Gempar...gempar hari ni dan semalam pasal kes budak 10 bulan kena pukul dengan mak dia tu. Tapi kes tu berlaku tahun lepas. Baru tersebar kat youtube. Katanya, ibu kanak2 tu dah kena tangkap! Alahaiii...
Aku tengok juga video tu kat fb tapi tak sempat habis. Aku tak tahu bagaimana kesudahannya. Biar la, tak mahu tahu...tak sampai hati aku. Kesian anak kecik tu. Paling tak boleh tahan masa anak dia pusing ke arah dia tu, mak dia boleh tepis kepala dan tangan budak tu...aduhhh, kenapa ada makhluk macam ni...
Tapikan aku tengok mak dia tu macam bermasalah. Aku syak mak dia sedang mengalami tekanan, ke meroyan? Ke mak dia ada masalah dengan suami dia? Tu yang lepas geram kat anak tu...Allahualam
Tapikan, yang aku paling nak maki ialah orang yang rakam video tu dan suara kat belakang tu. Mungkin orang yang sama kot! Kecelakaan apakah ko larang jangan pukul tapi ko rakam? Ko nak jadikan bahan buktikah? Tapi kenapa? Padahal bila budak kecik kena pukul sekali je, dah ko ada kat situ, ko ambik la budak tu, jauhkan dari mak dia tu...tak faham aku!
Topik ni jadi hot plak kat radio hari ni. Macam-macam reaksi masyarakat Malaysia. Semuanya mengutuk perbuatan tu la...ada sorang caller tu siap nanges2...Nasib baik kejadian tu dah lama. Entah apa nasib anak kecik tu sekarang?
Jom la kita dengar lagu ni....
No comments:
Post a Comment