. Oleh sebab takut lapar malam nanti, kami pon pergi plak kat mamak. Mula2 nak order makan, tah macam mana order teh tarik je...


Tengah minum teh tarik MrCho sampai. Maka berakhirlah hari bersama BFF aku. Kawan aku ni nak balik Swak Disember nanti, lama plak tu. Tu yang kami gigih habiskan masa bersama-sama tuh...muahahaha...

Habis kisah sehari bersama BFF yang tak cukup korum!




2 comments:

Lysha said...

Wei, masuk juga muka kawan baru kita dalam blog ko yea... hehehe best sgt hari tu. Memang akan cari masa lagi untuk berlepak2 gitu... kali ni biar kz ikut serta....

Izza said...

haha, dh kawan baru, mesti la kena masuk..

Klik Me

Klik! Klik!