Thursday, May 31, 2012

Penat Jer Datang Jauh-jauh, Hasilnya Kecewa

Malam tadi melayan tekak MrCho yang nak makan chinese food. Jadinya terus ke shah alam, mengulang ke Restoran Mukmin. Dah lama jugak la tak ke sana, tengok macam tak ada orang je...dulu ramai je...



Menu's

Apa pun kita ngoder makan dulu ek...aku reti order tembikai susu je, lain2 MrCho yang pilih - lala lak chi, ketam kam heong, baby kailan seafood dan sup apa nama tah...Meh kita tengok koleksi makanannya...ahakahak...

 Sup tak tahu nama. Tersedap antara menu yang diorder! Eh, betul ke sup, tak ada rupa sup pon! Tapi memang sedap la. 

Ketam kam heong..rasa macam ketam kari. Tak berapa nak sedap, isi pun kurang tapi harga sampai RM22. Ni yang small. Hari tu aku makan ketam masak lemak cili padi kat area ofis aku ni baru RM6 sekor, isi penuh lagi...

 Baby kailan seafood. Ni pun ok, sedap jugak walaupun seafood dia tak berapa nak fresh...

Lala. Makanan feberet. Malangnya, ni paling tak sedap malam tadi. Rasa nak termuntah rasa dia..macam hanyir ke apa ntah..last2 MrCho pun tak makan, tinggal macam tu je...

Keseluruhan misi makan malam tadi menghampakan...kami pulang dengan rasa kecewa...

Satu lagi kejadian, kat luar kedai ada lori kecik jual berger. Aku tengok ramai je orang menunggu nak beli berger. Siap ada kerusi untuk duduk menunggu lagi. Kita orang pon syak berger tu sedap la kot, sebab ramai orang mengorder. Aku suruh MrCho order juga, tapau, memalam sikit boleh makan. Sementara makanan belum sampai, MrCho pon order la dua ketul berger dengan harapan dah siap makan berger pun siap.

Siap letak kerusi untuk orang menunggu

Bila dah siap makan, MrCho tanya berger dah siap belum, boleh orang tu tanya dah order ke belum? MrCho kata dia order dah lama. Rupa2nya orang tu belum buat pun lagi sebab masa MrCho order dia tak tulis kat buku order dia tu. Suruh MrCho tunggu kejap. Huh, bertuah la kalau member nak tunggu. Tengok, asyik buat untuk orang lain je..apalagi, berangin la member, terus ajak aku balik...

Sudahnya, aku yang kempunan berger tu...

2 comments:

Jiejah @ Iza said...

so far x pernah mkn order lauk kat sana ..tp kalau goreng² ,panas² biasa la makan . so far x menghampakan kot . nasib kamoo x cukup baik ekekke

Izza said...

huhu, tu la, x bernasib baik malam td..biasa sedap je makan kt situ...:D

Klik Me

Klik! Klik!